SIAPA LEBIH KENAL ANWAR??? AL-QARADAWI ATAU MAHATHIR???


Assalamualaikum.
Siapa tak kenal dengan ulama Mesir Dr. Yusuf Al-Qaradawi?
Aku rasa orang Malaysia semua kenal dengan ulama kelahiran Mesir ini.
Beliau adalah idola dikalangan masyarakat Malaysia selain idola kepada
para pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Al-Azhar.
Baru-baru ini aku terbaca di beberapa buah blog pemimpin Khawarij
Malaysia mengenai kedatangan Al-Qaradawi ke Malaysia. Namun apa yang
menarik minatku ialah, tatkala Qaradawi mengeluarkan pendapatnya
mengenai tokoh Khawarij terkemuka di Malaysia, ANWAR IBRAHIM.

Dalam artikel yang aku baca dari laman webmilik pemimpin khawarij berkenaan, beliau mengatakan Qaradawi secara terbuka telah mengatakan bahawasanya Anwar Ibrahim tidak bersalah atas dakwaan ‘Meliwat’. Malah berdasarkan artikel itu lagi Qaradawi telah meminta agar kes liwat tersebut dijalankan secara serentak di mahkamah syariah selain memberi tahu kepada para hadirin bahawa dia mengenali siapakah Anwar Ibrahim.
Berikut merupakan petikan artikel ucapan Qaradawi dari laman web berkenaan;

“Saya mengenali Anwar Ibrahim sejak 25 tahun
yang lalu. Ketika itu Anwar adalah presiden Abim. Apabila Anwar
menyertai kerajaan, hubungan kami masih akrab. Setelah Anwar difitnah
dan dipenjarakan, saya sering mendoakan agar beliau tabah dan tidak
mengalah. Sekarang beliau adalah harapan kepada rakyat yang mencintai
keadilan dan kemanan sejagat.


“Saya
minta tuan-tuan dan puan-puan agar bersama-sama Anwar Ibrahim untuk
mengangkat martabat kemanusian yang meletakkan keadilan dan prinsip
Islam sebagai asas perjuangan.”
Aku tak tahu sama ada ini adalah kenyataan yang keluar dari mulut
Qaradawi ataupun sekadar satu rekaan semata-mata oleh penulis laman
berkenaan.
Tetapi sebelum aku meneruskan penulisanku ini, aku nak mintak maaf
sekiranya bahasa dan pandangan yang aku kemukakan ini tidak selari
dengan pandangan kalian.
Aku ingin bertanya kepada kalian semua. Berapa lama Qaradawi mengenali
Anwar Ibrahim? Dan berdasarkan artikel dalam blog pemimpin khawarij
berkenaan, Qaradawi dikatakan sudah 25 tahun mengenali Anwar Ibrahim.
Namun dalam masa yang sama aku hendak bertanya kepada kalian, dalam
tempoh masa berkenaan, adakah selama 25 tahun itu, Qaradawi setiap hari
berjumpa dan berbicara serta melihat Anwar Ibrahim bekerja di
hadapannya? Jawapannya TIDAK SAMA SEKALI.
Aku tak kisah dengan pandangan Qaradawi yang beliau sedih dengan
‘fitnah’ yang terkena kepada sahabat yang dikenalinya sejak 25 tahun
itu. Sebab bagi aku, kalau kawan yang kita dah kenal, lepas itu di
fitnah, sudah tentu kita akan turut berasa simpati. Namun untuk
mengatakan bahawa rakyat Malaysia perlu bersama Anwar Ibrahim dalam
mengangkat keadilan dan prinsip Islam di Malaysia, aku rasa Qaradawi
tersilap.
Mungkin Qaradawi lupa apakah mengenai hukum menjatuhkan pemerintah
Islam. Kalau kalian pernah membaca tulisan dan beberapa hasil artikel
mengenai hukum mentaati pemerintah, kalian akan mendapati, tidak
terdapat satu ayat Al-Quran dan Nas Hadis yang membenarkan seseorang
muslim itu keluar dari jamaah (memberontak) serta memerangi pemerintah
Islam. Disini aku tampilkan ayat al-quran dan hadis mengenai hukum
mentaati pemerintah;
Firman Allah s.w.t.:
Wahai orang-orang yang beriman, ta’atilah Allah, ta’atilah Rasul, dan ulil amri (‘pemerintah) kalian. (an-Nisa’ 4: 59)
Dari al-Harits bin Basyir, bahawa Rasulullah shallahu ‘alaihi wassalam (s.a.w.) bersabda:
Aku perintahkan kalian dengan lima perkara, yang Allah telah
memerintahkan aku dengannya: Mendengar, Ta’at (kepada pemerintah),
Jihad, Hijrah, dan (berpegang teguh dengan) al-Jama’ah”. (Hadis Riwayat
Ahmad 6/202; at-Tirmidzi, no. 2863; Ibnu Abi ‘Ashim, no. 1036.
Disahihkan oleh asy-Syaikh al-Albani dalam Zhilalul Jannah, no. 1036.
Lihat pula al-Mlsykah, no. 3694 dan Shahihul Jami’, no. 1724)
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu (r.a.) berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Barangsiapa yang taat kepadaku, sungguh dia telah taat kepada Allah.
Barangsiapa yang derhaka kepadaku, sungguh dia telah derhaka kepada
Allah. Barangsiapa mentaati amir (penguasa), sungguh dia telah taat
kepadaku. Dan barangsiapa yang menderhakai (menentang) kepada amir
sungguh dia telah derhaka kepadaku.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no.
7137; Muslim, no. 1835; an-Nasa’i, no. 4204, 5525, dari Abu Hurairah
r.a.)
Dari Ibnu ‘Umar r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Wajib atas seorang muslim (untuk) mendengar dan taat (terhadap
pemerintah) pada apa yang ia suka atau pun yang ia benci, kecuali jika
diperintah (untuk) berbuat maksiat. Jika diperintah untuk bermaksiat,
maka tidak (boleh) mendengar dan taat (tidak melakukan kemaksiatan yang
diperintahkan).” (Muttafaqun ‘alaihi, Hadis Riwayat al-Bukhari, no.
7144; Muslim, no. 1839. Yakni tidak mendengar dan tidak taat dari
perkara maksiat yang diperintahkan itu saja. Bukan bererti tidak
mendengar dan tidak taat secara total atau memberontak. Perhatikan
hadis-hadis berikutnya)
Dan Ibnu ‘Abbas , bahwa Rasulullah bersabda:
Barangsiapa yang melihat pada pemimpinnya suatu kerusakan/ kezhaliman)
hendaknya dia bersabar. Kerana barangsiapa yang memisahkan din dan
jama’ah (pen guasa) sejengkal saja kemudian mati, maka matinya (di
atas) jahiliyyah’. (Muttafaqun ‘alaihi, Hadis Riwayat al-Bukhari, no.
7054; Muslim, no. 1849)
Dari Hudzaifah Ibnul Yaman, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
Akan ada sepeninggalanku nanti para pemimpin yang tidak mengambil
petunjukku dan tidak mengambil sunnah dengan sunnahku. Akan muncul pula
di tengah-tengah kalian orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan
dalam wujud manusia. Aku (Hudzaifah) bertanya: “Apa yang harus aku
lakukan jika aku mendapatinya, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab:
“(Hendaknya kau tetap) mendengar dan taat kepada penguasa, meskipun
punggungmu dipukul dan hartamu dirampas, (tetap bersikaplah) mendengar
dan taat!’. (Hadis Riwayat Muslim, no. 1847)
Dari ‘Adi bin Hatim berkata: Kami bertanya:
“Ya Rasulullah, kami tidak bertanya kepadamu tentang (ketaatan) kepada
(pen guasa) yang bertaqwa, akan tetapi bagaimana dengan (penguasa) yang
berbuat (demikian) dan yang berbuat (demikian), ‘Adi bin Hatim
menyebutkan beberapa perbuatan jahat (penguasa tersebut – pent.), maka
Rasulullah bersabda: Bertaqwalah kepada Allah dan (tetaplah) mendengar
dan taat (kepada mereka). (Hadis Riwayat Ibnu Abi ‘Ashim. Disahihkan
oleh asy-Syaikh al-Albani di dalam azh-ZhiIaI, no. 1069)
Dan Ummu Salamah berkata, bahawa Rasulullah bersabda:
‘Akan ada sepeninggalanku nanti pemimpin (yang) kalian mengenalnya dan
mengingkari (kejelekannya), maka barangsiapa membencinya (bererti) dia
telah berlepas diri, dan barangsiapa mengingkarinya (bererti,) dia
telah selamat. Akan tetapi barangsiapa yang meredhainya kejahatannya,
akan mengikutinya. Para sahabat bertanya:
“Wahai Rasulullah, Apakah tidak kita perangi saja mereka?” Beliau
menjawab: “Jangan, selama mereka masih menegakkan solat.” (Hadis
Riwayat Muslim, 1854)
Dan dari sahabat ‘Auf bin Malik al-Asyja’i dengan lafazh:
‘Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, Apakah tidak kita perangi
saja mereka dengan pedang? Beliau menjawab: “Jangan, selama mereka
masih menegakkan solat di tengah-tengah kalian.” (Hadis Riwayat Muslim,
no. 1855)
Demikian dalil-dalil dari al-Qur’an dan as-Sunnah yang menunjukkan
wajibnya taat kepada pemerintah dan larangan untuk memberontak kepada
mereka bagaimanapun keadaan mereka: penguasa yang adil mahupun penguasa
yang zalim, selama belum tampak pada mereka kekufuran yang nyata.
Di atas prinsip ini pulalah aqidah dan manhaj Ahlus Sunnah Wal Jama’ah.
Mereka selalu berpegang kepada nash-nash al-Qur’an dan as-Sunnah dan
tidak pernah keluar sedikitpun. Mereka sentiasa berjalan dan beredar
sesuai dengan dalil-dalil tersebut. Apa yang ditunjukkan oleh dalil
tersebut, mereka imani, mereka yakini dan mereka amalkan. Adapun yang
tidak ditunjukkan oleh dalil al-Qur’an mahupun as-Sunnah mereka buang
jauh-jauh. Sehingga aqidah mereka selamat dari perselisihan, bahkan
aqidah mereka satu, jama’ah mereka satu, kerana Allah telah menjamin
dengan kesatuan kalimat, kesatuan manhaj, dan keselamatan aqidah bagi
barangsiapa yang berpegang teguh dan sentiasa bertepatan dengan
al-Qur’an dan as-Sunnah.
Jadi dalam hal ini aku hendak bertanya kepada kalian, adakah Anwar
layak digelar sebagai pejuang Islam? Sedangkan jika kita lihat pada
tindakannya, hampir serupa dengan apa yang dilakukan oleh Khawarij.
Jadi dalam bab ini, aku merasakan bahawa Qaradawi ‘terlepas pandang’
dalam hal dan isu ini.
Berbalik semula mengenai ‘seruan’ Qaradawi untuk bersama-sama dengan
Anwar dalam mengangkat martabat manusia. Timbul persoalan diminda ku,
apakah ‘martabat kemanusiaan’ ulama Mesir itu maksudkan yang boleh
Ketua Khawarij Malaysia, Anwar Ibrahim lakukan? Adakah dalam aspek
pembanggunan sistem politik Demokrasi? Jika itu yang dimaksudkan
Qaradawi? Sekali lagi aku berpendapat Qaradawi tersilap dalam
memberikan pandangannya.
Sepanjang pembelajaran dan pembacaanku mendapati, tidak ada satu hadis
dan ayat Al-Quran yang membenarkan umat Islam mengimplimintasikan
sistem pemerintahan yang dicipta oleh kaum Kafir. Malah Islam melarang
umatnya meniru dan mengambil sistem pemerintahan kaum Jahiliyyah kerana
urusan dan cara pemerintahan adalah dibawah bidang kuasa Allah dan
Rasulnya. Dunia ini adalah hak ALLAH maka kita diwajibkan untuk
mengikut apa yang disuruh oleh ALLAH termasuk dari soal urusan
pemerintahan.
Sepertimana yang kita ketahui bahawa, Islam mempunyai landasan
politiknya yang tersendiri. Dan landasan politik Islam ialah sistem
pemerintahan berkhalifah dan bukannya demokrasi. Demokrasi adalah satu
sistem pemerintahan yang dicipta oleh kaum Kafir. Maka dalam hal ini
ALLAH melarang kita meniru perilaku kaum kuffar di muka bumi ALLAH ini.
Berbalik semula kepada Anwar Ibrahim. Kita mengetahui bahawa Anwar
Ibrahimlah antara manusia yang gemar melaungkan slogan ‘Demokrasi’ di
negara kita. Beliaulah yang begitu hebat memaksa rakyat menerima
Demokrasi ala barat iaitu ‘kebebasan yang seluas-luasnya dalam semua
perkara’ Satu konsep yang bertentangan dengan ajaran dan kehendak Islam
yang berkonsepkan tauhid kepada ALLAH. Jadi adakah manusia seperti
ANWAR IBRAHIM ini layak kita ikuti? Maka jawapannya tidak.
Jadi, kalau beginilah cara tafsiran ‘kenalnya’ Qaradawi terhadap Anwar
Ibrahim, aku rasa adalah baik lupakanlah sahaja seruan ulama Mesir ini.
Aku lihat kedatangan Qaradawi ke Malaysia sekadar ‘ubat guna-guna’ oleh
Anwar Ibrahim demi kepentingan politik semata-mata selain mengaburi isu
sumpah Mubahallah yang masih belum Anwar laksanakan.
Bagi aku yang paling mengenali Anwar Ibrahim tidak lain dan tidak
bukan, mantan Perdana Menteri yang kita sayangi, Yang Amat Berbahagia
Tun Dr. Mahathir. Tun lah manusia yang membawa Anwar ‘masuk’ ke dalam
kancah politik dan parti. Tun Dr. Mahathir lah yang setiap hari
berbicara, berjumpa dan bekerja setiap hari dan setiap masa, selama
mana Anwar berada di tampuk kerusi pemerintahannya. Malah dalam bab ini
aku rasa 25 tahun perkenalan Qaradawi dengan Anwar Ibrahim masih belum
mampu melawan ‘kenalnya’ Mahathir terhadap Anwar.
Qaradawi hanya mengenali Anwar mungkin hanya bersandarkan pada laporan yang
dibentangkan di media massa, sedangkan Mahathir mengenali Anwar dari
kaca matanya sendiri. Jadi dalam bab ini aku merasakan, Qaradawi hanya
mengenal ‘Kulit Anwar’ berbanding Mahathir yang mengenali Anwar dari
‘Kulit sehingga ke Isinya’.

Post a Comment

2 Comments

  1. qardawi sendiri berideologi khawarij, halal darah ghadafi , mengapi-api pemberontakan dmesir sedangkan dia dok rilek kat qatar, mengatakan yahudi,krisitian dan islam itu bersaudara.

    ReplyDelete
  2. Namun saudara, adakah kita secara betulnya mengenali akan TM itu sendiri? Manusia nampak sahaja sama warna rambutnya namun hati lain lain. Wallahu'alam.

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.