GILA NAK JADI PM. ANWAR SANGGUP TERIMA DANA ASING UNTUK MELINGKUPKAN NEGARA.

Oleh : Bernama

KUALA LUMPUR, 28 Jun 2013 - Pendedahan terbaharu oleh negarawan Indonesia Jusuf Kalla mengenai sikap Datuk Seri Anwar Ibrahim jelas menunjukkan bahawa pemimpin pembangkang itu sanggup menerima dana asing bagi menghuruharakan negara, menurut beberapa pemerhati.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata kenyataan Jusuf itu seharusnya membuka mata para penyokong pembangkang mengenai kegilaan Anwar untuk menjadi perdana menteri dan seharusnya jugalah mereka tidak lagi membiarkan diri dimanipulasi oleh Anwar untuk kepentingan peribadinya.

"Bukan sahaja Anwar terasuk untuk tidak menerima kekalahan pembangkang pada PRU13 tetapi juga sudah bertindak melampau sanggup mendedahkan pengikutnya kepada bahaya melalui perhimpunan haram Blackout 505," katanya ketika dihubungi Bernama Jumaat.

Mengulas kenyataan bekas naib presiden Indonesia itu, antara lainnya bahawa tindakan Anwar menguntungkan musuh-musuh Islam dan kawan-kawannya turut membantu kewangan dalam kes pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, Nadzim berkata Anwar tidak boleh bersembunyi lagi dan kerajaan perlu mengambil tindakan tegas terhadapnya.

"Anwar dah tak kesah walaupun sampai tahap perlu menjual negara sendiri... saya berharap kerajaan mengambil tindakan terhadap beliau yang melanggar undang-undang dan tidak menghormati perlembagaan negara," katanya.

Pensyarah Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Md Shukri Shuib pula berkata Anwar terang-terangan memalukan Malaysia sehingga pemimpin antarabangsa seperti Jusuf turut rasa terpanggil untuk menyelar tindakan beliau.

"Anwar tidak wajar mengheret rakyat mengadakan perhimpunan memprotes keputusan PRU13 yang tidak berpihak kepada pembangkang. Tindakan Anwar itu jelas menunjukkan rasa tidak hormat serta tidak tahu adab menghormati sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini," katanya.

Sambil menyeru rakan-rakan Anwar dalam pakatan pembangkang memperhalusi kenyataan Jusuf bagi menilai keperibadian Anwar, beliau bertanya kenapa politik huru hara baru terjadi selepas munculnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan tidak sebelumnya walaupun PAS dan DAP telah lama wujud.

Menyentuh mengenai dakwaan bahawa Anwar telah menerima dana daripada kuasa asing untuk perhimpunan Blackout 505 dan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Md Shukri berkata jika dakwaan itu benar maka Anwar memang sanggup menggadai Malaysia demi kepentingan khayalannya.

Presiden Pakar Malayalee Malaysia R. Nambiar pula berkata kalah dan menang adalah perkara yang lazim berlaku dalam sesuatu pertandingan dan tidak seharus terlalu payah untuk diterima hakikatnya apatah lagi jika pemimpin itu berjiwa besar.

"Cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri adalah dianggap pemikiran positif namun jika terbukti sudah ditolak oleh majoriti rakyat, terimalah hakikatnya dan berundurlah. Berilah peluang kepada pemimpin yang dipilih rakyat untuk meneruskan pembangunan negara," katanya.

Selepas pendedahan oleh Yusuf, katanya Penasihat PKR itu patut malu terhadap dirinya sendiri di atas putar belit kenyataan yang diberikan kepada rakyat kononnya beliau ada membuat perjanjian dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Azeem Fazwan Ahmad Farouk pula berkata kenyataan Jusuf adalah satu bukti yang menunjukkan apa yang seringkali dikatakan Anwar kononnya hendak memperjuangkan nasib rakyat sebenarnya adalah perjuangan untuk beliau menjadi perdana menteri.

"Terserlah sudah motif sebenar di sebalik isu demonstrasi, isu pilihan raya tidak telus dan pelbagai tuduhan terhadap institusi kerajaan adalah untuk perjuangkan kepentingan peribadinya dan bukan bersifat 'substantial' untuk rakyat atau demokrasi di negara ini," katanya.

Azeem Fazwan berkata pengikut dan penyokong pembangkang perlu sedar bahawa perjuangan Anwar untuk kepentingan peribadinya adalah tidak sihat dan tidak baik untuk negara dan rakyat.

Post a Comment

1 Comments

  1. Anwar sanggup buat apa saja, hatta menerima dana asing bagi menggerakkan rakyat menentang kerajaan yg sah.

    Ikutilah ulasan penuh saya dalam

    http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/07/pendedahan-bekas-naib-presiden.html

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.