@Khalid_Ibrahim CEO BARU MAS?

PENGAMBILALIHAN Guthrie oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB), pengumpulan dana RM3.2 billion, kesepakatan perjanjian air Projek Langat 2, pengambilalihan syarikat konsesi air oleh kerajaan negeri, program air 20 meter padu merupakan sebahagian kejayaan yang telah dirintis oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai tokoh korporat dan ketua Kerajaan Negeri Selangor.

Pemilihan beliau sebagai Menteri Besar pertama selepas PR mengambil alih pentadbiran negeri Selangor pada tahun 2008 diyakini berdasarkan rekod kecemerlangan beliau yang lalu sebagai tokoh korporat disegani di Malaysia.

Maka tidak hairanlah sebuah negeri paling maju dan terkaya di negara ini mampu dikendalikan oleh seorang tokoh seperti Abdul Khalid meskipun beliau berhadapan dengan cabaran yang besar untuk mengawal nafsu politik rakus sebilangan ahli-ahli politik partinya di Selangor. 

Akibat mempertahankan integriti dan urus tadbir yang telus, beliau akhirnya tewas dalam percaturan politik PKR yang berusaha menyingkirkannya dari posisi Menteri Besar Selangor.

Semasa tempoh penggal pertama menjawat jawatan Menteri Besar Selangor, beliau disanjung oleh kawan dan lawan sebagai tokoh terbaik dalam urus tadbir di negeri Selangor. 

Atas dakwaan “dosa” tidak mendengar nasihat dan mempertahankan kewibawaan urus tadbir yang baik, beliau dipecat oleh parti yang selama ini menyanjung kredibiliti dan menerima keahlian seumur hidupnya.

Maka pengunduran Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor harus diambil perhatian serius oleh Kerajaan Persekutuan dengan mengangkat semula kedudukan beliau untuk menerajui proses pemulihan MAS. 

Pelantikan beliau menerajui proses pemulihan MAS dijangka memberi pulangan yang berbaloi terhadap keuntungan dan imej syarikat penerbangan terulung di negara ini berdasarkan rekod pengalaman serta kejayaan Abdul Khalid. 

“Dosa” politik yang didakwa dilakukan oleh Abdul Khalid diyakini dapat ditebus dan terhapus melalui pelantikan beliau untuk menerajui MAS sekaligus membuktikan sikap jiwa besar Kerajaan Persekutuan dalam mendahulukan kepentingan rakyat Malaysia.

Diyakini bahawa hati rakyat Selangor dan Malaysia akan sedikit terubat melalui pemilihan Abdul Khalid untuk menerajui MAS yang berpusat di KLIA sebagai nadi utama Selangor dan Malaysia.

MOHAMMAD TAWFIK YAAKUB
BA Sains Politik (UKM), MA Sains Politik (UKM)
Penganalisis politik dan Calon PhD Universiti Malaya (UM)

Post a Comment

2 Comments

  1. Kuat bodek tawfek ni....

    Obviously mas require more leadership quality than khalid...

    2 terms khalid failed to mention anwar is a peliwat....

    Khaled useless.....

    ReplyDelete
  2. Boleh juga cuba idea ni.... Bagi org yg dulu-dulu tu semua nya melingkup.ajer....

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.