Sejak kebelakangan ini, nama mantan Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin kembali hangat diperkatakan di ruangan maya. Bukan disebabkan isu-isu yang melibatkan aqidah Islam tetapi lebih tertumpu kepada isu-isu jawatan dan politik. Penulis secara teknikalnya adalah seorang yang terbuka dengan mana-mana individu untuk menyertai apa jua parti politik yang mereka ada kecenderungan, pun begitu secara prinsipnya, penulis tidak bersetuju amalan masuk ke dalam kancah politik menggunakan apa-apa sahaja platform parti melainkan terdapat justifikasi yang jelas lagi terang.
Baru-baru ini, berdasarkan pembacaan penulis dan penelitian penulis terhadap beberapa status twitter Maza tatkala ditanya mengenai apakah yang diperbincangkan selama 4 jam dengan Anwar Ibrahim, penulis mendapati Maza tidak berani memberikan sebarang komen. Sebaliknya ini bertentangan dengan prinsip dan ritorik beliau yang gemarkan transperansi dalam apa juga yang melibatkan urusan politik. Malah penulis juga yakin yang dibincangkan itu bukanlah masalah dan rahsia negara lebih-lebih lagi ianya hanya dibincangkan diantara beliau dengan ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR). Jika benar bahawa MAZA akan menerima pelawaan yang Anwar, ianya tentu tamparan paling besar kepada seorang ustaz yang juga bergelar Doktor, siapa lagi kalau bukan Dr. Badrul Amin. Untuk rekod, Dr. Badrol Amin merupakan antara tokoh 'Ustaz' dalam PKR yang paling lantang menentang Dr. Asri tatkala beliau masih berjawat sebagai Mufti Perlis. Namun sekiranya perkara ini menjadi kenyataan, pastilah Maza akan dilihat dapat mencuci lumpur yang dicalitkan kepada PKR gara-gara kes-kes 'pelik' Dr. Badrol Amin seperti 'Nasihat 3 Pagi','Kena Belasah dengan 20 orang halimunan' dan 'Konsert Power Kaabah Abuya'.
Penulis juga ingin menyarankan kepada Maza yang dilihat rapat dengan Tun Dr. Mahathir untuk berjumpa dengan negarawan berkenaan bagi mengetahui latar belakang Anwar dari individu yang membawa masuk Anwar kedalam dan juga yang mengeluarkan beliau dari UMNO. Ini kerana pastinya, Mahathir lebih mengenali karakter Anwar Ibrahim berbanding Maza sendiri. Apa pun dipihak penulis, kami mengucapkan jutaan syabas dan tahniah kepada Maza kerana berjaya mencuit hati 'Anwar Ibrahim' untuk dijadikan calon PKR dalam PRK13 yang akan datang. P/S : Harap-harap Maza dapat mintak Anwar laksanakan sumpah Mubahalah.....
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.
2 Comments
Salam perjuangan. Terima kasih memautkan blog teman. Blog tuan telah dipautkan semula.tkiu
ReplyDeleteSalam Sahabat,
ReplyDeleteJutaan Terima Kasih kerana sudi melayari blog saya.
PENA MINANG RETURN kini dalam senarai blog pilihan GELOMBANG RAKYAT.
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.