RIAK DALAM SOLAT

Oleh : AJ

Aku tak pasti apa motif mereka bersolat di hadapan Sogo, sedangkan di dalam kompleks membeli-belah itu sendiri sudah ada Surau yang disediakan oleh pihak pengurusan Sogo. Namun puak-puak ini masih nak bersolat di hadapan Sogo. 

Kalaulah Surau kat Sogo tu penuh, apa tak boleh ke berjalan jauh sikit ke masjid yang terletak berdekatan dengan Sogo antaranya Masjid Dang Wangi dan Masjid India? Berjalan jauh-jauh untuk berdemo boleh, takkan berjalan nak ke masjid untuk bersolat tak boleh?

Apa pun aku khuatir perbuatan mereka ini boleh menimbulkan perasaan riyak secara tidak mereka sedari. 

Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud:

“Sesungguhnya yang paling aku takut menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: “Apakah syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Baginda SAW bersabda yang bermaksud:

“Mahukah kalian aku beritahu sesuatu yang lebih aku takutkan daripada Dajal? Kami katakan: Tentu. Baginda bersabda: Riak, syirik yang tersembunyi iaitu apabila seseorang mengerjakan solat lalu dia menyempurnakan solatnya apabila mengetahui seseorang memandangnya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Riak dikategorikan sebagai syirik kecil adalah antara perkara yang paling ditakuti oleh Nabi SAW menimpa umatnya kerana syirik ini sangat halus dan kurang disedari oleh manusia yang melakukan ibadah. Dosa syirik tidak diampunkan Allah (secara automatik) maka hendaklah bertaubat nasuha agar diampuni dosa ini.

Riak ialah menampakan ibadah dengan niat mendapat perhatian atau pujian manusia. Menampakkan amal soleh agar dilihat oleh manusia lain agar dirinya mendapatkan pujian, kedudukan atau penghargaan atau keuntungan duniawi. Melakukan ibadah tetapi tidak ikhlas, bukan kerana Allah. Al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqolani dalam kitabnya Fathul Baari berkata “Riak ialah menampakkan ibadah dengan tujuan dilihat manusia.”

Riak berlaku hasil dari hati yang TIDAK IKHLAS. Iblis dan Syaitan menjalankan kerja-kerja menghiasi amalan-amalan kita dengan sifat riyak agar kita mudah menjadi terkenal dengan habuan dunia yang menyeronokkan dan sementara.  Itulah di antara janji-janji Iblis yang penuh dengan kepalsuan.

Dari Ibnu Mas’ud dari Nabi S.a.w, baginda bersabda, “Tidak akan masuk syurga barangsiapa yang di dalam hatinya terdapat kesombongan sebesar biji zarah (atom) sekalipun.” Hadith Riwayat Muslim

Kenapa riak dikatakan syirik?Kerana kita meletakkan manusia setaraf dengan Allah. Sepatutnya sembahyang kita dan segala ibadah kita hanya kepada Allah tetapi kita lakukan kerana manusia. Maka kita letakkan manusia setaraf dengan Allah pada ibadah. Sebab itu riak dianggap sebagai perbuatan syirik. 
Ketahuilah bahawa riak ini sebagai contoh adalah usaha oleh dirimu sendiri untuk mencari kedudukan di hati orang lain agar dihormati, disegani dan dipuji serta dipuja yang bertujuan untuk menampakkan dirinya kepada orang lain agar diketahui kehebatannya, kebaikannya, perjuangannya, dan amalnya. Betapa ramai manusia binasa dengan nafsu  rasa ingin dipuja ini. Mereka lupa bahawa apa yang mereka ada itu adalah kerana izin ALLAH SWT.. Jika ALLAH mengatakan TIDAK! Maka tiada satu pun pada mereka.

Mereka gemar melakukan perbuatan-perbuatan amal seperti solat dan sebagainya ini adalah semata-mata kerana riak iaitu ingin mendapatkan pujian semata-mata. Riak adalah mengharapkan keduniaan semata-mata dan bagi menjaga status dirinya dengan melakukan amal-amal kebaikan untuk mendapat pujian. Antara contoh-contoh riyak adalah :

1- Melakukan amal soleh dan berakhlak mulia semata-mata mahu mendapat pujian dari masyarakat.
2- Memakai pakaian yang zuhud padahal dirinya bukan orang yang zuhud dalam hatinya.
3- Berpura-pura benci kepada keduniaan padahal ia menyesal jika terlepas melakukan perkara yang menguntungkan.
4- Melakukan amal solat dan sedekah jika dilihat orang.

Nabi Muhammad Saw berkata : Aku tidak bertanggung jawab kepada orang-orang yang bersifat Riya’

Nabi Muhammad Saw berkata dalam hadisnya yang mulia : 

Siapa orang yang berpuasa hanya ingin di lihat orang maka itu adalah Riya’, Siapa orang yang solat hanya ingin di lihat orang maka itu adalah Riya’, Siapa orang yang bersedekah hanya ingin di lihat orang maka itu adalah Riya’.( Hadis Riwayat Al Imam Ahmad )

Sepertimana firman Allah Ta'ala;

Maka weil (satu lembah di dalam neraka jahannam disediakan) bagi orang-orang yang sembahyang tetapi lalai iaitu mereka yang riyak (menunjuk-nunjuk).-Surah Al-Mauun Ayat 4

Jika bagi mereka yang sembahyang pun masih lagi dijanjikan neraka weil jika dia lalai daripada mengingat Allah apatahlagi bagi mereka yang meninggalkan sembahyang.

Sembahyang dan ibadah yang banyak dilakukan oleh seseorang itu kalau tidak dapat dihayati maka rasa kehambaan pada seseorang itu tidak akan lahir. Rasa bertuhan tidak akan timbul. Maka ibadah yang semacam ini bukan sahaja tidak dapat melahirkan orang yang merendah diri dan berkasih sayang tetapi akan lahir daripada sembahyang dan ibadahnya yang banyak itu sifat-sifat sombong dan riyak, sum'ah dan ingin dipuji, rasa diri bersih dan tidak takut dengan Tuhan. 

Oleh itu sembahyang dan ibadah yang sepatutnya menghubungkan diri seseorang hamba dengan Khaliqnya atau Tuhan, sebaliknya telah menjadi hijab seseorang hamba itu dengan Tuhannya. Dosa seperti inilah biasanya seseorang itu mati tidak berampun kerana dia tidak tahu atau tidak merasa membuat dosa. Akhirnya manusia itu mati di dalam suasana su'ul khatimah kerana dia rasa dia membuat baik bukan membuat dosa dan derhaka. Rupanya dia membuat dosa di atas saluran yang baik. Membuat dosa dan derhaka di dalam berbuat taat. Lahirnya nampak taat tapi batinnya derhaka.Mereka bersembahyang dan beribadah bukan untuk memusnahkan mazmumah tapi dengan ibadah itulah dia menyuburkan mazmumah.

Cara yang terbaik semestinya merahsiakan amalan baik kita agar ia terpelihara dari sifat riyak kerana ia akan menjadikan amalan baik kita sia-sia, serta turut menjatuhkan kita ke dalam golongan yang syirik. Biar Allah saja mengetahuinya kerana niat kita beribadah hanya untuk mencari keredhaanNya.

Firman Allah Taala, mafhumnya:“Barangsiapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya dan barangsiapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagian pun di akhirat.” Surah As Syuura : Ayat 20

Post a Comment

27 Comments

  1. lepas solah buat kacau.Bagus la tu puak2 babi. solah puki mak kau orang.
    Agama mana yang ajar kau org mcm tu.
    Oh ya ..lupa pulak.
    Inikan solah puak2 dajal laknatullah.
    Islam songsang ajaran tok guru gila babi dan mat jubur.
    Nasib tiada mat jubur menubur puak dajjal waktusujud,
    Yahudi pun tak seburuk perangai puak2 pemakan babi ni

    ReplyDelete
  2. kalau sembahyang tidak betul tidak diterima amalannya,kalau sembahyang itu betul diterimalah amalannya.rukun 13 ialah amalan.rukun 13 sedikitpun tiada kena sembahyang!

    ReplyDelete
  3. Ini jenis makhluk, kalau utk mempertahankan kalimah Allah, tak de turun berdemo... tapi demi sang peliwat, sanggup pula turun berdemo... makhluk terkutuk..!!!

    ReplyDelete
  4. sembahyang diorang ni bukannya ikhlas pun ..
    bayangkan pakaian tak berganti berhari2 ... sedar diri tu bersentuh dgn bukan muhrim .. ada yang lepas makan /merokok terus solat.. ambik wuduk pun tidak ... habis solat mulut tak henti2 "berzikir" maki hamun orang lain
    ....... sebab dulu pun aku buat benda yang sama ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi..sedara ni orang islam ke x? banyakkan mendalami ilmu agama islam

      Delete
  5. oi..air sembahyang tu amik ke tidak? kat mana pulak dia nak celop paip kat kaki lima tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kan diorang nak bagi tau kat engkau ambik air smayang kat mana

      Delete
    2. Tapi macam nak menunjuk nunjuk aje lah...

      Delete
  6. Orang yang sembahyang kt depan sogo tu ko cari salahnya. Yang banyak ag dalam sogo tu pakai ketat seksi, berkepit ngn awek, xsembahyang xnak plak beritahu. Amek la gambar tu.

    Kononnya Kumpulan kecil penulis muda yang bercita-cita mahu mengubah pemikiran masyarakat kearah lebih baik berlandaskan Al-Quran dan Sunnah sesuai dengan kemampuan yang kami terhad? Sepatutnya kita ni kena la berfikiran positif bukannya negatif. Sikap orang melayu ni macam ni la. Buat baik dikata riak, buat jahat dikata baik. Andainya apa yang diorang buat tu adalah ikhlas, ingatlah anda telah memfitnah satu jemaah (ramai tu). Kita ni dah dekat akhir-akhir zaman ni sepatutnya mengumpul pahala bukannya dosa. Jangan la kita ni buat spekulasi yang kita xtaw pn mende tu betul ke tidak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu saudara..orang yang mengutuk orang lain membuat ibadat sebab hasad dengki..kita kena tahu kalau ingin solat tidak semestinya dalam masjid @ surau..banyakkan lagi dalami ilmu agama semoga menjadi orang MUKMIN terutamanya tuan blog

      Delete
    2. Yang biasa tu dah tak boleh tegur, tegur dalam hati je. Yang tak biasa ni lah yg kena tegur. Takut-takut sembahyang luar masjid sbb dh jadi amalan sedangkan masjid kosong

      Delete
    3. apsal time tu baru sibuk nak solat kat tepi lima sogo?
      time takde demo dan sebagainya memasing boleh plak sibuk cari surau dan masjid?

      Delete
    4. Inilah dia akhir zaman...masjid punya la byk...tp kosong je...rumah Allah di biarkan kosong apabila sampai waktunya.Di kaki lima jalan belum tentu bersihnya...mungkin ada diantara jemaah tu was2?mcm mana ye?..

      Delete
    5. kita bkn mcm luar negara yg xde masjid, ms xde demo elok plak solat kat masjid.. alahai.. cuba berjemaah dlm masjid dgn rendah hati, xmenunjuk,kerana Allah. itu lebih baik..waallahualam

      Delete
  7. anonymous 09:11 : samala dgn puak2 smayang tu...padahal kemudahan masjid nearby aje...tu kalau rajin sikit..gi jalan sampai masjid negara...

    puak2 smayang tu pun...kalau la baik sgt..knapa tak join perhimpunan pasal melarang penggunaan perkataan ALLAH dalam malaysia ni...cheh pui...mmg tujuan menunjuk2..

    -smh-

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasal kalimah Allah tu kamu kena tahu siapa yang meluluskan dulu..cuba cari maklumat yang tepat..jangan tuduh melulu saudara..kes guna kalimah Allah ni dah lama tapi di timbulkan semula dekat pru13 baru-baru ni..pihak KDN meluluskan penggunaan kalimah Allah kepada gereja di sarawak..cari fakta yang tepat dan jangan dengar sebelah pihak je..lagipun kita kena tahu Allah untuk semua makhluk

      Delete
  8. Rasa riak ke, tak rasa riak ke, rasa ikhlas ke, tak rasa ikhlas ke, solat kene buat jugak. Kene sentiasa berusaha utk perbaiki amalan. Org buat baik kita sangka baik. Dosa pahala serah sahaja kpd Allah swt. Tp demo demo yg nyusahkan org lain tu aku mmg tak setuju.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa masa ni aje solat kat kaki lima..masa lain malu plak..dan takde tempat yg lebih sempurna kah???..rasanya macam nak menunjuk sesuatu

      Delete
  9. Kata nak gulingkan kerajaan...aku tunggu jugak nak tengok berok2 ni berguling atas jalaraya beramai2 dari sogo ke dataran...tak dak pun...depa ni semua memang otak sudu. Kalau pemimpin PR nawaitu pun tak betoi mcmana Allah SWT nak menolong...sendiri mau ingat laaa...Allah SWT maha mengetahui...

    ReplyDelete
  10. Anon 10.07 aku dahcari dah fakta yang paling nampak jelas dan nyata ialah anwar ibrahim yang beria ia nak kan kalimah allah digunakan oleh penganut agama lain..PAS boleh buat apasekarang ni....pemimpin berzina masih diangkat jadimpemimpin...apa yang pas boleh buat dakam pakatan rakyat.....ko baca buku kafirkah aku dan khianakah aku dari xn afgahi....ko jawab persoalan yang ditimbulkan dalam buku tu....pemimpin diselangir naik gaji 300% rakyat dapat voucher rm30....gaji penisehat selangor rm1 ringgit klaim elaun 150ribu ringgit.....formula apa yang dipakai....kos perkhidmatan naik di sekangor 100%.....kalau nak demostrasi pergi kat pejabat mrnteri besar selangor.....harga barang naik dulu pakai camry sekarang pakai merz 500 ribu.....cari fakta yang tepat beb

    ReplyDelete
  11. iyer..serawak sabah mmg semua sedia maklum...sbb skrang ni nk bwk masuk sampai semenanjung..lg pun..bible bahasa melayu sabah serawak tu..bible indonesia...mmg penggunaan allah..dan lg satu kebanyakkan sana bukan melayu...etnik sana pun tak speaking english...byk bahasa melayu sabah serawak...and bahasa mereka sendiri

    isu nya..dia nak seluruh malaysia...sampai semenanjung...so masa ni la kita terhadkan...dan diorng pun xrujuk apa yg berlaku di sbelah sabah serawak...tp diorg rujuk penggunaan ALLAH di indonesia dan tanah arab sana utk menangkan kes mereka di MALAYSIA...

    bg org mcm aku yg penah sek mubaligh kristian..takde masalah..tp bila aku pk balik...sgt bermasalah dgn org2 melayu yg lemah pegangan agamanya...aku pnah masuk sek biasa...dan ada rumors budak melayu pompuan sek aku tu..tertarik belajar kristian dgn upah seluar jeans levi's original aje...ustaz dpt tangkap...

    -smh-

    ReplyDelete
  12. Sentiasalah berdoa kepada Allah SWT supaya dijahui dan dilindungi dari sifat riak, sombong, bongkak dah takabur!!!

    ReplyDelete
  13. Sentiasalah berdoa kepada Allah SWT supaya dijahui dan dilindungi dari sifat riak, sombong, bongkak dah takabur!!!

    ReplyDelete
  14. Kesian,

    surau ada, masjid ada, ini bukan Kota Bharu, ini Kuala Lumpur lah. walaupun bukan digelar serambi Mekah, tapi lebih banyak tempat sholat dari kat sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah klu nak ajar orang yang berlagak pandai..klu bodo masih lagi boleh diajar..klu terlebih "pandai" inilah jadinya...x salah nak solat kat mana-mana pun..cuma bayangkan lah dah disediakan kemudahan tempat solat, masjid lagi...bukan kita hina orang bersolat..tp klu beribadah tapi menimbulkan fitnah mcm mana? Bayangkan klu Imam masjid bersolat pakai kain pelikat ja x berbaju masih sah solat tapi apa kata makmum?? Kaki lima tu bersih ka? Confirm x da najis? Penuh ke surau di Sogo dan masjid2 berdekatan tu dgn ngeng2 demo??...klu betul pas ni nak tgk geng2 demo yang solat kat kaki lima tu tiap kali gi shopping mall solat la kat kaki lima..yang ini kes nak menunjuk2 ja..tak da lain... kan da jadi fitnah umum terhadap ibadah solat tu sendiri..

      Delete
  15. hebat tuan-tuan , boleh tau orang solat tu riak ke tak , ikhlas ke tak ? wah hebat la tuan2 semua , tuan-tuan belajar madrasah mane ? uni mane ? umul quro ? wah hebat2 ,

    sungguh hebat-hebat belaka tuan-tuan semua , dan saya percaya kalau kawan-kawan saya yang bukan beragama islam tengok post ini dan komen-komen tuan-tuan nie , pasti dan pasti mereka akan tertarik dengan agama islam kita

    terima kasih tuan-tuan semua kerana menunjukkan akhlak yang sangat baik ,

    ReplyDelete
    Replies
    1. solat itu adalah lebih baik kerana Allah, masjid dah disediakan, bkn macam luar negara yang tiada masjid atau surau, bolehla solat di kaki lima atau di mana2.. sekiranya ade masjid, ada kemudahan, mengapa perlu bersolat di kaki lima? dan sebaek2 amalan itu yg tidak mendatangkan fitnah..

      orang yg bukan beragama islam, tidak tahu tentang islam, tapi kalau Allah dah takdirkan dia dapat hidayah, alhamdulillah.. hidayah itu milik Allah.. kita yang tahu tntg islam lah, ada ilmu, menegur.. penulis menggunakan hadis yg sohih, bkn hadis yang dhoif, dan dia kata khuatir riak.. bukalah pintu hati dan teruskan menuntut ilmu lagi..

      Delete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.