Oleh : Beruang Biru Dalam wawancara bersama akhbar China Press baru-baru ini, bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, melahirkan keyakinan bahawa Barisan Nasional akan menang majoriti yang lebih besar dalam PRU13. Ramai sedia maklum Tun Daim ini adalah seorang pengkaji dan pemikir yang hebat dalam membuat analisis mengenai politik negara sekali gus akan membuatkan Anwar Ibrahim & pimpinan pakatan pembangkang kegelisahan! Lebih menggembirakan ialah selain yakin dengan kepimpinan yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Barisan Naiosnal (BN), Tun Daim turut mensasarkan BN akan mampu menang dengan majoriti yang lebih besar dalam PRU13. Menurutnya, walaupun BN mungkin kehilangan beberapa kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor, Sabah dan Sarawak namun keputusan keseluruhan akan lebih baik berbanding tahun 2008 kerana BN dijangka akan memenangi balik banyak kerusi di Selangor, Kedah dan Kelantan. Malah beliau percaya, BN mempunyai peluang untuk merampas semula DUN Selangor dan Kedah sekiranya Datuk Seri Najib meletakkan calon menteri besar yang boleh diterima rakyat. Jika BN letakkan calon yang benar-benar sesuai, Tun Daim percaya BN mampu menang majoriti yang lebih besar. “Penduduk Kedah dilihat bersedia mahu membantu Mukhriz Tun Mahathir untuk menjadi Menteri Besar negeri itu,” katanya. Selain dari itu, Tun Daim turut mengatakan permasalahan terbesar dengan pakatan pembangkang di negara ini ialah mereka tidak memenuhi janji-janji yang dibuat dalam manifesto tahun 2008. Katanya, disebabkan itu mereka dilihat kurang kredibiliti dan tidak dipercayai rakyat.
Beliau turut menafikan, andaian kononnya Perdana Menteri sebagai terlepas peluang keemasan untuk membubarkan Parlimen seperti yang dijaja beberapa pemimpin DAP. Ini kerana menurutnya pembubaran boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai dan bukan dalam tempoh tertentu sahaja. Dalam temuramah berkenaan, beliau turut menasihati pengundi Cina agar berfikir secara mendalam dan berhati-hati sebelum mengundi. “Apa yang anda dapat dengan cuba menghukum BN,” soalnya. Selangor pula katanya berpeluang jatuh kembali ke tangan BN andai perikatan berkenaan dapat menyediakan calon menteri besar yang sesuai dan diterima ramai. Ketika diminta mengulas mengenai makhluk bernama Anwar Ibrahim, Tun Daim di dalam wawancara yang disiarkan sebelum ini mengatakan Ketua Pembangkang itu bukan setahun dua dalam kerajaan. Beliau masuk UMNO tahun 1981 dan sudah jadi Timbalan Menteri pada tahun 1982 hingga ke jawatan akhirnya Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada tahun 1998. Cuba tengok kiri dan kanan sepanjang 16 tahun itu ada ke tidak sesuatu sesuatu dasar atau program atau projek istimewa Anwar yang boleh didirikan satu tugu peringatan sebagai lambang kehebatannya. Jawabnya tentu tidak ada. Kejayaannya meniti setapak dengan segera dalam hiraki politik semata-mata kerana beliau dicop sebagai 'Budak Bermata Biru' Tun Dr Mahathir Mohamad waktu itu.
Kesimpulannya, jentera BN di setiap kawasan pusat daerah mengundi (PDM) perlu memberikan komitmen yang tinggi dalam memastikan calon yang dipilih oleh kepimpinan diterima. Jentera dan petugas parti perlu meletakkan kepentingan parti dihadapan berbanding kepentingan peribadi bagi mengelakkan sebarang unsur yang boleh merencatkan gerak kerja yang dilakukan. Apa yang penting ialah, mengembalikan semua keyakinan rakyat khususnya pengundi terhadap BN/Umno sekaligus memberikan kemenangan kepada setiap calon yang dipilih oleh kepimpinan.
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.