Oleh : AJ
Assalamualaikum. Tiada ucapan tahun baru masihi kerana ianya bukan satu sunnah dan tidak pernah dilakukan oleh Nabi S.A.W dan para sahabat.
Imbasan 2012 menyaksikan pelbagai gelaran yang dilemparkan oleh Mantan Mufti Perlis Dato' Arif Perkasa Dr. Asri Zainul Abidin a.k.a MAZA kepada kelompok-kelompok yang menentang ideologi ikhwanul muslimin atau lebih tepat muflisin. Untuk penjelasan terhadap fitnah MAZA, aku cadangkan kalian tengok video penjelasan dibawah ini :
(Caption gambar : Khabar Gembira buat kaum Muslimin dan Muslimat: al-'Allamah al-Muhaddis Syaikh Muhammad bin Hadi al-Madkhali -hafizahullah- (pensyarah Kuliah Hadis Uni Islam Madinah) telah dilantik sebagai Tenaga Pengajar dan Mufti di Masjid al-Nabawi al-Syarif.)
Namun dalam posting kali ini aku tak cerita pasal Ikhwanul Muslimin sebab ianya akan disampaikan menerusi tulisan-tulisan ilmiah dari Abu Farouq. Fokus aku hari ini ialah menilai strategi MAZA OXFORDI dalam melakukan 'character assassination' kepada seteru-seterunya apabila kantoi tak boleh nak bagi jawapan atau bilamana ideologi pegangannya ditegur.
Label melabel. Itu adalah satu kaedah yang diguna pakai oleh MAZA dalam memastikan seterunya itu mendapat gambaran negatif dikalangan masyarakat. Strategi ini juga digunakan oleh Anwar Ibrahim dalam menjatuhkan kredibiliti Perdana Menteri terdahulu seperti Dr. Mahathir, Pak Lah dan Najib. Mahathir dengan label Mahafiraunnya, neopotisme, kronisme, konspirasi, sehingga Perdana Menteri sekarang, Najib Tun Abdul Razak yang dilabelkan dengan Altantuya, yang mana isu ini masih gagal diberikan bukti dari Anwar sendiri.
Modus operandi yang sama juga digunakan oleh MAZA. Gagal menjawab sebarang persoalan dengan kemas terutama sekali dalam bab-bab yang menyentuh kepada aqidah Ikhwanul Muflisin, maka MAZA akan mula menggunakan teknik yang sama : LABEL.
Menariknya disini ialah, label yang diberikan itu pula adalah sesuatu ciptaan atau nama baru yang tidak pernah digunakan dalam Al-Quran dan Hadis ataupun dibincangkan dikalangan jumhur ulama. Antara label-label keluaran MAZA yang terkenal hari ini ialah : LITERALIS dan MADKHALIS.
Ternyata kedua-dua label atau istilah ini tidak mempunyai sandaran daripada Al-Quran dan Hadis melainkan dari akal-akal MAZA yang barangkali sudah terkena sampukkan orientalis di Oxford tempoh hari. Lebih menarik, apabila beliau disergah dengan kenyataan-kenyataan yang beliau sendiri ungkapkan, mantan mufti Perlis ini cepat melatah dan mula mengaitkan individu-individu yang tidak ada kaitan dengan satu-satu kumpulan lain yang pada pandangan beliau merupakan seterunya. Modus operandi ini juga digunakan oleh Orientalis Barat terutama British dalam memberikan gambaran yang buruk terhadap Gerakan Tauhid yang dibawa oleh Syeikh Muhammad Abdul Wahab di Tanah Hijaz (Rujuk buku : Kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniah : Suatu analisis ke atas Peranan Gerakan "Wahabiyyah" tulisan Ibnu Ahmadain Al-Barlisi, terbitan Jahabersa Cetakan 2011.)
Ketika isu flip-flop kenyataan MAZA di ANTARA POS masih hangat dibincangkan, seorang dari admin Pena Minang telah mendengar rakaman audio dari seorang bekas Ahli Parlimen PKR yang kini menjadi ahli Parlimen Bebas. Ahli Parlimen berkenaan menyatakan dengan jelas terdapat beberapa tawaran dan permintaan yang dibincangkan antara Anwar Ibrahim dengan MAZA sekiranya Mantan Felo bersetuju bersama-sama dengan PKR. Antara hasil dari perbincangan diantara MAZA dengan Anwar ialah :
1. MAZA meminta agar beliau dilantik memegang Jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 merangkap exco agama negeri Pulau Pinang.
2. MAZA turut meminta agar Kerajaan DAP Pulau Pinang memberikan sebuah Institut Pengajian Tinggi (IPT) kepada beliau kerana hab pendidikan akan ditubuhkan di Pulau Pinang.
EX- Ahli Parlimen PKR ini turut MENGAKUI melalui maklumat dalaman PKR, permintaan 'ISTIMEWA' MAZA telahpun disampaikan dengan Ketua Menteri DAP Pulau Pinang, Lim Guan Eng malah MAZA sendiri telah berjumpa dengan pemimpin yang ditabalkan oleh ahli PAS sebagai 'KHALIPAH UMAR'. Kini MAZA sedang menunggu respon berkenaan secara rasmi dari PKR dan DAP.
Maka untuk memastikan kebenaran disebalik cerita ini, kami bertanyakan kepada beliau secara lansung melalui TWITTER, namun sayangnya soalan kami tidak dijawab malahan lebih menarik, akaun twitter kami diblock oleh beliau. Ini jelas sekali bertentangan dengan prinsip beliau yang selama ini mahukan kerajaan lebih terbuka, transparens dalam menerima kritikan dan soalan. Kami hanya mengimplimentasikan perkara yang sama pada mereka yang gemar merekayasakan diri mereka sebagai manusia yang terbuka.
Kesimpulan disini, kami mengakui MAZA adalah individu yang cerdik dan pintar. Beliau adalah ANWAR IBRAHIM 2.0, cuma dalam isu moral, beliau lebih bermoral berbanding dengan ANWAR IBRAHIM. Tidak dinafikan MAZA adalah 'Winnable Candidates' bagi mana-mana parti yang mengangkatnya sebagai calon dalam Pilihanraya Umum Ke 13 yang akan datang. Maka dalam hal ini, Pena Minang dengan berbesar hati ingin mencalonkan MAZA sebagai Calon Ahli Parlimen PKR bagi PRU 13 akan datang sekaligus dilantik mengantikan Dr. Badrol Amin yang sudah tidak releven dengan aspirasi perjuangan PKR.
Penambahan cadangan : Seorang rakan kami mencadangkan barangkali MAZA selayaknya mengisi jawatan USTAZ dalam DAP, kerana umum mengetahui DAP masih tidak mempunyai tokoh agama di dalam parti berkenaan. Sekaligus akan mempercepatkan proses ISLAMISASI dalam DAP.
6 Comments
tolak MAZA yg jelas hanjeng kepada PAS. PAS pula adalah kuli batak kepada DAP.. so paham2 laaa....
ReplyDeleteDulu aku follower tetap dia, tapi sekarang tidak!!!!
ReplyDeletePergi Oxford untuk di Baptis sebagai ahli FreeMason. Kalau nak mendalami ilmu agama islam patut ke Mekah atau Madinah atau Kahirah bukan sekali Oxford.
ReplyDeleteAssalamualaikum tuan-tuan yang budiman.
ReplyDeleteTidak dinafikan MAZA merupakan antara orang yang popular dalam gerakan Sunnah. Malah salah seorang dalam Admin Pena Minang pun antara yang tertarik dengan kaedah penyampaiannya yang berfakta dan ada nas serta dalil. Pun begitu beliau adalah manusia biasa, dan mungkin kini dia sedang diuji dengan nilai keilmuannya. Samada beliau akan tunduk dan tawadduk atau sebaliknya. Wallhu'alam. Dipihak Admin Pena Minang kami mendoakan agar beliau kembali sedar dan kembali kepada manhaj yang asal, Manhaj Salafussoleh.
Wallahualam.
Yang benar
RPM - Admin Pena Minang / Return.
bila menilai tempat menuntut ilmu itu mengikut tempat, misalnya membandingkan oxford itu ilmu freemason, dan mekah/madinah itu ilmu islam. anda sebenarnya silap. hidayah dan ilmu Allah itu ada di mana-mana, dan kesesatan itu juga ada di mana-mana. tanpa sedar, penulis juga memfitnah MAZA bahawa dia dia berfahaman orientalis dari oxford. dosa antara manusia biarlah settle sebelum masanya tiba. maaf menegur
ReplyDeleteSalafi ni memang keras betul, sepatutnya selagi berpegang kepada Sunah wal jamaah kita mesti bersama dan jangan saling memperkecilkan cara masing masing menjalankan dakwah dan strategi untuk capai visi memartabatkan Islam. Saya dah lihat bagaimana Salafi telah pecah belahkan masyarakat di Patani kerana kekerasan cara Salafi dengan perkara furuq. Memang ada benar islah dengan apa yang dibawa oleh Salafi tetapi cara yang keras dan tak ada hikmah Akhirnya umat Islam di sana terbelah dua, geng Salafi dan geng ulamak pondok. Yang jadi mangsa masyarakat yang mahu belajar ugama Islam. Dakwah Salafi pun terbatas sebab telah dijauhi oleh penduduk kampung yang sudah serasi dengan cara pondok. Bukankah ini merugikan dan melambatkan proses menyebarkan dakwah Islam?
ReplyDeleteبِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.