[DOWNLOAD EBOOK PERCUMA] SYARAH RIYADHUS SOLIHIN JILID 3

Artikel dipetik dari : galeriniaga

Kitab "Syarah Riyadhush Shalihin" merupakan terjemahan dari kitab asalnya yang berjudul: Bahjatun Naazhiriin fi syarhi Riyadhus Solihin yang ditulis oleh Syaikh Salim bin 'led al-Hilali.

Risalah ini merupakan salah satu usaha menyebar-luaskan sebuah karya besar dibidang hadis Nabawi yang sangat terkenal di kalangan kaum Muslimin, yang banyak tersebar di mana-mana dan banyak dikutip kandungan ilmunya, iaitu kitab berjudul: Riyaadhush Shaalihiin min Kalaami Sayyidil Mursaliin, karya Imam Abu Zakariya Yahya bin Syaraf an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) atau lebih dikenali dengan nama singkat "Imam an-Nawawi".

Penulis sengaja mensyarah (memberi penjelasan) kitab ini disebabkan besarnya manfaat yang terdapat di dalamnya bagi umat Islam, khususnya bagi mereka yang istiqamah berusaha mencapai kesempuraan 'ubudiyyah (penghambaan diri kepada Allah Ta'ala). Buku ini memuatkan hadis-hadis berkaitan manhaj, aqidah, adab-adab, akhlak, fadhilat-fadhilat waktu dan amal perbuatan, etika secara lahir dan batin, mencakupi hukum-hukum halal dan haram, penyampaian khabar gembira dan ancaman, serta adab para saalikin, iaitu orang-orang yang sentiasa menuju (mengharap) keredhaan Rabb-nya. Penjelasan yang dibawakan oleh penulis begitu mudah untuk difahami kerana beliau membentangkannya dalam bentuk point demi point dan kesimpulan.

Ciri istimewa bagi set Syarah Syaikh Salim 'Ied al-Hilali ini adalah penjelasan dan huraian hadis-hadisnya disampaikan dalam bentuk point demi point sehingga amat membantu kita ketika membaca dan memahaminya.

Untuk membeli kita ini secara fizikal, sila layari :

http://www.ilmu-islam.com/

atau 

http://atsar.ilmusunnah.com/

atau

http://bushraniaga.com/

Post a Comment

0 Comments