AKIBAT SELALU MEMPERMAINKAN HUKUM ALLAH, ALLAH BUKA AIB PRESIDEN PAS.




Oleh : AJ

Dah selalu sangat mempermainkan hukum ALLAH. Sekarang ALLAH dah bukak aib mereka sendiri. PAS dah macam orang nyayuk. Sekejap boleh, sekejap dalih, sekejap sokong, sekejap tentang....Tah apa-apa. Tak pernah nak konsisten. Toksah lari jauh la, dulu kafirkan UMNO sebab berkerjasama dengan MCA dan MIC dalam membangunkan negara, kini belum sempat PAS jadi pemerintah PUSAT, dah berpeluk cium dengan sosialis DAP. Tu tak masuk lagi mengkafirkan UMNO kerana mempertahankan undang-undang penjajah, sekali ALLAH tunjuk dah kat depa, dalam Konvensyen Pakatan kali ke 3, mereka pula berikrar nak pertahankan perlembagaan penjajah. Tu tak masuk pula dengan kenyataan Hadi Awang yang kantoi pasal isu Syiah...

Tapi nak buat macam mana. Mungkin barangkali pemimpinnya sendiri dah terlalu tua. Nik Aziz misalnya, dah menjangkau usia lebih 80 tahun, dah 23 tahun memerintah Kelantan. Kalah Mahathir yang hanya perintah 22 tahun sahaja.



Tapi apa yang kami nak ajak rakan-rakan semua fikirkan, dalam Sidang Media di Ibu Pejabat PKR di Tropicana, HADI AWANG kata KRISTIAN di MALAYSIA boleh guna kalimah ALLAH. Dan ianya disokong oleh Nik Aziz dan Mat Sabu. Lepas tu keluar pula kenyataan media dari Majlis Syura Dewan Ulama PAS yang menyatakan Kalimah ALLAH tak boleh digunakan. Jadi kami mintak rakan-rakan pembaca berfikir dengan kritis :

1. Dari sudut Hiraki Kepimpinan Pakatan, adakah DEWAN ULAMA PAS kuasanya melampaui kuasa MAJLIS PIMPINAN PUSAT PAKATAN? Perlu diingatkan, dalam MPP Pakatan, semua PARTI mempunyai kuasa yang sama. Dan kalau ikut majoriti, pastilah yang membenarkan kalimah ALLAH digunakan dalam Bible adalah jauh lebih tinggi dengan PKR dan DAP MENYOKONG PENUH manakala PAS terbahagi kepada 2. Pandangan Hadi Awang, Nik Aziz, Mat Sabu Syiah yang menyokong ditentang oleh kumpulan Harun Din, Nasharuddin Mat Isa dan lain-lain lagi.

2. Adakah kenyataan DEWAN ULAMA PAS itu VALID diperingkat Pimpinan Pusat Pakatan? Kerana perlu diingatkan, DEWAN ULAMA itu adalah dibawah organisasi PAS, dan bukannya dibawah organisasi Pakatan.

JADI SEKARANG NI, MANA SATU YANG LEBIH 'VALID' PERKATAAN MEREKA? DEWAN ULAMA PAS atau MAJLIS PIMPINAN PUSAT PAKATAN? Dan untuk makluman, SOKONGAN KALIMAH ALLAH DIGUNAKAN PADA PENGANUT KRISTIAN MASIH BELUM DITARIK SEMULA OLEH MAJLIS PIMPINAN PUSAT PAKATAN.

Post a Comment

1 Comments

  1. ini baru pendirian PAS pusat,BUKAN PENDIRIAN PAKATAN RAKYAT.takde pn LIM GUANG ENG mengeluarkan kenyataan bersetuju kalimah itu tidak digunakan....nilah pas...TIDAK SEBULAT SUARA....suke BERMAIN DENGAN HUKUM ALLAH...

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.