DAP TAK BERHAK MENENTUKAN HAK AGAMA ISLAM : USTAZ FATHUL BARI


Pertubuhan Ilmuan Malaysia (iLMU) menyifatkan desakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam kitab Bible adalah melampaui kuasa Sultan dan Raja-Raja Melayu. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja iLMU, Fathul Bari Mat Jahaya, DAP tidak patut berbuat desakan demikian kerana apa sahaja isu berbangkit mengenai agama sepatutnya dirujuk kepada Sultan dan Raja-raja Melayu.

 "DAP melampaui kuasa Sultan dan Raja-Raja. Mereka tidak berhak untuk kata izin mereka dan persetujuan mereka (DAP). "Agama di bawah (kuasa) Raja-Raja. Di mana penghormatan (DAP) kepada Raja-Raja Melayu?," kata beliau pada sidang media di Pejabat Umno Shah Alam disini hari ini.

Mengulas lanjut Fathul berkata, gesaan Guan Eng itu hanya bersifat politik dan ia tidak patut dibangkitkan kerana mampu menggugat kesejahteraan beragama di negara ini. Malah Fathul berkata beliau yakin Guan Eng sendiri tidak menggunakan kalimah itu dalam kehidupannya seharian. "Ini (merupakan) satu polemik yang tidak kunjung sudah.

Sampai hampir dengan PRU isu ini dibangkitkan, "Berapa kali dia sebut kalimah Allah itu dalam kehidupan dia ?," soalnya.

Selain itu Fathul berkata tindakan DAP yang agresif memainkan isu agama mewujudkan satu fenomena baru iaitu 'Kristianofobia' yang akan mengakibatkan orang Islam berasa takut akan agama Kristian.

"Kenyataan Lim Guan Eng boleh menimbulkan kristianofobia. Orang Islam takut pada Kristian," ujarnya. Guan Eng dalam perutusan khas sempena sambutan Krismas sebelum ini menggesa kerajaan membenarkan penganut Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah Allah dalam Bahasa Melayu. Desakan beliau itu mendapat reaksi dan kecaman daripada pelbagai pihak.

Komen PM : Dalam sedar tak sedar, DAP telah menjadi pelopor KRISTIANOFOBIA dikalangan umat ISLAM.

Post a Comment

2 Comments

  1. gen2felda

    lagi banyak Tokong nih sebut bab penggadaian kalimah Allah nih...lagi berhilang akal pas nak membersihkannya.

    Doa K.O BN, K.O BN kini makan tuan...fuckatoon sedang ditalkinkan!

    ReplyDelete
  2. Hari tu depa gak kata KHALIPAH LIM GUAN ENG dah faham ISLAM....Tu yang nak gunakan sangat NAMA ALLAH dalam AGAMA KRISTIAN tuuuu

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.