Ikhwanul Muslimin ditubuhkan oleh Hasan al-Banna di Kota Ismailiyah, Mesir pada tahun 1928M atau pada Zulkaedah 1347H.[1] Jamaah Ikhwanul Muslimin adalah mereka yang menjadi pengikut Hasan al-Banna dan pengikut tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin sesudahnya.
Hasan al-Banna semoga Allah merahmati dan mengampuninya dilahirkan di kampung al-Mahmudiyah Mudiriyah al-Buhariyah (Mesir) pada 1324H bersamaan l906M.[2] Beliau meningal dunia pada tahun 1368H bersamaan1949M. Nama penuh beliau ialah Hassan Bin Ahmad Bin Abdulrahman al-Banna.[3] Dialah yang menjadi Mursyid pertama bagi pertubuhan ini.[4] Memiliki banyak parti, antaranya parti sekular, sosialis dan nasionalis.
Hasan al-Banna bermati-matian berusaha untuk menyatu-padukan parti-parti tersebut ke dalam satu jamaah dan satu nama “Ikhwanul Muslimin”[5] walaupun beliau mengetahui akidah setiap golongan yang ingin disatukan ke dalam jamaah “Ikhwanul Muslimin” itu saling bertentangan.[6]
Antara slogan dan suara yang batil dalam usaha menyatukan para pengikut Ikhwanul Muslimin (mewakili Ikhwanul Muslimin) ialah suara yang diserukan oleh Salman al-Audah (salah seorang pentaklid fanatik gerakan Ikhwanul Muslimin):
نريد وحدة الصف ، لا نريد وحدة الرأي
Malangnya pertubuhan Ikhwanul Muslimin tidak pernah mencapai matlamatnya untuk menyatukan barisan atau pemikiran, sebaliknya: “Akhirnya setelah sekian lama Ikhwanul Muslimin berusaha menggerakkan para ahlinya, mereka hanya mampu mencetuskan berbagai-bagai firqah yang menyimpang jauh dari matlamat yang mereka inginkan. Ia berpunca dari perpecahan di dalam pertubuhan Ikhwanul Muslimin itu sendiri”.[8] Keadaan ini telah diceritakan oleh Sa’id Hawa:
“Kemuncak perpecahan telah melanda dalaman jamaah, semua yang berlaku tidaklah menghairankan kerana suara-suara protes masuk ke setiap telinga, juga kerana banyaknya unsur-unsur perpecahan dan unsur-unsur lain yang membantu, termasuk pengaruh luaran yang terus menekan, ditambah lagi jaringan organisasi jamaah yang rapuh. Sementara orang-orang yang bergabung ke dalamnya dari berbagai-bagai kelompok, maka jamaah tidak mampu menghadapi kerenah mereka semuanya”.[9]
Memang benar apa yang telah difirmankan oleh Allah ‘Azza wa-Jalla, iaitu apabila sesuatu kaum yang tidak berpegang dengan prinsip al-Quran dan as-Sunnah pasti akan berpecah-belah sebagaimana firmanNya:
تَحْسَبُهُمْ جَمِيْعًا وَقُلُوْبُهُمْ شَتَّى ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لاَّ يَعْقِلُوْنَ.
Sejak Ikhwanul Muslimin tertubuh, Hasan al-Banna, para tokoh Ikhwanul Muslimin dan para pengikutnya berusaha untuk menggabungkan antara Qibti (orang-orang Kristian/Nasara Mesir yang jelas kafirnya) dengan jamaah Ikhwanul Muslimin, sedangkan menyatukan orang Islam dengan orang kafir telah dilarang oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam agar seseorang muslim tidak menjadi seperti mereka. Baginda bersabda:
مَنْ جَامَعَ الْمُشْرِكَ وَسَكَنَ مَعَهُ فَإِنَّهُ مِثْلُهُ.
Sebelum membentuk Jamaah Ikhwanul Muslimin, Hasan al-Banna telah membaiah dengan cara sufi yang disebutnya sendiri di dalam kitabnya “Muzakkirat Daiyah”. Ia membaiah Syeikh Hasafiyah, setelah itu membentuk Ikhwanul Muslimin dan mengadopsi manhajnya ke dalam jamaahnya. Bahkan istilah “Mursyidul Am” yang menjadi gelaran Hasan al-Banna diambil dari istilah sufi yang bererti “Wali Yang Sempurna”.[12]
Hakikat Hasan al-Banna yang telah membaiah Syeikh Hasafiyah dan bergabung dengan tariqat Hasafiyah telah dinafikan dan faktanya telah disembunyikan serta dikelirukan oleh penulis buku AL-IKHWAN AL-MUSLIMUN ANUGERAH ALLAH YANG TERZALIMI. Beliau (Farid Nu’man) memutar-belitkan fakta dan banyak mengelirukan dengan tulisannya, antaranya beliau telah menulis:
“Hasan al-Banna hingga akhir hayatnya tidak pernah bergabung secara rasmi dengan al-Hasafiyah. Ia sekadar simpatisan (muhibbun)”.[13]
Para pembaca yang budiman perlu mengetahui bahawa kenyataan di atas ini tidak diketahui dari mana sumber dan rujukannya, ia amat bertentangan dengan pengakuan Hasan al-Banna dan para tokoh Ikhwanul Muslimin.
Mungkin penulis AL-IKHWAN AL-MUSLIMUN ANUGERAH ALLAH YANG TERZALIMI banyak berbohong kerana sangat ghulunya kepada pertubuhan ini dan terperdaya dengan para tokohnya. Pembohongannya terbongkar melalui fakta-fakta ilmiyah yang tertera di tulisan ini yang selanjutya.
Perlu diketahui bahawa hampir kesemua para pengasas dan orang-orang yang memainkan peranan di dalam pertubuhan Ikhwanul Muslimin, sesungguhnya mereka adalah ahli bid’ah yang telah dibantah[14] (sudah dijarh atau ditahzir oleh para ulama salaf. Pent).
Melalui berbagai fakta yang boleh dijadikan hujah, telah menunjukkan bahawa para pemimpin dan para pembesar (tokoh-tokoh utama) Ikhwanul Muslimin kebanyakan mereka berakidah Asy’ariyah bersadur sufiyah, malah Hasan al-Banna sendiri berakidah Asy’ariyah dan menganut tariqat sufiyah al-Hasafiyah[15] kuburiyah yang dipenuhi dengan berbagai-bagai zikir dan tawassul yang bid’ah, syirik, khurafat, tahaiyul, kemungkaran dan kesesatan. Pejuang sufi seperti ini bagaimana boleh dianggap sebagai tokoh penyumbang kepada kebangkitan tajdid?
Lihat dan fikirkanlah semua pengakuan-pengakuan Hasan al-Banna yang menunjukkan dia seorang pejuang sufi dan tasawuf. Beliau gemar menghidupkan amalan-amalan kesufian dan zikir-zikir yang bertentangan dengan sunnah:
“Saya menganggotai al-Ikhwan al-Hasafiyah (tariqat kesufian) di Damanhur. Saya sentiasa berada di Masjid Taubah setiap malam”. [16]
Selanjutnya beliau berkata:
“Hadir sama Syaid Abdul Wahhab yang memberikan ijazah dalam tariqat sufi al-Hasafiyah asy-Syazaliyah. Saya membaiah tariqat al-Hasafiyah asy-Syazaliyah darinya. Dia telah memberitahu aku tempat-tempat dan semua kegiatan-kegiatan tariqat al-Hasafiyah as-Syazaliyah”.[17]
Malah Hasan al-Banna ikut serta mendirikan kumpulan Sufiyah Hasafiyah kerana beliau berkata:
“Kemudian saya dipilih sebagai setiausaha di dalam tariqat ini (tariqat sufi al-Hasafiyah as-Syazaliyah)”.[18]
Jika seseorang itu mampu dan mahu meneliti sejumlah tulisan, fatwa, kata-kata, pesanan dan ucapan para tokoh Ikhwanul Muslimin, pasti akan ditemui bahawa akidah dan pemahaman majoriti ketua-ketua serta pengikut Ikhwanul Muslimin terhadap syariat Islamiyah amat mengeciwakan, kerana masih terlalu banyak yang bertentangan dengan al-Quran, Sunnah, Athar dan dengan pemahaman Ahli Hadis (Salaf as-Soleh), kerana fokas dan jalan dakwah mereka banyak yang membelakangkan al-Quran, as-Sunnah serta manhaj Salaf as-Soleh. Malah perkataan dan pandangan yang keluar dari benak pemikiran Hasan al-Banna juga banyak yang bertentangan, iaitu bertentangan pemikirannya dengan pemikirannya sendiri dan pemikirannya dengan apa yang telah dilaksanakan olehnya.[19] Akibat dan kenyataan orang yang meninggalkan panduan al-Quran telah dijelaskan di dalam al-Quran:
وَلَوْ كَانَ مِنْ عِنْدِ غَيْرِ اللهِ لَوَجَدُوْا فِيْهِ اخْتِلاَفًا كَثِيْرًا.
Semua kenyataan tentang Ikhwanul Muslimin dan para tokohnya akan dibuktikan melalui nukilan (secara amanah dan jujur) yang tertera di dalam tulisan ini berserta rujukan di setiap nota kaki.
Insya Allah segala apa yang tercatit di tulisan ini akan menjadi saksi di hadapan Allah ‘Azza wa-Jalla, kerana tulisan ini hanya termuat dengan nukilan kata-kata yang benar yang tiada kaitan dengan persepsi mana-mana individu dan setelah memperolehi penjelasan tentang kebatilan Ikhwanul Muslimin maka usahlah diambil prinsip akidah dan ibadah yang telah dicipta oleh mereka (Ikhwanul Muflisin).[21]
Tulisan ini bukanlah bertujuan mengajak umat supaya membenci Ikhwanul Muslimin atau mengkafirkan mereka, tetapi ayuhlah sama-sama menasihati mereka kerana jamaah ini masih diterima oleh para pemuda Islam, hanya yang perlu diberi perhatian bahawa pertubuhan ini masih dipenuhi dengan berbagai pemikiran dan pendapat kebanyakannya terlalu kabur dan membingungkan kerana dianyam dan dihiasi dengan bingkai-bingkai bid’ah, khurafat, kebatilan dan kesyirikan. Diharap semua kebatilan tersebut dapat dikesan dan mampu ditinggalkan oleh para pengikut Ikhwanul Muslimin.
Didapati berbagai kebatilan yang mencacatkan pertubuhan Ikhwanul Muslimin yang amat sukar dibasmi dan masih berterusan sehinggalah kesaat ini. Ia akan terus berlarutan kerana terdapat bermacam-macam pemahaman, teori dan pandangan yang dikeluarkan oleh tokoh-tokoh pertubuhan ini. Mereka saling bertentangan fahaman dan berbeza pendapat. Amat sulit untuk dijadikan panduan dan ikutan yang mana satu antara mereka yang lebih benar.
Tulisan ini telah menyingkap warna warni kebatilan pergerakan Ikhwanul Muslimin. Setelah terbongkarnya tembelang dan hakikat sebenar pergerakan pertubuhan ini, pasti tidak salah jika dipanggil dan diberi gelaran Ikhwanul Muflisin lantaran mereka kekeringan dari berbagai-bagai ilmu syariat terutamanya akidah tauhid. Istilah ini dipinjam dari gelaran yang diberikan oleh seorang ulama dari Yaman Syeikh Mukbil rahimahullah sebagaimana yang dinyatakan oleh beliau:
“Mereka adalah Ikhwanul Muflisin bukan Ikhwanul Muslimin”.
Memang ada yang mengatakan bahawa suara sebegini datangnya dari orang yang tidak memiliki adab terhadap ulama. Apakah yang dikatakan ulama itu kerana kuat fiqahnya atau kerana menjadi ikutan umat akidahnya? Atau kerana kebenaran dakwahnya?
----------------------------------------------------------------------
[1] . Lihat: al-Mausu’ah al-Muyassarah. Hlm. 23.
[2] . Lihat: an-Nuqtah Fauqal Huruf, hlm. 81 Ust. Ahmad Abdilkarim.
[3] . Ad-Dakwah Ilallahi Ta’ala. Hlm. 86. Saied bin Abdulahraman al-Husin.
[4] . Lihat: الجماعة الإسلامية فى ضوء الكتاب والسنة بفخم سلف الأمة dalam tajuk Ikhwanul
Muslimin. Salim bin ‘Ied al-Hilali.
[5] . Lihat: Turkh Hasan al-Banna wa-Ahammul Warisin.
[6] . Lihat: al-Majallah as-Salafiyah. Bil 7 Penjelasan Syeikh Salim Hilali
(Ulama Jordan).
[7] . Lihat: Fikru at-Takfir Qadiman wa-Hadisan. Hlm. 153 Abdus Salam
bin Salim bin Raja as-Suhaimi.
[8] . Lihat: (1). at-Tarikh as-Sirri li Jamaatil Ikhwanil Muslimin. Hlm. 4.
(2). al-Qutubiyah Hiyal Fitnah Fa’rifuha hlm. 76 Ibnu Sultan al
Adnani.
[9] . Lihat: Hazihi Tajribati wa-Hazihi Syahadati. Hlm. 34.
[10] . al-Hasyr. 59:14.
[11] . H/R Abu Daud 2787.
[12] . Lihat: Hasan al-Banna Seorang Teroris? Hlm. 23 Ayyad asy-Syamari.
[13] . Lihat: Al-Ikhwan Al-Muslimun Anugerah Allah Yang Terzalimi. Hlm. 173.
Farid Nu’man. Edisi Lengkap. Pustaka Nauka. Cetakan 1. August, 2003.
[14]. Lihat: Turkh Hasan al-Banna wa Ahammul Warisin dalam tajuk “Ikhwanul
Muslimin”.
[15] . Lihat: Fikru Takfir Qadiman wa-Hadisan hlm. 151 Raja as-Suhaimi.
[16] . Lihat: Muzakkirat ad-Dakwah wad-Daiyah hlm. 27 Hasan al-Banna.
[17] . Ibid.
[18] . Ibid.
[19] . Lihat: Ad-Dakwah Ilallahi Ta’ala. Hlm. 89. Saied bin Abdulrahman al-Husin.
[20] . an-Nisaa’. 4:82.
[21] . Ikhwanul Muflisin adalah jolokan yang diberikan oleh Syeikh Mukbil
kepada Ikhwanul Muslimin.
2 Comments
Salam akhi penulis. Sebelum melontarkan tuduhan sebegini rupa pada hassan al banna, sudahkah mmbaca himpunan risalahnya? Yg mnjadi sumber panduan fikrah utama ikhwan muslimin? Sudahkah disemak amal2 nya? Sudahlah disemak gerak dakwahnya? Sufikah mereka? Atau sesatkah mereka? Jgnlah sebaris dua ayat dinaqal.satu dua peristiwa dinilai.kemudian jamaah yg puluhan tahun ini dihukum sebgitu rupa? Ana cadangkan dengan mula membaca usul 20 karangan beliau sebagai permulaan.wallahuaalam
ReplyDeleteSalam akhi penulis. Sebelum melontarkan tuduhan sebegini rupa pada hassan al banna, sudahkah mmbaca himpunan risalahnya? Yg mnjadi sumber panduan fikrah utama ikhwan muslimin? Sudahkah disemak amal2 nya? Sudahlah disemak gerak dakwahnya? Sufikah mereka? Atau sesatkah mereka? Jgnlah sebaris dua ayat dinaqal.satu dua peristiwa dinilai.kemudian jamaah yg puluhan tahun ini dihukum sebgitu rupa? Ana cadangkan dengan mula membaca usul 20 karangan beliau sebagai permulaan.wallahuaalam
ReplyDeleteبِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.