BILA KAEDAH DEMONSTRASI MENJADI 'SENJATA MAKAN TUAN' DI MESIR

Oleh : Jebat

Betapa kaedah demonstrasi yang menjadi 'slogan' kepada kebangkitan rakyat akhirnya menjadi 'senjata' yang menikam semula pemimpin yang dipilih oleh 'rakyat'.

Betapa ISLAM menutup segala ruang-ruang 'fitnah' hasil cernaan demonstrasi. Demonstrasi bukan kaedah ISLAM. ISLAM tidak tertegak dengan jalan demonstrasi. Malah dengan jalan demokrasi sekalipun, ISLAM tidak mampu ditegakkan seperti ISLAM yang wujud di zaman Nabi dan para sahabat. 

Apabila ISLAM melarang umatnya dari mencari-cari keaiban dan menjatuhkan pemerintah yang masih bersolat, ketahuilah bahawa ada hikmah disebalik larangan berkenaan.

Apa yang berlaku di MESIR harus menjadi iktibar kepada semua rakyat Malaysia. Kita tidak seharusnya terikut-ikutkan emosi dan propaganda persepsi kumpulan-kumpulan tertentu yang mahu menjatuhkan sebuah  kerajaan yang stabil dan terbukti telah dapat memajukan negara kita. ISLAM secara tegas melarang perbuatan mencari-cari kelemahan pemerintah dan menyebarkan fitnah kepada rakyata, agar rakyat membenci kerajaan.

Kepada rakyat Malaysia, anda mahukan seorang pemimpin yang sehebat Abu Bakr, sedangkan kalian sendiri tidak menjadi rakyat sehebat rakyat Abu Bakr. Janganlah kita sering menunding kekurangan yang ada pada diri pemerintah sedangkan kelemahan yang ada dalam diri kita sendiri, kita diam-diamkan. Pemimpin yang ada dibantu. Dan jika mereka melakukan kesilapan nasihatilah mereka mengikut kaedah yang ditetapkan oleh Al-Quran dan Sunnah. 

Post a Comment

0 Comments