ADUN PAS DARI BATU BURUK 'SAHKAN' MAT SABU SEORANG PENGANUT AGAMA SYIAH

Oleh : Ibrahim Baba

Setelah tersebarnya video lawatan Mat Sabu, selaku Timbalan Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), membuat kunjungan hormat ke atas rejim ganas Bashar Assad, membuat Presiden PAS tidak senang duduk.

Mat Sabu merupakan satu-satu pimimpin tertinggi sebuah parti dari Malaysia yang membuat penghormatan sebegini (baca) dalam pada ketika semua pimpinan dan penduduk negara Islam mengecam serta mengutuk keganasan yang telah dilakukan oleh regim Assad terhadap rakyat jelatanya termasuk wanita dan anak-anak kecil.
Apabila penyiaran video meluas dan sampai ke pengetahuan Haji Hadi Awang, beliau telah memanggil Dr. Syed Azman Syed Ahmad untuk mendapat beberapa pengesahan. Syed Azman dipilih kerana beliau dilihat dan dianggap sebagai antara pimpinan PAS yang yang paling rapat dengan Mat Sabu dan juga Syed Azman pernah menjadi orang kanan Haji Hadi sebelum kini menjadi loyalis dalam kem Anwarinas.

Dalam pertemuan 3 pasangan mata, Syed Azman, Haji Hadi dan ??? itu, Syed Azman mengesahkan bahawa Mat Sabu sememangnya seorang penganut Syiah. Syed Azman turut memperakui bahawa sepanjang persahabatannya dengan Mat Sabu sememangnya Mat Sabu tidak solat Jumaat kecuali dalam suasana beliau cuba menunjukkan kepada orang ramai yang dia solat Jumaat juga (taqiyyah). Itupun amat jarang sekali.
Syed Azman turut memperakui bahawa Mat Sabu turut beramal dengan amalan-amalan Syiah lain dan turut melakukan pelbagai takiyyah dalam banyak ketika sambil memberi beberapa contoh bagi memperjelaskan kepada Presidennya itu.

Malah ini bukanlah kali pertama Haji Hadi mendapat pengesahan bahawa Mat Sabu menganuti serta beramal dengan ajaran Syiah. Sudah beberapa kali beliau dimaklum dan lebih dari mafhum lagi. Dan ini turut disahkan sendiri oleh Presiden itu termasuk tidak membiarkan Mat Sabu mempengerusi mesyuarat (rakaman perbualan ini dengan Haji Hadi masih dalam simpanan IB). Namun, apakah kini sudah berubah.

Kenyataan terbaru Haji Hadi menunjukkan ketidakberaniannya lagi menegur Mat Sabu dalam hal ini. (Jangan terperangkap dengan agenda musuh di Syria – Hadi) Malah dalam perjumpaan terbaru dengan pimpinan Pemuda PAS Selangor, apabila ditanya berhubung kunjungan hormat Mat Sabu terhadap regim Syiah-Alawi Assad Syria, Presiden PAS hanya sekadar mampu berkata “biarlah dia buat tu atas kapasiti peribadi”. Apakah Hadi sudah jadi penakut dengan Timbalannya?

Post a Comment

1 Comments

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.