IBU PEJABAT IKHAWANUL MUSLIMIN DISERBU. 8 ORANG TERBUNUH.

Dipetik dari : IslamWeb.net
Dialih bahasa oleh : UKT
Sumber berita : Agensi

KAHERAH, 1 Julai 2013 - 8 orang terbunuh apabila penunjuk perasaan menyerbu ibu pejabat Ikhawanul Muslimin di daerah Moqattam, timur Kaherah.

Penunjuk perasaan yang memecah masuk ke ibu pejabat Ikhawnul Muslimin telah menggeledah ibu pejabat berkenaan seterusnya menyalakan api bagi membakar banggunan tersebut.

Hampir 45 orang tercedera dalam pertembungan diantara penyokong dan penentang Morsi disekitar ibu pejabat berkenaan.


Sejak Ahad lalu, seramai 150 anggota Ikhwanul Muslimin terperangkap di dalam ibu pejabat pertubuhan berkenaan ekoran dikepung oleh para penunjuk perasaan anti Morsi.

Hampir 12 kematian direkodkan dalam masa 2 hari sejurus insiden pertempuran diantara puak penyokong dan penentang Presiden Mohammad Morsi.

Untuk rakyat Malaysia di Mesir, sila baca GARIS PANDUAN KESELAMATAN yang dikeluarkan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah.

Komen Pena Minang : Apa yang berlaku di Mesir adalah 'Kebangkitan Rakyat' yang mahukan 'Kebebasan' dan 'Demokrasi'.... Maka mereka adalah 'pejuang kebebasan dan pejuang hak rakyat'....

- P.S : Tengah tunggu fatwa para penghalal demonstrasi bagi komen....

Post a Comment

0 Comments