SELAMAT DATANG DAN SELAMAT KEMBALI KE KAMPUS

Assalamualaikum.

Belum terlambat bagi kami mengucapkan untuk mengucapkan 'Selamat Datang' dan 'Tahniah' kepada Mahasiswa yang baru mendaftar di Universiti-Universiti Awam seluruh Malaysia.

Gunakanlah peluang yang berharga ini untuk menimba ilmu sepenuh-penuhnya dari tenaga pengajar yang telah bersedia mencurahkan ilmu mereka kepada anda.

Amalkan pemakanan yang sihat dan sentiasa ceria dalam kuliah dan tutorial. Banyakkan bertanya dan sentiasa berfikiran positif. Selalu-selalulah bertanya dengan pelajar senior untuk mendapatkan 'tips-tips' terbaik dalam memahami sesuatu subjek.

Gunakan segala masa dan ruang yang ada untuk memenuhi perpustakaan. Anda bayar yuran perpustakaan dengan harga yang mahal. Maka gunakanlah semaksimum mungkin. Jangan biarkan orang lain memanfaatkan segala kemudahan ini, sebaliknya kita membiarkan ianya berlalu begitu sahaja.

Selain itu pilihlah rakan yang betul. Pemilihan rakan di alam kampus ini amat penting kerana merekalah yang banyak mempengaruhi kita dalam kehidupan seharian.

Kepada Mahasiswa Lama,

Selamat kembali ke Kampus. Kami doakan anda berjaya dengan lebih cemerlang pada semester ini berbanding semeter lepas.

Akhir kalam,

Semoga anda semua diberikan kejayaan dunia dan akhirat.

Yang benar :
Pentadbir PenaMinang.com

Post a Comment

0 Comments