KL ANTARA BANDARAYA TERMURAH!!!

Oleh : Beruang Biru

Dalam kajian yang dibuat oleh Deutsch Bank Market Research, Kuala Lumpur merupakan antara bandaraya termurah untuk di lawati di dunia dan didami.

Kajian yang bertajuk “Mapping the World’s Prices: KL” Kuala Lumpur menjadi destinasi utama pelancong dari pelosok dunia untuk dilawati kerana taraf hidup yang lebih rendah berbanding ibu kota negara-negara lain di Asia, mahupun Eropah, termasuk juga Singapura, London, Moscow, New York, Beijing, New Delhi, dan juga Paris.

Kajian yang dijalankan oleh Sanjeev Sanyal itu mendapati subsidi kerajaan berjaya menjadikan bandaraya itu kekal sebagai kawasan yang sesuai untuk didiami termasuk subsidi bahan api seperti petrol.

Malah, kajian itu juga turut menjelaskan Malaysia adalah antara lokasi di mana pembeli telefon seperti pengguna produk Apple membayar harga iPhone kedua terendah selepas Amerika Syarikat.

Malahan jika dibandingkan dengan negara-negara luar berkenaan, kadar penginapan di hotel bertaraf lima bintang di Kuala Lumpur juga amat rendah.

Semua itu adalah berkat usaha dan kesungguhan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana berjaya memacu ekonomi dan taraf hidup rakyat yang lebih baik.

Apabila Kuala Lumpur menjadi lokasi pilihan rakyat luar negara untuk menetap dan menjadikan rumah kedua mereka, ia bakal manyaksikan pertukaran wang asing yang besar sekaligus memberikan kesan positif terhaadap industri hiliran di negara ini.

Berbeza dengan pembangkang yang hanya kerap menganjurkan demonstrasi jalanan dan huru-hara, yang mana akan menyebabkan ekonomi negara merundum, kerajaan BN beruasaha keras memastikan imej negara membangun yang menuju negara maju menjelang 2020 akan tercapai.

Bukan mudah untuk kerajaan membersihkan imej yang dicalarkan Pakatan Rakyat dalam tiga siri demonstrasi Bersih, namun alhamdulillah ... berkat kepimpinan Najib Malaysia berjaya membangun dan ekonomi negara tetap berkembang walaupun ekonomi global mengalami kelembapan.

Hal itu dibuktikan dengan pujian daripada Dana Matawang Antarabangsa (IMF) yang mengakui pembangunan ekonomi Malaysia "melepasi jangkauan."

Ternyata Program Transformasi Kerajaan seperti Program Transformasi Ekonomi, Progran Transformasi Politik dilihat berjaya kerana tanpa kestabilan politik dan kekuatan BN, mustahil ekonomi negara akan berkembang pesat.

Kemajuan sisopolitik dan ekonomi rakyat Malaysia dan negara ini di bawah pentadbiran BN ternyata menjadi pilihan untuk warga asing singgah dan berbelanja di Malaysia.

Bacaan selanjutnya di :

Post a Comment

3 Comments

  1. Ok lets play with facts. Meh kita bandingkan pulak rate harga barangan dgn gaji di KL dgn gaji di bandar2 tu... Gaji sebulan utk fresh grad di London 1250GBP. Beli groceries - gula, beras, telur, tepung, roti dll basic brg dapur - di London kalau 1 troli penuh takat 40-50GBP saja. Kalau ambik 50GBP, org London boleh beli 25 troli penuh. KL pulak gaji fresh grad RM1800. Groceries utk brg yg sama setroli penuh brp? 300-400? kita ambik 300 la paling murah. SO brp troli groceries org kl boleh beli dgn gaji sebulan? 6 troli saja. Ulang sekali lagi, 6 troli saja. Tu belum ratio gaji dgn petrol lagi. So apa yg murahnya KL tu?

    ReplyDelete
  2. Tak cukup KL silakan ke negeri lain...Kedah ada. Perlis ada.

    ReplyDelete
  3. 50GBP je, ak duduk london skarang ni.. makanan sini mahal la.. igt murah ke? grocery lebih 150gbp, kalo ada kupon yg kasi murah.. bukan sbb barang dia murah..

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.