UMNO GAGAL!!!?


Oleh : Paneh Miang

1. Di mana sahaja hari ini akan kedengaran 'war cry' yang dilagukan pencacai pembangkang yang kononnya UMNO telah gagal. Failed you know...失敗...தோல்வி...kapish!!

2. Bermacam hujah cai pembangkang konon betapa tidak bergunanya UMNO selama 66 tahun kewujudannya dan selepas 55 tahun kemerdekaan negara. Kononnya UMNO gagal mentadbir, UMNO gagal bantu Melayu, UMNO gagal tegakkan Islam, UMNO dan kuasa umpama siat kulit daripada isi, UMNO gagal itu, UMNO gagal ini...bla..bla..bla..huarggghhhhh...mengantuknyalah dengar!

3. Namun, yang gagal dimomok cai pembangkang ialah, apakah kayu ukur atau benchmark yang mereka gunakan untuk mengatakan UMNO telah gagal? Ukur pakai balok ke? Atau guna alat geometri? Atau pembaris besi? Hehe...

4. Jika kita nak katakan seseorang individu atau sesuatu pihak itu gagal, maka sudah semestinyalah perlu dibuat perbandingan. Gagal lawannya Lulus. Jika ada pihak yang gagal, mesti ada pihak yang lulus. Jadi, adakah justifikasi kegagalan yang ditujukan kepada UMNO itu, memberi makna bahawa parti pembangkang telah lulus? Begitu..?

5. Dan seandainya pencapaian atau kejayaan menjadi ukuran, perbandingan perlulah dibuat antara kedua pihak yang memiliki keupayaan yang sama atau sekurang-kurangnya memiliki kelebihan asas yang setanding sebelum dibuat perbandingan.

6. Jadi cai pembangkang nak bandingkan UMNO dengan parti mana jika ingin dikatakan salah satu pihak telah gagal? Pas? Pkr? DAP?

7. Atau cai pembangkang membuat perbandingan bersandarkan faktor sejarah, faktor agama, sistem politik, polisi ekonomi, sistem sosial, hubungan antarabangsa, alam sekitar, budaya, pendidikan etc.? Yang mana satu pula antara faktor yang disebutkan itu telah berjaya direalisasikan sepenuhnya oleh parti pembangkang di negeri yang ditadbir mereka?


8. Ok...mungkin tak adillah kalau kita nak bandingkan parti pembangkang dengan UMNO disebabkan UMNO mentadbir persekutuan. Jadi kita kecilkan sedikit skop. Kita ambil dua negeri di pantai timur semenanjung yang hampir setanding dari segi keupayaan serta komposisi penduduk untuk dibuat perbandingan. Kita bandingkan antara Kelantan dan Terengganu...pihak mana yang boleh kita katakan gagal.

9. Kelantan telah ditadbir oleh Pas selama 22 tahun, manakala Terengganu juga pernah ditadbir oleh Pas dan  kini UMNO. Tak payahlah buang masa banding rekod-rekod lama, takut lebih teruk pula dapatannya. Cukuplah kita bandingkan data terbaru 2012 saja.

10. Pertama, kita bandingkan keluaran negeri kasar Kelantan berdasarkan aktiviti ekonominya yang tiada kena mengena dengan Persekutuan seperti pertanian, pembinaan, pembuatan, perkhidmatan, penyeludupan barangan Siam, geng Pattani meniaga di Rantau Panjang, perjudian, lesen arak, pelacuran, jual dadah, curi kabel telefon, jual balak haram, ladang rakyat, kambing jamapari, tabung Memali, jual air jampi Pok Nik, sticker Pas, jual potret Pok Nik, jualan ubat kuat, perlombongan dan juga kuari; maka unjuran KDNK Kelantan pada tahun 2012 ialah RM11,144 juta atau bersamaan RM11.1 billion. Berbanding dengan Terengganu berdasarkan aktiviti ekonominya yang juga tiada kena mengena dengan Persekutuan seperti pertanian, pembinaan, pembuatan, perkhidmatan, perlombongan dan juga kuari; maka unjuran KDNK Terengganu pada tahun 2012 adalah RM16,693 juta atau bersamaan RM16.7 billion. Jadi negeri mana yang boleh dikatakan gagal? (Rujuk EPU).

11. Kedua, kita bandingkan pula pendapatan perkapita antara kedua negeri tersebut. Pendapatan perkapita rakyat negeri Kelantan RM7,500 (tak termasuk anak Kelantan di luar Kelantan), manakala Terengganu pula RM27,140 (rujuk EPU). Pihak mana gagal lagi?

12. Susah sangat nak bandingkan dengan angka...kita ambil contoh mudah. Kelantan air paip kotor dan berbau, Terengganu bekalan air bersih. Kelantan negeri kotor penuh semak samun (sampai Sultan sendiri pun turun kutip sampah...baik punya sindir), dan Terengganu antara destinasi pelancongan yang cantik dan bersih. Kelantan setiap tahun ramai pengunjung membeli belah di Rantau Panjang yang ramai peniaga Siam, Terengganu ramai peniaga tempatan. Kelantan tersangatlah Assobiyah (kenegerian), Terengganu biasa-biasa saja. Kelantan takde highway, Terengganu highway cantik. Kelantan bla..bla..bla..Terengganu yes..yes..yes!! Hehe...banyak hal lain lagi tu, bandingkanlah sendiri.

13. So...apa lagi yang ada di Kelantan yang Terengganu takde? Cer cite, cer cite! Oh lupo pulak...ada satu yang Kelantan ada tapi Terengganu takde...iaitu Kelantan ada pusat pelacuran yang jaraknya hanya 200 meter dari pejabat Menteri Besar;....Terengganu ilek!

14. Kesimpulannya, pihak mana sebenarnya GAGAL?

15. Tapi ada satu kejayaan Pas selama 61 tahun penubuhannya yang diiktiraf oleh rakyat Malaysia iaitu...mempermain, mempersenda dan memperalatkan Islam di muka bumi ini. Bab ni Pas memang handal. Malah Pas sangat berjaya memecahbelahkan umat Islam di negara ini akibat kerap mengeluarkan kenyataan agama yang mengelirukan. Itulah saja kejayaan Pas yang boleh diiktiraf dunia.

16. Manakala kejayaan terbesar sahabat sekomplot Pas iaitu Pkr dan DAP ialah memperkuda dan mempermainkan pemimpin Pas yang bengong, selain berketuakan gayboy dan mengangkat Pengerusi DAP sebagai mursyidul am Pakatan.

17. Sebelum nak mengatakan orang lain gagal, cermin-cerminlah diri tu dulu. Apakah kejayaan terhebat komplot pembangkang selain mengadu domba dan fitnah? 

18. Senaraikan dulu semua kejayaan dan kegagalan UMNO selama ini, dan kemudian buat pula checklist adakah komplot pembangkang sudahpun menyamai atau sekurang-kurangnya menghampiri rekod kejayaan UMNO, barulah boleh dibuat penilaian, pihak mana yang banyak lulus dan pihak mana yang banyak gagal.

19. Andai dibuat timbangan amal segala kebaikan yang dilakukan UMNO selama 66 tahun ini berbanding keburukannya, rasa semua pun tahu amal kebaikan UMNO yang lebih berat timbangannya.

20. Hanya mereka yang hipokrit dan munafik saja yang akan cuba menafikannya.


Post a Comment

3 Comments

  1. Kejayaan kelantan di PAS selama 22 tahun - ramai rakyatnya terpaksa berhijrah ke luar negeri mencari pekerjaan sebab di Kelantan mundur. Di tempat orang mereka buat perangai gedebe sesuka hati jer sembahyang tengah jalan, buat rusuhan di jalanan, berempit di jalanraya dan suka langgar undang-undang jalanraya. Mereka adalah produk dari anak-anak PAS yang tak sedar dek untung. hujung-hujung asyik dok kemaruk royalti minyak walhal mereka sememangnya tak layak.

    Anak orang-orang UMNO-BN Kelantan jugak yang baik dan ikut aturan

    ReplyDelete
  2. Kejayaan KELANTAN yang tiada tandingnya 22 tahun memerintah hanya negeri Pok Nick saja yang beri rakyat teh tarik free dengan ON PIPE AIR saja....REZEKI mereka...ha...ha..ha..

    ReplyDelete
  3. Kejayaan tersohor kjaan PAS Kelantan ialah mnjadikn Kelantan sbg serambi TOKONG....mcm2 saiz ala utraman ada..ada yg baring , dudok , ada yg menonggeng!!!!!!

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.