MALAYSIAKINI SAHKAN DAKWAAN PENA MINANG!!!

Oleh : Jebat

Akhirnya Muzabzib dikantoikan sendiri oleh MalaysiaKINI. Itulah kenyataan yang tak boleh disangkal lagi. Selama berbulan kami tetap konsisten menyatakan bahawa Muzabzib ini telah membuat beberapa permintaan kepada kepimpinan PKR-DAP Pulau Pinang sekiranya mahu dicalonkan sebagai calon dalam Pilihanraya Umum Ke-13 dan antara yang paling selari dengan artikel kami yang lepas ialah jawatan sebagai TIMBALAN KETUA MENTERI PULAU PINANG.

Ini dapat dilihat dalam artikel kami yang lalu bertarikh 5 Januari 2013 bertajuk : MAZA, MADKHALI & ANWAR. Yang mana dalam artikel berkenaan kami memberikan input mengenai jawatan TIMBALAN KETUA MENTERI yang bakal disandang oleh Muzabzib ini sekiranya Pakatan menang dalam PRU-13. Kami juga berusaha mendapatkan kepastian disebalik sumber berkenaan melalui akaun twitternya, namun kami di'block' oleh beliau. Satu perbuatan yang kami rasakan cukup tidak berintegriti pada individu yang gemar mengangkat dirinya sebagai pejuang kebebasan bersuara, mengeluarkan pendapat dan kritikan secara terbuka sepertimana yang beliau gemar rekayasakan dalam forum-forum politik. 

Namun apa yang lebih menarik disini ialah wujudnya semacam pengakuan rasmi dari pihak PKR bahawa sememangnya PKR menawarkan jawatan berkenaan kepada Muzabzib. Sekaligus ini membuktikan bahawa wujud aktiviti 'Tawar-Menawar' antara Muzabzib dengan kepimpinan PKR dalam meletakkan beliau sebagai calon.



Jadi dalam hal ini, tidakkah MAZA juga boleh dipanggil sebagai kelompok Ustaz-Ustaz yang gilakan habuan sepertimana tuduhan beliau kepada Ustaz-Ustaz yang menyertai UMNO beberapa tahun yang lepas?

Berdasarkan penilitian pasukan kami mendapati, karakter dan storyline yang digunakan oleh Muzabzib hampir serupa dengan storyline dan karakter tokoh deodorant Malaysia. Jika Pak Syeikh Deodorant kita memanjat tangga Pejabat Perdana Menteri dengan gerakan ABIM dan UMNO, Muzabzib ini pula menggunakan orang UMNO seperti Shahidan Kassim (Bekas Menteri Besar Perlis) untuk merapati golongan pemerintah dan Istana Perlis demi pengaruh politiknya.


Karakter mereka juga adalah sama : Oppurtunis. Anwar tidak menyertai PAS yang dilihatnya tidak mampu membawanya ke pentas Perdana Menteri sebaliknya menyertai UMNO. Hatta setelah dipecat oleh UMNO pada tahun 1997, Anwar kembali ke kancah politik dengan parti yang ditubuhkan oleh keluarganya sendiri : PARTI KEADILAN NASIONAL / PARTI KEADILAN RAKYAT tidak dengan menyertai PAS.

Karakter dan Storyline yang sama digunakan oleh Muzabzib. Bermula aktif dengan PAS, sebelum dipelawa menjadi Mufti Perlis hasil bantuan MB Perlis pada ketika itu, Shahidan Kassim. Melihat peluang yang terbuka luas untuk mendapatkan pengaruh dikalangan rakyat dan pemimpin politik digunakan sebaik-baiknya oleh Muzabzib membina talian pengaruh diantara kelompok Marhaen dan pemerintah. Pasca PRU-12 dan selepas kehilangan jawatan sebagai Mufti Perlis sejurus turunnya Shahidan dari kerusi MB Perlis, menyaksikan Muzabzib mula mencorak langkah kariernya.



Beliau yang dahulu lantang mengkritik pembangkang sehingga digelarkan bapak setan oleh Dr. Badrol Amin, mula mengkritik dengan hebat UMNO dan Kerajaan yang dilihat menjadi penyebab kepada ketidak sambungan kontraknya sebagai Mufti Perlis. Ini juga sikap yang ada pada Pak Syeikh Deodorant. Tatkala menjadi Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, beliaulah orang yang paling lantang mengkritik pembangkang. Namun bila sudah disingkirkan dari kerusi kekuasaan atas masalah peribadi, beliau mula mengkritik kerajaan yang selama ini menjadi tempat beliau membina empayar kekayaan dan pengaruh.

Jadi melihat perilaku terbaru si Muzabzib ini, tidaklah kami nafikan ada wujudnya persamaan diantara karakter Pak Syeikh Deodorant dengan si Muzabzib ini. Namun dalam hal-hal yang melibatkan personaliti, Si Muzabzib ini jauh lebih ideal. Kesimpulanya, hanya mereka yang bijak menilai dan melakukan pemerhatian terhadap 2 manusia oppurtunis ini akan dapat mengetahui mereka ini sebenarnya sama sahaja walaupun ada perbezaan.

Post a Comment

0 Comments