Pinjam Tau Pulang Tak Nak – realiti kufur nikmat.
Ada beberapa perkara yang umum patut tahu tentang pembangkang yang memutar-belit fakta yang dibuat tentang pembiayaan pengajian tinggi oleh kerajaan. Hal ini perlu diperjelaskan agar kita berlaku adil kepada generasi yang akan datang.
Fakta #1.
Tentang Finland.
Pembangkang menjadikan pendidikan percuma sebagai isu politik demi untuk meraih undi di PRU kelak. Mereka mengambil Finland sebagai contoh dan beberapa negara lain yang memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya bagi meyakinkan tentang pendidikan percuma. Yang jelas, pembangkang menyembunyi fakta tentang negara yang memberi pendidikan percuma daripada umum.
Adalah tidak mustahil untuk memberi pendidikan percuma tetapi someone has got to pay for it!!!! Pembiayaan pendidikan percuma terpaksa ditanggung oleh rakyat Finland dengan membayar cukai yang tinggi dan negara Finland adalah negara yang ke
9 paling tinggi mengenakan cukai.
Rakyat Finland dikenakan cukai pendapatan sebanyak 49.2%, cukai VAT sehingga 23% ke atas semua barang malah cukai perbandaran sehingga 21%. Segala-galanya di Finland dikenakan cukai!! Ini tidak menghairankan kerana inilah satu-satu caranya bagi memperoleh pendapatan negara namun yang umum tidak sedari ialah yang dikenakan cukai tidak lain dan tidak bukan ialah ibu bapa penuntut-penuntut pengajian sendiri!! Malahan, Finland mencadangkan kenaikan cukai bagi menampung belanjawan negara.
Ini tak ubah seperti mengambil dari poket kiri dan memasuk ke poket kanan… yang membayar pendidikan ialah ibu bapa pelajar itu juga!!
Fakta #2
Protes terhadap pembiayaaan pinjaman pengajian tinggi oleh kerajaan kebanyakannya datang dari kaum Melayu. Mereka tidak sedar bahawa pendidikan di negara sebenar-benarnya adalah percuma. Apa yang pelajar pengajian tinggi perlu buat ialah mendapat keputusan yang cemerlang kelas pertama. Apa yang susah sangat!!!
Kalau 8,000 penuntut berbangsa Cina yang mengambil pinjaman pendidikan dari PTPTN lalu berusaha dan berjaya memperoleh kepujian Kelas Pertama Ijazah Sarjana Muda lalu pinjaman mereka itu tadi telah dikecualikan bayaran balik!!! Kerajaan telah berlaku adil dalam mengagih bantuan. Pelajar Melayu??? Hanya 2,000 lebih sahaja yang mendapat pengecualian bayar balik pinjaman.
Bukankah ibu bapa pelajar Melayu yang sepatutnya membantah sikap anak-anak mereka yang sambil lewa tidak mengambil peluang memperoleh pengajian percuma.? Tak memadai menyalah pihak yang telah pun membantu bagi meringankan beban kos melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi.
Pengecualian bayar balik pinjaman pengajian adalah motivasi kerajaan kepada penuntut bagi memperoleh kepujian Kelas Pertama.Yang jelasnya ialah jumlah pelajar Melayu yang cemerlang masih rendah berbanding anak kaum Cina.
Maka adalah menghairankan jika anak-anak serta ibu bapa Melayu yang menentang pembiayaan pinjaman pengajian tinggi.
Fakta #3.
Ramai yang tidak sedar bahawa dahulu, jumlah penuntut Melayu di pengajian tinggi begitu kurang malah boleh dibilang jari jumlah mereka. Antara sebabnya ialah faktor kewangan. Dahulu, jika anak-anak mereka mendapat tempat di pengajian tinggi belum tentu mereka mampu menyambung pengajian disebabkan ibu bapa tiada kemampuan kewangan. Ibu bapa tiada tempat untuk mendapat bantuan kewangan selain dari menjual tanah, meminjam atau menjual barang kemas yang ada… itu pun kalau ada. Ibu bapa Melayu atau India sekali pun bukanlah dikedudukan ekonomi yang selesa berbanding kaum lain. Mendapat tempat di pengajian tinggi telah pun sukar apatah lagi nak membiayainya.
PTPTN diwujud bagi merealisasi impian ibu bapa serta pelajar menyambung pengajian di peringkat tinggi. Peluang untuk membina masa depan yang cerah serta memenuhi satu-satunya impian ibu bapa untuk melihat anak-anak mereka menjejak kaki di pengajian tinggi telah dimudahkan melalui PTPTN.Kemudahan pinjaman pengajian disediakan untuk mereka tak kira apa juga kedudukan status ekonominya. Kerana itulah kita dapati jumlah pelajar Melayu serta bangsa lain yang kurang kemampuan kewangan semakin bertambah di pengajian tinggi.
1 Comments
TERBAIK penulis.. penulisan yang kritis dan jitu.. penulisan2 anda samada berbentuk agama atau politik, saya salute! hujah yang mantap utk menerangkan hal sebenar.. berhasil memberi penerangan kepada pembaca umumnya rakyat msia, usaha yang murni, walaupun dlm bentuk penulisan.. keep it up! tegakkan manhaj salafu salih!
ReplyDeleteبِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.