SANDIWARA BOIKOT HADI AWANG


Oleh : Putera Chubadak

BOLEH PERCAYAKAH KAMERA TV YANG DIANGGAP “BESI” ?

Berikutan desakan bertubi-tubi oleh beberapa NGO, serta beberapa individu termasuk bekas pemimpin PAS sendiri supaya Presiden PAS sekarang menarik balik “Amanat Hj Abdul Hadi b Awang” yang mengkafirkan ahli-ahli UMNO yang dibuat oleh beliau pada tahun 1980 an, Presiden PAS itu mula bersuara mengenai perkara tersebut dengan mengenakan syarat supaya beliau diberi peluang muncul di TV1 atau TV3 untuk menjelaskan isu tersebut mungkin sebelum membuat keputusan sama ada menarik balik amanat itu atau sebaliknya. 



Mengikut laporan beberapa akhbar, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan telah memberi respon positif bersedia memberi peluang tersebut kepada Presiden PAS itu. Bagaimanapun, beberapa pihak tidak bersetuju ke atas permintaan Presiden itu dengan alasan masing-masing.



Pada hemat saya, YB Menteri berkenaan perlu meneliti permintaan Presiden PAS itu dari berbagai sudut termasuk sudut politik sebelum membenarkan Presiden PAS itu muncul di kaca TV berdasarkan factor-faktor berikut:-

i) PERTAMA : Semasa YB Hj Abdul Hadi bin Awang mengeluarkan “Amanat” itu pada tahun 1980an ianya tidak dibuat melalui mana-mana media kerajaan. Oleh itu mengapakah baru sekarang beliau meminta peluang itu sedangkan ahli-ahli PAS sendiri tidak percaya dengan apa yang disiarkan oleh TV milik kerajaan termasuk TV swasta yang mereka dakwa milik parti pemerintah. Adalah disarankan supaya YB Hj Abdul Hadi bin Awang menggunakan media “alternative” seperti “HARAKAH DAILY” milik PAS yang pasti tidak akan “bias” dalam laporannya. Ini adalah untuk mengelakkan sebarang tuduhan terhadap TV kerajaan atau swasta memenupulasi apa yang disiarkan, sama ada siaran secara langsung atau secara rakaman. Saya yakin ahli-ahli serta penyokong PAS bersetuju terhadap saranan saya ini.

ii) KEDUA : Siaran TV adalah dengan menggunakan lensa kemera sedangkan YB Presiden PAS dan seluruh ahli PAS menganggap kemera sebagai ‘BESI” yang tidak boleh diterima sebagai bahan bukti di bawah system keadilan PAS. Jika pihak TV menyiarkan juga penjelasan Presiden PAS itu menerusi TV, percayalah seluruh kepimpinan, ahli dan penyokong PAS serta rakan sekutu politik PAS tidak akan menerima apa yang disiarkan oleh TV walaupun disiarkan secara langsung kerana mereka hanya akan percaya jika kenyataan seperti itu dilakukan di pentas ceramah PAS/DAP/PKR atau di Masjid/Surau dibawah kuasa mereka. Akhirnya pihak pembangkang akan menyalahkan TV dan kerajaan dengan membuat berbagai tuduhan dan tohmahan. Sedangkan kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah tertinggi di negara ini pun dipertikaikan oleh mereka, inikan siaran TV.

iii) KETIGA : Dalam apa keadaan, biar media “milik” mereka menyiarkan kenyataan pemimpin mereka sendiri. Tugas media massa hanya petik apa yang disiarkan oleh media “milik” mereka itu untuk mengelakkan media kerajaan atau swasta di saman di Mahkamah atas berbagai alasan. Kesian media massa sekarang. Tugas mereka sekarang bukan sahaja menyiarkan berita tetapi termasuk sibuk membela diri masing-masing terhadap samam yang dikemukakan oleh pemimpin politik pembangkang yang secara tidak langsung mencari “ political mileage” kepada sepanjang masa.

Komen Pena Minang : Dia buat tahi, lepas tu dia suruh orang lain cuci.


Post a Comment

0 Comments