PRU 13 : HADI AWANG PERDANA MENTERI MALAWI 2013???

Oleh : Beruang Biru

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus bermain politik dengan rakan Pakatannya apabila enggan mengulas lanjut siapa akan jadi PM sekiranya Pakatan menang.

Dikala Dap dan Pkr sudah sepakat menamakan Anwar Ibrahim sebagai calon PM, Hadi yang turut bercita-cita menjadi PM, terus membisu enggan menamakan calon PM Pakatan sekiranya menang PRU13.

Terbaru, ketika program Bicara Minda anjuran Sinar Harian, Hadi hanya mampu memberi alasan, beliau tidak boleh mendahului rakyat dalam membuat keputusan siapa bakal PM sekiranya BN tewas. Kononya menghormati sistem Raja Berperlembagaan. 

Isu siapa PM ini bukan baru bagi pakatan. Pada suatu ketika dulu, Hadi pernah turut bersetuju untuk menerima Anwar sebagai PM sekiranya berjaya ke Putrajaya. 

Setelah diasak teruk oleh akar umbi, Hadi mengatakan ianya belum dimuktamadkan lagi dan Pas perlu menang besar sebelum memikirkan siapa bakal jadi PM. 

Setelah sekian lama isu ini reda, ianya sekali lagi meletus di Muktamar Pas di Kelantan pada November lepas, apabila pemimpin dari Dewan Muslimat dan Dewan Ulama Pas mencadangkan Hadi dilantik sebagai PM. 

Maka bersilat pemimpin-pemimpin Pakatan memberi penerangan kepada akar umbi masing-masing untuk menunjukkan mereka telah sepakat. 

Terdahulu, Pas sebelum ini dikatakan telah berunding secara sulit untuk meletakkan pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon PM manggantikan Anwar yang dilihat terlalu banyak skandal dan kontroversi. 

Difahamkan penentangan untuk menolak Anwar sebagai calon PM sangat kuat di dalam Pas sehingga dikatakan pemimpin tertinggi Pas menyatakan HARAM bagi Anwar untuk meminta jawatan PM dari Pas. 


Majlis Syura Ulama Pas, dalam perbincangan tertutup baru-baru ini juga telah sepakat menolak Anwar sebagai PM dan akan melantik calon luar untuk menggalas tugas tersebut. 

Tapi dalam kesibukan Pas untuk menjadi PM, mereka tidak sedar mereka hanya bertanding 70 daripada 222 kerusi yang dipertanding dan membiarkan Pkr dan Pas mengambil yang selebihnya.  

Hadi, Anwar dan Kit Siang tidak perlu putar belit bila jawab soalan wartawan. Semua orang dah tahu sebenarnya mereka tak ada jawapan yang objektif langsung. Menangkan dulu baru fikir siapa nak jadi PM? Mana boleh! Anwar? Hadi? Lim Kit Siang? Sorang pun tak cukup bagus untuk jadi PM Malaysia.

Post a Comment

0 Comments