BUDAYA BIADAP MAHASISWA, SIAPA YANG MENGAJAR?

Cetusan : Z.A

Salah Siapa? Ajaran dan didikan Siapa?

Beberapa hari yang lalu di Seksyen 2, Shah Alam berdekatan dengan asrama UITM, berlaku pergaduhan antara pelajar Kelantan dan Sabah. 20 pelajar Kelantan belasah 2 penuntut Sabah. Kerana apa? Pelajar Sabah di panggil lanun Sulu oleh pelajar Kelantan. Terjadi pergaduhan, datang polis bersama kereta peronda.

Polis bertanya kepada orang ramai kepala pergaduhan, dapat maklumat dan memberkas 2 penuntut Kelantan. Polis kemudian memberitahu mereka betapa malunya mereka sebagai pelajar Melayu bergaduh sesama sendiri dan perkara yang dibangkitkan adalah terlalu sensitif pada masa ini untok orang Sabah. Dijawab dengan sinis oleh pelajar Kelantan yang dianggap sebagai kepala bergaduh - APA HAK KAMU MENANGKAP KAMI?

Polis bertanya nak dudok lokap malam ini. Fuhhhh lagi garang di jawab pelajar Kelantan, mana ada kuasa nak bawa kami ke lokap dan apa kesalahan kami. Awak tiada bukti yang kami bergaduh!!!!!! Saya terkejut - dengan jawapan tersebut. Sehingga datang warden dan Pak Guard UITM mereka mengambil alih kes ini.

Kenapa jadi begini ?

1. Berpuak puak membelasah pelajar Sabah walaupun salah

2. Berani berhadapan dengan polis dan angkuh dalam membuat pertanyaan. Saya masih ingat di UITM bersama sama rakan Syed Putra Rocky Bru Dzul Hashim Shauki Abdul Kadir Ahmad Afandi Mohamad dan mungkin rakan lain seperti Mat-Not Zafi Rodzuan Harun, kalau kami yang kena polis mai macam tu siap lari takut sebab - TAKUT DI BUANG KOLEJ DAN TIDAK BOLEH SAMBUNG PELAJARAN. Apa yang terjadi dengan belia dan pelajar Melayu kita ? Samseng, melawan polis, bertindak ganas - salah siapa mendidik anti polis dan merasakan mereka itu betul?

3. Dimana salah kita ? Budaya mana di bawa dan kenapa belia Melayu sanggup melawan polis walaupun dalam keadaan salah. MANA ADA BUKTI KAMI TIDAK BUAT, WALAUPUN RAMAI YANG ADA DI SITU MENUNJUKAN BELIAU LAH DALANG

Sila pikirkan budaya membangkang dan sombong yang di bawa belia kita.

ADAKAH SALAH KERAJAAN, MAK BAPA, PARTI POLITIK ATAU RAKAN?

POSTING INI TIADA KENA MENGENA DENGAN SEMANGAT KENEGERIAN!!!!!!!!

Post a Comment

2 Comments

  1. Sudah geharu cendana pula, sudah TAHU siapa DALANG PENGHASUT Mahasiswa bertanya pula...Besok mereka buat kacau lagi di PJ Pulak...

    ReplyDelete
  2. Jawapan AuntyZah tu betul juga. Tapi maaf cakap, orang-orang Kelantan sememangnya sekarang agak besar kepala sedikit. Sebutlah di mana-mana sahaja.... UiTM, UM, UKM, USM, UPM, UTM, UPSI ... atau dimana sahaja. Sedarkah mereka siapakah yang menanggung dan mensubsidi pengajian mereka di U tu? Saya rasa buang sahaja pelajar seperti ini....

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.