[إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ] BELANSUNGKAWA BUAT BEKAS KETUA MENTERI MELAKA KE 8 DATUK SERI ABU ZAHAR ITHIN

إنّا لله وإنّا إليه راجعون
"Sesungguhnya kami adalah milik ALLAH dan kepada-Nyalah kami kembali".

Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, atau anak soleh yang mendoakannya.”
(riwayat Imam Muslim)

Belansungkawa buat keluarga Datuk Seri Abu Zahar Ithin Rahimahullah, mantan Ketua Menteri Melaka yang telah kembali ke Rahmatullah pada 5.30 petang tadi. Rahimahullah yang berusia 77 tahun meninggal dunia akibat dari sakit kencing manis dan buah pinggang. Semoga ALLAH mengampunkan dosa-dosa Datuk Seri Abu Zahar Ithnin dan dimasukan ke dalam jannah-mu Ya ALLAH.

Dari kami :
Warga Kerja

Datuk Seri Abu Zahar Ithin mula menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri ke 8 dari 23 Mei 1997 sehingga 2 Disember 1999. Untuk rekod,  Rahimahullah pernah menjadi wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai pada 1986 selama dua penggal, diikuti DUN Merlimau (1995-1999) dan Parlimen Jasin (1999-2004). 

Jenazah Datuk Seri Abu Zahar Ithin Rahimahullah, dijangka dikebumikan di Makam Pahlawan di masjid negeri Melaka sebelum zohor esok.

Post a Comment

0 Comments