Oleh : Beruang Biru Siapa tidak kenal dengan Presiden PAS yang terkenal dengan sikap menghina orang lain yang tidak sebulu dengan beliau. Mereka yang selalu dihina bukan sahaja daripada golongan tertentu tetapi semua golongan dihinanya asalkan tidak sependapat. Bermula dari awal penglibatannya dalam PAS sewaktu muda dahulu bagaimana kita dapat lihat beliau yang terlalu taksub itu menghina ahli Umno dengan menuduh mereka kafir. Sembelihan orang Umno haram, kalau tok kadi tu orang Umno, pernikahan tidak sah dan lain-lain. Itu dulu sewaktu muda tapi bila semakin tua, perangai buang tebiat beliau ini semakin teruk. Sewaktu pilihan raya negeri Sawarak dulu, setelah SPR mengumumkan keputusan tidak memihak kepada mereka, Hadi dengan angkuh memperkecilkan penduduk asli sarawak masih mundur, masih pakai cawat dan tidak tahu bagaimana untuk mengundi. Kemudian kita digemparkan dengan pendedahan penyelewengan Tabung Memali oleh Cikgu Non. Cikgu Non yang menulis dalam buku beliau menceritakan secara detail dan jelas bagaimana dana dari tabung digunakan oleh orang-orang tertentu di dalam PAS untuk kepentingan peribadi.
Menyedari kebenaran disebalik penyelewengan itu telah terdedah, untuk mengurangkan kesan daripada pendedahan itu, Hadi menyifatkan cikgu Non hanya cikgu sekolah rendah, beliau kononya tidak tahu apa-apa. Sedangkan selama ini Cikgu Non yang membantu balu-balu Memali meneruskan hidup. Ketika kerajaan berusaha untuk mengurang kos sara hidup rakyat, Hadi sekali lagi terus bermain politik untuk menutup kebaikan yang dibuat oleh kerajaan. Hadi sekali lagi dengan angkuh menuduh penerima-penerima BR1M sebagai haiwan. Habis semua orang miskin dihinanya. Islam apakah ini? Menjelang PRU13 yang bakal menjelang tidak lama lagi, Pakatan yang tidak sekapat itu telah bertembung di 7 buah kawasan DUN & Parlimen untuk PRU13.
Seperti biasa, Hadi akan menghina mereka yang jelas tidak sebulu dan menentang beliau. Kali ini lebih teruk. Jika dulu orang-orang yang dihina adalah musuh dan tiada sebarang pertalian dengan PAS, tapi kali ini sahabat perjuangan beliau juga turut dihina. Dalam ucapan ceramah beliau baru-baru ini, beliau dengan keras menuduh ramai calon-calon PKR mempunyai masalah moral termasuk seorang menjual pil kuda dan menjulang perjuangan sosialisme dan komunisme. Untuk membenarkan apa yang diperkatakan oleh beliau, Hadi berkata tindakan PAS adalah demi “menyelamatkan Pakatan Rakyat.” Hahahaa.. Demi Pakatan ke demi parti Hadi oiii!!!
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.