Bila bercakap pasal demonstrasi anti Amerika, anti Israel, anti itu, anti ini, PAS laa antara muka pertama yang tampil di lapangan demonstrasi. Dengan sepanduk, bendera, t-shirt, pelilit kepala dan segala macam 'cenderamata' di pamerkan bagi memaparkan 'solidariti' mereka dalam satu-satu isu.
Cuma dalam isu di Syria ini, nampaknya PAS tidak ada kesepakatan dalam membuat resolusi mengenai kerajaan regim Bashar Al-Assad. Di pihak Presiden PAS, Hadi Awang kelihatan seperti sepakat dengan kumpulan penentang (pro sunnah), manakala di pihak Timbalannya pula, Mat Sabu, seperti menyokong kepimpinan Bashar Al-Assad.
Jadi kepada penyokong PAS dan badan eksekutif PAS terutamanya, perhatikanlah tindak tanduk kumpulan SYIAH dalam PAS terutama sekali Timbalan Presiden PAS, MAT SABU. Dah banyak bukti dibawakan yang memang wujud anasir SYIAH dalam PAS, dan MAT SABU itu sendiri seorang SYIAH. Namun ego PAS dari mengakui kelemahan dan kesilapan melenyapkan segala-galanya....
Kepada PAS... BERSEDIALAH untuk dihancurkan oleh SYIAH jika SYIAH terus diberikan kuasa bergerak dalam PAS.
Kenyataan Menteri Waqaf Syiah Syria dalam lawatan kerja Mat Sabu ke negara berkenaan ;
Pendirian PAS Malaysia adalah pendirian penuh Keimanan, pendirian BETUL dan POSITIF. Mereka mahu melihat sendiri apa yang berlaku. Kita telah jelaskan, jawapannya adalah apa yang anda lihat dan bukannya apa yang anda dengar. Kita perjelaskan juga elemen-elemen pembohongan yang mensasarkan negara ini. Beliau nampanya begitu berpuas hati. Beliau (Timbalan Presiden PAS : Mat Sabu) BERSETUJU ia bukanlah isu tuntutan rakyat atau revolusi, ia pada hakikatnya adalah konspirasi besar menentang Syria.
Dr. Muhammad Abdul Sattar As-Sayyadah (2012)
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.