HADI AWANG KANTOI FITNAH


Oleh : AJ

Cuba korang baca kenyataan Presiden PAS ini, Tuan Guru Hadi Awang.....

Apa pandangan korang???

Ternyata Hadi Awang ni meletakkan kegagalan Kelantan melaksanakan Hudud berpunca daripada Kerajaan Pusat. Itu adalah kenyataan yang beliau ungkapkan di akhbar Harakah (Tepat Dari Sumber) bertarikh 11 Disember 1998.

Baik sekarang kita baca dan lihat semula kenyataan yang disiarkan di laman web Dewan Ulama Pas pusat yang bertarikh 7 Oktober 2011.

Dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Mohamad ternyata ianya berlainan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Hadi Awang pada tahun 1998.

Jadi kalau dalam bab ni, boleh tak kita katakan Hadi Awang ni buat kenyataan berunsur fitnah?

Bagi yang jelas aqidah dan akhlak mereka, ternyata kenyataan Hadi Awang ini tidak lain dan tidak bukan adalah satu kenyataan berunsur fitnah bagi mengaibkan pemerintah. 

Maka dengan itu, kami nak bertanya, apakah dalam ISLAM dibenarkan memfitnah orang?

Dan kalau dibenarkan, ayat ALLAH mana yang dia pegang, dan hadis nabi yang mana yang beliau jadikan sandaran???


Firman Allah s.w.t. “Hai orang-orang yang beriman! kalau datang kepada kamu orang fasik membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu tidak mencelakakan suatu kaum dengan tidak diketahui, kemudian kamu menyesal atas perbuatan itu” (Ayat 6 : Surah Al-Hujurat)

Beberapa hadith Rasulullah s.a.w. mengenai fitnah :

1. “Tidak akan masuk syurga pembawa fitnah” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

2. “Yang paling dikasihi oleh Allah di antara kamu adalah : mereka yang baik akhlak, yang merendahkan sayapnya (diri), yang suka dengan orang dan yang disukai orang. Manakala yang dimurkai oleh Allah adalah : mereka yang pergi membawa fitnah, yang menceraiberaikan di antara saudara dan mencaci orang yang tidak berslah akan kesalahannya” (Hadith riwayat At-Tabharani dan Abu Hurairah r.a.)

3. Abu Zhar Al-Ghiffari berkata, Rasullullah s.a.w. bersabda :”Barangsiapa menyiarkan terhadap orang muslim satu perkataan untuk memalukannya dengan tidak sebenarnya, nescaya dia akan diberi malu oleh Allah dalam neraka pada hari kiamat” (diriwayatkan oleh Ibnu Abid Dunya)






Post a Comment

0 Comments