Transkripsi :
Status Pertama : Majlis “fatwa” Pakatan Rakyat menyokong penggunaan kalimah Allah bagi bukan Islam. Nampaknya cita-cita Father Lawrence Andrew; editor, Herald Tribune hampir tercapai. Dia pernah berkata, “We must all realise that this is not an ‘Allah’ issue alone. The ‘Allah’ issue has become the vehicle to ensure that our federal constitution is not buried and syariah law becomes the law of the country. This is the real danger.” 17 March 2009; Malaysiakini. Wallahul musta’aan..
Status Kedua : Antara punca kesilapan golongan yang cuba mempertahankan penggunaan kalimah 'Allah' oleh bukan Islam @ Kristian adalah kerana memandang isu ini adalah isu teologi. Hakikatnya ia bukan isu teologi tetapi isu ini lebih kepada kepentingan missionary Kristian. Perlu diingat apa yang dipohon oleh Herald adalah MENTERJEMAH KALIMAH 'GOD' KEPADA 'ALLAH' atas alasan ada kalangan penganut Katolik yang berbahasa Melayu dan BUKAN untuk MEMPERTAHANKAN DOKTRIN GOD MENURUT KRISTIAN!!!
Jika ianya isu teologi, pihak Kristian perlu berbahas dan mengemukakan affidavit berupa manuskrip-manuskrip asal kitab suci mereka yang menyebut nama Allah kepada pihak mahkamah. Isunya di sini adalah TERJEMAHAN semata-mata!!! Jika kita mengkaji Bible, kita akan memahami bahawa agama Kristian membenarkan nama tuhan dipanggil mengikut bahasa kaum masing-masing, jika merujuk kepada Bible berbahasa Cina, mereka menterjemahkan God kepada Shen atau Shang-Ti (bagi Bible Protestan) dan Shangzhu atau Tianzhu (bagi Bible Katolik).
Begitu juga dapati sesetengah Bible menyebut nama tuhan dalam bahasa Yunani kuno berbunyi Theos dan bahasa Eropah Barat berbunyi Deus. Kristian Arab pula menterjemahkan Bible mereka daripada bahasa Hebrew berbunyi Eloh, Elohim, Yahuwa dll kepada Allah. Di negara-negara Eropah, Amerika dan Australia yang didominasi oleh penganut Kristian pelbagai mazhab mereka menterjemah nama tuhan mereka sebagai 'God'. Persoalannya, mengapa apabila mereka mahu menterjemahkan perkataan 'God' di negara ini kepada 'Allah', sedangkan 'Allah' bukan perkataan Melayu.
Mengapa mereka tidak mahu menterjemahkannya kepada 'Tuhan'? Sedangkan kamus-kamus berautoriti dan pengamalan budaya masyarakat di Malaysia menterjemahkan istilah God kepada Tuhan. Keengganan mereka itu memberi indikasi bahawa di sana adalah agenda lain yang ingin dilakukan oleh pihak Kristian! MISSIONARY!!! Ia sebagaimana kejayaan mereka di Indonesia dan melalui SIB di Sabah & Sarawak. Adakah kita juga ingin membenarkannya di Semenanjung?
Komen PENA MINANG : Cakap perjuang DEMOKRASI? Sepatutnya Minoriti ikut Majoriti...Tapi sekarang dah terbalik....
MUAT TURUN KERTAS KERJA DIBAWAH INI
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.