MACAI PAKATAN KANTOI MEMFITNAH



Oleh : AJ

Inilah perangai macai Pakatan Khawarij a.k.a Kaki Fitnah. Selagi boleh memfitnah, apa jua maklumat yang dilihat dapat memburukkan pemimpin, tanpa diselidiki dahulu keaslian maklumat berkenaan akan disebarkan. Adakah ini yang diajar oleh ISLAM? Adakah ini yang menjadi manhaj Penyokong Pakatan Pembangkang?


Kami telah menyelidik keratan FB yang disebarkan oleh Saudara Suhaimi Kassim. Hasil dari penyelidikan dan kajian kami mendapati dari Laman FB Rasmi milik Perdana Menteri, tidak ada sebarang kenyataan berkenaan dikeluarkan. Anda boleh cari dan rujuk di Laman FB Perdana Menteri Najib Razak di sini [facebook.com/najibrazak]

Malah lebih pelik ialah, individu yang mendakwa kenyataan berkenaan dikeluarkan oleh Perdana Menteri tidak menyatakan alamat URL FB berkenaan. Untuk makluman, ini bukanlah kali Pertama FB palsu yang menggunakan nama Perdana Menteri dijadikan platform Fitnah. Sebelum ini sudah ada gerakan yang sama. Malah pemuda PAS Gombak sendiri pun kantoi menjadi agen penyebar FITNAH...

Firman Allah Taala yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah(untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara-perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu mengenainya sehingga menyebabkan kemu menyesali apa yang telah kamu lakukan.”

Surah al-Hujurat: 6


عن أبي هريرة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ” كفى بالمرء كذباً أن يتحدّث بكل ما سمع “

Dari Abu hurairah Radiallahu 'anhu,sesungguhnya Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Cukuplah seseorang itu dikatakan sebagai pendusta ketika dia menyampaikan setiap apa yang dia dengarkan."

(HR.Muslim dan Abu Dawud)


“Tidak akan masuk syurga pembawa fitnah” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

“Yang paling dikasihi oleh Allah di antara kamu adalah : mereka yang baik akhlak, yang merendahkan sayapnya (diri), yang suka dengan orang dan yang disukai orang. Manakala yang dimurkai oleh Allah adalah : mereka yang pergi membawa fitnah, yang menceraiberaikan di antara saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah akan kesalahannya” (Hadith riwayat At-Tabharani dan Abu Hurairah r.a.)

Abu Zhar Al-Ghiffari berkata, Rasullullah s.a.w. bersabda :”Barangsiapa menyiarkan terhadap orang muslim satu perkataan untuk memalukannya dengan tidak sebenarnya, nescaya dia akan diberi malu oleh Allah dalam neraka pada hari kiamat” (diriwayatkan oleh Ibnu Abid Dunya)

Sumber dipetik dari FB Suhaimi Kassim di : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3813177542075&set=a.1259141892780.33226.1656641651&type=1&relevant_count=1

Post a Comment

0 Comments