Oleh : Jebat

Isu Kalimah ALLAH kembali hangat ekoran kenyataan paderi Lawrence yang tetap mahu bertegas menggunakan perkatan tersebut sebagai terjemahan perkataan God dan Tuhan. 

Sebenarnya isu ini sudahpun kami jawab dari segi pemahaman Bahasa. Jadi kami rasa tidak perlu untuk kami menulis semula penghujahhan tersebut, anda boleh lihat disini.

Baiklah. Sebelum kita berbicara dengan lebih lanjut, sila hayati firman Allah S.W.T ini;


Ø¥ِÙ†َّ الدِّينَ عِÙ†ْدَ اللَّÙ‡ِ الإسْلامُ

“Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam.”
(Ali Imran [3]: 19)

Dalam firman ALLAH diatas. ALLAH menyatakan bahawa agama yang diredhainya hanyalah ISLAM.

Baiklah. Sekarang ini mari kita berpindah kepada kenyataan Paderi Lawrence yang tetap mahu menggunakan kalimah ALLAH ini dalam bible versi Bahasa Melayu. Jika anda membaca penghujahan kami dari aspek penggunaan bahasa, anda akan dapati bahawa, perkataan yang paling sesuai untuk menafsirkan perkataan 'GOD' adalah 'TUHAN'.

Namun jika hujjah dari segi Bahasa pun tak dapat diterima, maka beberapa persoalan yang perlu dijawab oleh Paderi Lawrence sebagai justifikasi membenarkan agamanya menggunakan perkataan ALLAH sebagai tafsir perkataan Tuhan.

Di dalam Al-Quran sudah tertera perkataan yang jelas yang mana ALLAH memberikan pengiktirafan kepada ISLAM sebagai satu-satunya agama yang diredhainya, maka dimana pula letaknya perkataan yang sama atau serupa yang menggambarkan 'ALLAH' mengiktiraf Kristian sebagai agamanya? Jika ada sila nyatakan bukti.

Dan jika tidak ada, kenapa mahu menggunakan kalimah yang tak wujud dalam bible lalu dimasukkan kedalam bible? Bukankah itu sebagai satu korupsi kepada agama Kristian sekaligus membuktikan hujjah para pengkaji Teologi yang mendakwa bahawa Kristian sudah diubah suai oleh tangan-tangan manusia. Jadi kenapa mahu menambah 'modal' pengkaji agama untuk menghentam Kristian?

Tidak malukah tuan paderi menggunakan kalimah 'ALLAH' dalam bible orang Kristian sedangkan kalimah 'ALLAH' yang kamu hendak gunakan itu sendiri tidak wujud dalam bible versi Inggeris yang menjadi rujukan kamu. Sebaliknya hanya wujud dalam Al-Quran.

Jadi kepada tuan paderi, muhasabahlah diri anda. Kalau nak gunakan juga kalimah ALLAH tu, masuklah ISLAM. Tak ada sesiapa pun yang akan mempertikaikannya.

Rujukan

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kami-akan-terus-guna-kalimah-allah-di-gereja-selangor-kata-paderi

http://www.agendadaily.com/arkib/arkib-agenda-daily/berita-muka-hadapan/319-muka-hadapan/10236-laporan-polis-dibuat-terhadap-kenyataan-paderi-nak-guna-kalimah-allah-di-selangor.html