[INFO ISLAM] DEMI SEBUAH KERUSI KEDUDUKAN

Oleh : Ustaz Muhammad Fashan (Mahasiswa Universiti ISLAM Madinah)

Daripada Ka'ab b.Malik Al-Ansari r.a daripada bapanya katanya Rasulullah sallallahu'alaihiwasallam bersabda:


ما ذئبان جائعان أرسلا في غنم بأفسد لها من حرص المرء على المال،والشرف لدينه 

" Tidaklah dua ekor serigala yang lapar dilepas ditengah sekawan kambing lebih rosak daripada rosaknya seseorang terhadap agamanya kerana cita-citanya untuk mendapatkan harta dan kedudukan agamanya"

[ HR At-Tirmidzi,Ahmad,dishahihkan oleh Syeikh Muqbil dalam As-Shahih Al-Musnad 2/178,Syeikh Al-Albani dalam Shahih Al-Jaami' no:5620 ]

Maksud Hadith : 

Kerosakan yang ditimbulkan oleh dua ekor serigala lapar yang dilepaskan di antara sekawan kambing masih belum seberapa jika nak dibandingkan kerosakan yang muncul akibat gilakan harta dan pangkat kedudukan.Kerana cita-cita untuk mendapatkan kekayaan dan kuasa kedudukan akan mendorong seseorang untuk mengorbankan agamanya.

Harta pula dikatakan merosak kerana ianya memiliki potensi untuk mendorongnya terjatuh dalam syahwat serta mendorongnya untuk berlebihan dan bersenang-senang dengan hal yang harus.Kadang-kadang dia menjadi terikat dengan harta lalu tidak dapat mencari dengan cara yang halal lalu dia akan terjebak dengan cara yang haram(meminta-minta,rasuah,rompak dll).

Kedudukan,pangkat dan kekuasaan pula cukuplah sebagai bukti kerosakannya bahawa harta dikorbankan untuk meraih kedudukan.Dia tenggelam dalam sikap merelakan prinsip.atau akidahnya tergadai,bermuka-muka,nifaq dan seluruh akhlak tercela seperti mencela,mencaci,memfitnah dibolehkan semata-mata untuk mendapatkan kedudukan.Maka cita-cita atau kesungguhan untuk memperoleh kedudukan,pangkat dan kekuasaan sangat merosakkan.

[ Rujuk Tuhfatul Ahwadzi ]

Post a Comment

0 Comments