Oleh : Abu Farouq
Sahabat: Definisi sahabat menurut ulama hadis ialah: Orang yang bertemu Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam, dia beriman dengannya serta mati dalam keadaan Islam.[1]
Para Salaf as-Soleh yang paling utama diketuai oleh Muhajirin dan Ansar. Mereka adalah golongan sahabat dan telah sepakat sekalian Ahli Sunnah wal-Jamaah tentang keadilan mereka. Tidak ada yang khilaf tentang kemuliaan dan keutamaan mereka kecuali golongan Ahli Bid’ah. Allah telah menjamin kebenaran Muhajirin dan Ansar dalam berkorban jiwa dan raga. Mereka sangat meredai Allah dan Allah meredai mereka. Mereka menjadi pembantu dan pengikut Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam yang paling setia. Mereka paling percaya (beriman), paling benar ketakwaannya dan sebaik-baik umat yang paling suci hatinya yang ada di dunia ini. Mereka berada dalam koridor keIslaman, keimanan yang jernih. Akidah dan ibadah mereka sentiasa disaring oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Allah telah berfirman menjelaskan keadaan para sahabat yang terdiri dari Muhajirin dan Ansar:
للْفُقَرَآءِ الْمُهَاجِرِيْنَ الَّذِيْنَ أُخْرِجُوْا مِنْ دِيَارِهِمْ وَاَمْوَالِهِمْ يَبْتَغُوْنَ فَضْلاً مِّنَ اللهِ وَرِضْوَانًا وَيَنْصُرُوْنَ اللهَ وَرَسُوْلَهُ اُوْلَئِكَ هُمُ الصَّادِقُوْنَ.
كُنْتُمْ خَيْرَ اُمَّةٍ اُخْرِجَتْ للنَّاسِ
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:
اِنَّ اللهَ اخْتَارَاَصْحَابِيْ عَلَى الثَّقَليْنِ سِوَى النَّبِيِّنَ وَالْمُرْسَلِيْنَ
اَكْرمُوْا اَصْحَابِيْ ، فَاِنَّهُمْ خِيَارُكُمْ
Selain dijelaskan oleh Allah sebagai orang-orang mulia yang benar dan sebaik-baik ummah maka mereka juga dianggap oleh Allah Azza wa-Jalla sebagai umat yang paling adil dan umat pilihan Allah sebagaimana firmanNya:
وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ اَمَّةً وَسَطًا
“Dan demikianlah Kami menjadikan kamu (umat Islam terutamanya para sahabat) umat yang adil dan pilihan”.[6]
يَا اَيُّهَا النَّبِيُّ حَسْبُكَ اللهُ وَمَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْمُؤْمِنِيْنَ
Kata-kata sahabat Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam adalah hujjah yang wajib diamalkan (diterima pakai). Begitulah menurut qaul Imam Malik, Syafie, Ahmad, kebanyakan ulama usul, ulama fikah Hanafiyah, Ibnu Uqail, Al-Bagdadi, Ibnu Qaiyim juga memilihnya sebagai hujjah sebagaimana terdapat dalam I’lamul Muwaqqi’in, dituruti oleh Syatibi dalam Al-Muwafaqat serta IbnuTaimiyah.[8]
Ingatlah, bahawa para sahabat adalah pembela Rasulullah dengan jiwa dan raga mereka, memelihara sunnah baginda, menolong menyebar agama dan mengangkat martabatnya, mengambil contoh agama dari baginda, mengikut (ittiba’) pada semua yang didatangkan kepada mereka, menyampaikan dan menyalin antara satu dengan yang lain, tiada yang mereka ketahui melainkan disampaikan kepada yang lain!. Rasulullah mengakui tentang kenyataan ini dengan bersabda:
مَامِنْ نَبِيٍّ بَعَثَهُ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ اِلاَّ كَانَ لَهُ فِى اُمَّتِهِ حَوَّارِيُّوْنَ وَاَصْحَابُهُ يَاْخُذُوْنَ بِسُنَّتِهِ وَيَقْتَدُوْنَ بِاَمْرِهِ.
Antara dalil-dalil bahawa kata-kata sahabat itu adalah hujjah ialah firman Allah di dalam al-Quran, sunnah dan athar:
وَالسَّابِقُوْنَ اْلاَوَّلُوْنَ مِنَ الْمُهَاجِرِيْنَ وَاْلاَنْصَارِ وَالَّذِيْنَ اتَّبَعُوْهُمْ بَاِحْسَانٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمْ وَرَضُوْا عَنْهُ
Imam Malik rahimahullah berhujjah dengan ayat ini dan menerangkan:
“Sesungguhnya ayat ini mengandungi pujian terhadap para sahabat dan sanjungan ke atas mereka. Mereka berhak menjadi a’immah, apa yang ada pada mereka menjadi contoh ikutan, diambil kata-katanya dan layak menerima sanjungan (dan pujian) bagi sesiapa yang mengikuti keseluruhan mereka atau mengikuti setiap perbuatan mereka selagi mereka tidak menyalahi nas”.[11]
كُنْتُمْ خَيْرَ اُمَّةٍ اُخْرِجَتْ للنَّاسِ تَاْمُرُوْنَ بَالْمَعْرُوْفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُوْنَ بِاللهِ.
Diriwayatkan oleh Ibn Jarir dari Dhahak berkata: Mereka itu adalah para sahabat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam secara khusus. (Beliau menambah): Yang mana mereka (para sahabat) kalangan perawi-perawi yang diseru agar kaum muslimin mentaati mereka”. Berkata Ibnu Qaiyim: Berdasarkan ayat ini, jelaslah tentang wajibnya mengikut para sahabat .[13] Berkata as-Syatibi: Apabila dibacakan ayat tersebut, ia menunjukkan sunnah para sahabat radiallahu ‘anhum. Segala sunnah yang telah mereka amalkan hanya dirujukkan kepada mereka[14] oleh sekalian ummat sesudah mereka, kerana mereka adalah para salaf yang terbilang.
Diriwayatkan oleh al-Khatib dengan sanad dari ‘Umir as-Sya’bi, beliau berkata:
مَاحَدثُوْكَ عَنْ اَصْحَابِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَخُذْهُ
Adapun dalil dari hadis Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:
خَيْرُ النَّاسِ الَّذِيْ اَنَا فِيْهِ ، ثَمَّ الثَّانِيْ ثُمَّ الثَّالِثِ
Berkata Ibnu Taimiyah rahimahullah:
“Pasti akan menjadi kenyataan bagi sesiapa yang menumpukan perhatiannya kepada al-Kitab dan as-Sunnah, malah telah disepakati oleh Ahli Sunnah wal-Jamaah dari semua golongan, bahawa sebaik-baik kurun bagi ummah ini dari segi amal, perkataan, iktiqad dan merangkumi juga perkara-perkara selainnya maka yang terbaik ialah dikurun pertama (kurun sahabat), kemudian kedua (kurun tabi’in) dan seterusnya ketiga (dikurun tabi’ut at-tabi’in) sebagaimana yang dinyatakan oleh hadis-hadis yang berbagai jalurnya. Mereka lebih baik dari orang-orang yang sesudah mereka (zaman khalaf) dalam semua kebaikan. Sama ada ilmu, iman, akal, agama, bayan dan ibadah. Mereka lebih utama dalam menjelaskan agama dalam semua persoalan. Semuanya ini tidak dapat ditolak kecuali oleh orang yang memandai dalam agama iaitu agama Islam dan ia telah disesatkan oleh Allah atas (nama) ilmu”.[17]
Hadis ini menunjukkan bahawa selepas apa yang dari Rasulullah ialah athar dari para sahabat. Sufyan ath-Thauri berkata:
اِنَّمَاالدِّيْنُ بِاْلآثَارِلَيْسَ بِالرَّاْيِ اِنَّمَا الدِّيْنُ بِاْلآثَارِلَيْسَ بَالرَّاْيِ
“Sesungguhnya agama itu dengan (mengikut) athar bukan dengan pandangan, sesungguhnya agama itu dengan (mengikut) athar bukan dengan pandangan (pendapat)”.[18]
Berkata al-Auzaii rahimahullah:
عَلَيْكَ بِآثَارِ مَنْ سَلَفَ وَاِنْ رَفَضَكَ النَّاس ، وَاِيَّاكَ وَرَاْيُ الرِّجَال ، وَاِنْ زُخْرُفُوْهُ لَكَ بِالْقَوْلِ
Berkata Abdullah bin Daud rahimahullah:
لَيْسَ الدِّيْنَ بِالْكَلاَمِ ، اِنَّمَا الدِّيْنُ بِاْلآثَارِ
Terlalu banyak hadis dan athar yang sahih memerintahkan agar kita sentiasa berpegang atau kembali dengan athar-athar para sahabat yang sahih kerana mereka adalah para Salaf kita dan mereka telah dimuliakan Allah Azza wa-Jalla.
--------------------------------------------------------------------------------------
[1] . Lihat: Lamahat Fi Usul al-Hadis. Hlm. 24. Dr. Muhammad Adib
Soleh.
[2] . Al-Hasyr, 59:8.
[3] . Ali Imran, 3:110.
[4]. H/R Bazzar dalam Musnadnya. Disebut oleh Ibn Hajar dalam Al-Isabah. 1/21-22. Beliau berkata para perawinya dipercayai. Disebut oleh Al-Haitami dalam Majma’ al-Zawaid 10/16.
[5]. Diriwayatkan oleh Baihaqi dalam Al-I’tiqad. 320. Al-Khatib dalam Tarikh Bagdad. 6/57. Dikeluarkan oleh Ibnu Manduh dalam Kitab al-Iman. 1/961-962. Disebut oleh Al-Albani dalam Silsilah as-Sahihah. 3/109-110 dan dalam Sahih al-Jami’ 2/345.
[6] . Al-Baqarah. 2:143.
[7] . Al-Anfal. 8:64.
[8] . Lihat: اعلام الموقعين Ibnul Qaiyim. 3/120. Lihat: الموافقات 4/74.
Syatibi. Lihat: مجموع فتاوى 5/413. Lihat: اقتضاء الصراط المستقيم 2/687.
[9] . H/R Muslim. Dalam Kitab al-Iman. 1/69. Ahmad dalam
Musnadnya. 1/458.
[10] . At-Taubah. 9:100.
[11] . Lihat: اعلام الموقعين 4/129.
[12] . Ali Imran. 3:110.
[13] . Lihat: اعلام الموقعين 4/131.
[14] . Lihat: الموافقات 4/74. As-Syatibi.
[15] . Lihat: شرف اصحاب الحديث 74. Al-Khatib
[16] . H/R Muslim. Pada kita Fadhail Sahabat. 2/1960. Abu Daud dalam
kitab As-Sunnah 5/44.
[17] . Lihat: مجموع الفتاوى 4/185. Ibnu Taimiyah.
[18] . Lihat: شرف اصحاب الحديث hlm. 6.
[19] . Ibid.
[20] . Ibid.
0 Comments
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.