Oleh : Abu Aslam Benny bin Syahmir bin Marbawi
Alih bahasa ke Standard Bahasa Melayu versi Malaysia oleh : UKT
Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin Rahimahullah berkata, “Ciuman terbahagi kepada tiga macam :
Pertama. Ciuman yang tidak diiringi syahwat. Seperti ciuman seorang bapak kepada anak-anaknya yang masih kecil. Maka perkara ini boleh, kerana tidak ada pengaruhnya dan hukumnya bagi orang yang berpuasa.
Kedua. Ciuman yang dapat membangkitkan syahwat tetapi dirinya dapat mengawal dari keluarnya air mani. Menurut pendapat mazhab Hambali ciuman jenis ini adalah ciuman yang dibenci. Akan tetapi, yang benar adalah dibolehkan dan tidak dibenci.
Ketiga. Ciuman yang dikhawatiri akan keluarnya air mani. Maka jenis ciuman ini tidak dibenarkan malah haram dilakukan jika sangkaannya kuat menyatakan bahawa air maninya pasti akan keluar jika bercium. Sebagai contoh seorang pemuda yang kuat syahwatnya dan sangat cinta kepada isterinya.”[1]
Aisyah Radhiyallahu ‘anha berkata: “Dahulu Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah mencium dan bercumbu padahal baginda sedang puasa, tetapi baginda adalah seorang yang paling mampu menahan syahwatnya berbanding kalian.”[2]
Jika berciuman dan berpelukan menyebabkan sehingga keluarnya air madzi dari suami isteri, maka puasanya sah dan tidak terbatal. [3]
Akan tetapi, sesiapa sahaja yang berciuman dan berpelukan sehingga menyebabkan air maninya terkeluar, maka sesungguhnya puasanya telah batal. Dan wajib mengganti puasa yang batal tersebut pada hari yang lain menurut pendapat yang terkuat. [4]
Dipetik dari “Panduan Lengkap Puasa Ramadhan” karya Abu Abdillah Syahrul Fatwa dan Abu Ubaidah as-Sidawi.
Rujuk :
1. Asy-Syarh al-Mumthi’ 6/427.
2. HR Bukhari no. 1927, Muslim no. 1106.
3. Jami’ Ahkam an-Nisa’ 2/361, Mushthafa al-Adawi.
4. Al-Umm 2/86, al-Majmu’ 6/322.
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.