Oleh : Shabra Syatila
Anggota Haiah Kibar Al Ulama (Majlis Ulama) Arab Saudi, Syaikh Dr. Sa’ad Al Khatslani menasihatkan kaum Muslimin yang merasa gembira dengan kudeta tentera yang menggulingkan Presiden Mohamed Morsi agar menginsafi kejadian yang berlaku. Katanya, bergembira dengan kudeta tersebut adalah tanda bahawa orang tersebut hanya memiliki sedikit taufiq dari Allah.
“Bergembira dengan penggulingan Morsi dan naiknya pemerintahan sekular adalah bentuk sedikitnya taufik (dalam jiwanya),” kata Penyarah di Fakulti Syariah Islam di Universiti Al Imam Muhammad Ibnu Saud tersebut.
Beliau turut menyatakan rasa duka dan gembira atas kudeta Mesir yang dapat disepadankan dengan perang Romawi dan Parsi pada zaman Nabi Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam.
“Umat Islam dahulu bergembira dengan kemenangan Romawi atas Parsi, padahal kedua-duanya adalah sama-sama kaum kafir. Akan tetapi bangsa Romawi lebih dekat (secara akidah) kepada kaum muslimin kerana mereka adalah Ahlul Kitab. Kerana itu, Allah Subhanahu wa Ta’ala mengabadikan kegembiraan kaum Muslimin tersebut dalam firman-Nya: “Dan pada hari itu orang-orang beriman bergembira dengan pertolongan Allah” maksudnya adalah kemenangan Romawi keatas Parsi sebagaimana yang ditafsirkan oleh ahli tafsir.”
Beliau turut menyatakan bahawa setiap Muslim yang benar agamanya dan rasa cintanya akan merasakan kesedihan atas penggulingan presiden yang menghafal seluruh Al Quran tersebut.
“Saya melihat bahawa setiap Muslim yang benar agamanya dan kecintaannya terhadap agama ini akan bersedih atas penggulingan Morsi, disertai sikap optimis bahawa Allah akan menjadikan pengakhiran semua ini baik bagi Islam dan kaum Muslimin,” jelasnya.
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.