Oleh : Bernama
YAN, 28 Julai 2013 - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kerajaan boleh mengambil tindakan jika ada bukti empat institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Lembah Klang menjadi pusat penyebaran fahaman Syiah di kalangan pelajar negara ini.
Sambil mendesak pihak yang membuat dakwaan itu mendedahkan IPTA terbabit, beliau berkata: "Soal nak tuduh mesti ada bukti. Sebab itu laporan oleh beberapa akhbar tempatan hari ini mengenai perkara itu tidak mendedahkan nama keempat-empat IPTA berkenaan," katanya semasa diminta mengulas isu itu.
Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada lebih 500 golongan kurang bernasib baik peringkat Parlimen Jerai sempena Aidilfitri di Masjid Al-Hanan, Teroi di sini, Ahad.
Jamil Khir yang juga anggota Parlimen Jerai berkata walaupun tiada bukti dalam banyak kes pihak berkuasa masih perlu menyiasat laporan perkara-perkara yang didedahkan.
"Kita tahu ada pelajar asing dari Iran dan Iraq yang menganut fahaman Syiah mengamalkan ajaran Syiah tetapi mereka sama sekali tidak dibenarkan menyebarkan ajaran itu di kalangan pelajar tempatan.
"Mereka yang melanggarnya sama ada didokong oleh Iran atau Iraq pasti diambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang untuk didakwa di Mahkamah Syariah atau Sivil. Kita telahpun melakukannya sebelum ini," kata Jamil Khir.
Katanya kerajaan berterusan menguatkuasakan undang-undang dan tidak bertolak ansur terhadap pengembang fahaman Syiah kepada umat Islam di negara ini berpegang kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Sehubungan itu, katanya, tindakan bersepadu untuk menghadapi ancaman Syiah akan dilaksanakan dengan kerjasama kerajaan-kerajaan negeri kerana enakmen dan akta untuk membanteras fahaman itu terletak di bawah negeri, katanya.
Menjawab soalan wartawan, beliau berkata kerajaan tidak boleh menyekat amalan pelajar asing yang berfahaman Syiah kerana ia menyentuh soal kebebasan pendidikan cuma mereka tidak boleh menyebarkannya.
Mengenai sumbangan itu, Jamil Khir berharap ia dapat meringankan sedikit bebanan golongan kurang bernasib baik dan berkemampuan membuat persediaan menyambut Aidilfitri.
1 Comments
I'm truly enjoying the design and layout of your blog.
ReplyDeleteIt's a very easy on the eyes which makes it much more enjoyable for me to
come here and visit more often. Did you hire out a designer to create your
theme? Outstanding work!
Here is my homepage: wedding rings sets
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.