ISLAMIC RENAISSANCE FRONT CUBA JADI HERO SYIAH DI MALAYSIA

Oleh : Jebat & AIDC

IRF atau Islamic Renaissance Front (IRF) sekali lagi cuba bermain api apabila telah menjemput seorang pensyarah dan penganut Syiah untuk berucap dalam kolokium yang akan diadakan 24 Ogos 2013 bertempat di Renaissance Hotel Kuala Lumpur. Program ini turut disokong oleh Penang Institute, yang dikuasai oleh DAP Pulau Pinang. Selain di Renaissance Hotel, IRF juga mengadakan sesi dialog di Wawasan Open University di Penang pada 23 Ogos 2013 dan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 22 Ogos 2013.

Latar belakang IRF juga amat meragukan. Tidak diketahui daripada mana badan ini mendapat bantuan kewangan sehingga mampu membuka pejabat di Pavilion KL. Malah didalam organisasi ini juga, turut terdapat beberapa orang peguam yang sering kelihatan di blok pembangkang. Untuk makluman pembaca yang budiman, NGO ini jugalah yang menganjurkan forum 'MEMELUK AGAMA ISLAM' yang bertempat di sebuah gereja di Selangor. Yang mana dalam sesi soal jawab dengan para audiens, Nurul Izzah Anwar menyokong agar orang Melayu diberikan kebebasan dalam memilih agama mereka.

Blogger dinturtle menulis dua artikel mempersoalkan agenda IRF.

Pertama, mempersoal kenapa IRF memperlekeh usaha Himpunan Sejuta Umat menganjurkan perhimpunan menyelamatkan aqidah umat daripada serangan Kristianisasi dan permurtadan.

Kedua, mempersoal kenapa IRF menyokong kenyataan Anwar berkenaan dengan Seksualiti Merdeka 2011.

Nama IRF mula popular apabila Datuk Ambiga Sreenevasan, Pengerusi BERSIH 2.0 pada Jun 2011 memperkenalkan Dr Farouk Musa, Presiden IRF sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0.

Selain IRF, NGO lain yang menyokong BERSIH adalah Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS), Aliran Kesedaran Rakyat (ALIRAN), All-Women’s Action Society (AWAM), Centre for Independent Journalism (CIJ), Women’s Development Collective (WDC), National Human Rights Society (HAKAM), Pusat Jana Daya (EMPOWER), Writers Alliance for Media Independence (WAMI) yang kesemuanya menyokong kumpulan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) menganjurkan program tahunan menuntut persamaan orientasi seks, Seksualiti Merdeka.

Menurut bersih.org, BERSIH dilancarkan pada 23 November 2006 di bangunan Parlimen Malaysia dengan majlis itu dihadiri oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden PKR Sivarasa Rasiah, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Teresa Kok (DAP), Nasharudin Mat Isa (Timbalan Presiden PAS), Salahudin Ayub (PAS), S. Arutchelvan (Setiausaha Agung PSM), Syed Shahir Syed Mohamud (PKR/MTUC), Maria Chin Abdullah (Pengarah Eksekutif WDC) dan Yap Swee Seng (Pengarah Eksekutif SUARAM).

Kemudian BERSIH diperkasakan semula dengan pelancaran BERSIH 2.0 yang diketuai Ambiga Sreenevasan dengan dibantu oleh 13 individu tokoh NGO iaitu Maria Chin Abdullah (Pengarah Eksekutif WDC/EMPOWER), Dr Farouk Musa (IRF), K. Arumugam (Pengerusi bersama SUARAM/Group of Concerned Citizens), Arul Prakkash (Koordinator KOMAS), Andrew Khoo (Pengerusi Komiti Hak Asasi di Majlis Peguam Malaysia), Liau Kok Fah (Pengerusi Jawatankuasa Hak Sivil Dewan Perhimpunan Cina Selangor/PKR), Richard Y W Yeoh (Pengarah Eksekutif Transparency International Malaysia-TIM), Dr Subramaniam Pillay (Ahli Jawatankuasa Eksekutif ALIRAN), Dato’ Dr Toh Kin Woon (Felo Penyelidik Kanan SERI), Dr Wong Chin Huat (Pengerusi WAMI), Dato’ Yeo Yang Poh (Bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia) dan Zaid Kamaruddin (Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia -JIM).

Selain menjadi pembela utama BERSIH 2.0, IRF juga turut sinikal kepada jabatan yang berkaitan dengan Islam.

Pada 10 Ogos 2011, Dr Ahmad Farouk Musa, Pengerusi IRF menghantar rencana kepada Malaysiakini mengkritik tindakan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) yang disifatkannya sebagai ‘menyerbu’ DUMC (Damansara Utama Methodist Church).

Menurutnya, ‘serbuan’ yang dijalankan oleh Jais sebagai melanggar prinsip-prinsip keadilan dan demokrasi dan kebebasan berhimpun yang termaktub dalam Perkara 10 perlembagaan.

Dakwanya tindakan ‘serbuan’ itu hanya berdasarkan syak wasangka semata-mata yang Gereja Methodist itu telah terlibat cubaan memurtadkan Muslim.

Perbuatan JAIS itu katanya tidak bertamadun kerana menyerang ke tempat suci agama lain, berlagak mafia dengan diiringi oleh polis dan disokong oleh NGO berfikiran sempit dan ‘xenophobic’ (tidak rasional dan kebencian melampau kepada pihak asing) seperti Perkasa dan Pembela.

Lebih parah lagi IRF mendakwa golongan yang menyokong ‘serbuan’ itu sebagai golongan yang tidak memahami ajaran Islam, kerana menurutnya, Al Quran memberi kebebasan kepada penganutnya untuk menerima dan menolak Islam berdasarkan kehendak peribadinya.

Menurutnya, hak untuk beragama adalah hak peribadi dan pihak kerajaan atau badan berautoriti agama tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan dalam pilihan peribadi seseorang individu.

Pada 17 Oktober 2011, ketika Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) mahu mengadakan perhimpunan di stadium di Shah Alam sebagai satu simbolis suara umat Islam yang tidak membenarkan agenda Kristianisasi dan permurtadanan dilakukan secara berleluasa, IRF memandang sinis usaha tersebut.

IRF berkata HIMPUN bakan memberi gambaran negatif terhadap Islam, iaitu dakwanya gambaran agama yang jumud dan tidak toleran sedangkan katanya, Islam merupakan agama yang berteraskan akal, pemikiran yang waras, agama yang ditegakkan dengan akal dan hujah.

Walaupun nada IRF berunsur lembut dengan disulami kata-kata kebimbangan, namun maksudnya jelas, tidak bersetuju dengan penganjuran HIMPUN dan bersetuju dengan permurtadan yang berdasarkan kepercayaan hak asasi individu.

Menurutnya, HIMPUN seolah-olah mahu menunjukkan kekuatan yang ada pada mereka, bertindak menurut perasaan syak wasangka semata-mata tanpa mengemukakan bukti jumlah murtad yang telah berlaku.

Katanya, kika benar murtad merupakan isu yang serius sebagaimana didakwa HIMPUN, maka perlu tidak perlu menyalahkan pihak lain (Kristian) sebaliknya perlu menyalahkan sistem dalam Islam termasuk budaya Muslim dan pendidikan di Malaysia.

“Dalam keghairahan mempersalahkan pihak lain, kita melupakan kekurangan kita dalam setiap masalah yang disasar untuk diatasi”, katanya.

HIMPUN merupakan simbolis perasaan tidak senang umat Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi seperti cubaan murtd di DUMC pada 3 Ogos 2011.

Selain itu untuk memberitahu rakyat bahawa ancaman aqidah merupakan agenda paling utama kepada umat Islam, selain menjunjung institusi raja sebagai payung hak asasi Melayu dan Islam.

Pada 10 November 2011, ketika meletusnya isu Seksualiti Merdeka 2011, IRF tanpa segan silu menyokong pertubuhan LGBT itu.

Katanya, rakyat Malaysia yang berbilang kaum sepatutnya lebih bersedia untuk berbincang dan berdialog secara terbuka terutamanya dalam isu gender dan seksualiti dan bukannya melahirkan ancaman atau kecaman.

“Kita harus menghormati hak seseorang sebagai individu…Seseorang yang mengaku beragama Islam haruslah dihormati haknya sebagai seorang Islam.

“Sekiranya ia (Seksualiti Merdeka) mempunyai keinginan yang bukan heteronormatif (hubungan seksual lelaki dengan perempuan), yang demikian itu tidak memberikan kuasa kepada sesiapapun untuk menghina dan menindas individu tersebut”, katanya.

Program Seksualiti Merdeka 2011 itu bertujuan menuntut hak kesaksamaan gender serta mengiktiraf pengamal seks songsang seperti gay, lesbian, biseksual dan transeksual untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka.

“Oleh kerana menyedari hakikat bahawa kita hidup dalam masyarakat yang pelbagai, maka kita haruslah berupaya untuk merubah masyarakat agar is bersifat lebih inklusif (terbuka,nilai universal iaitu nilai persamaan, keadilan dan iktiraf hak individu).

“Tidak harus ada diskriminasi hanya berdasarkan gender dan orientasi seks”, katanya.

Dalam pandangannya, Ahmad Farouk dan IRF menyokong pendirian Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Adakah kerana inilah peluang terbaik untuk menyerang Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga setelah mereka gagal untuk menghalang puluhan ribu rakyat berbilang kaum yang turun ke jalan raya untuk menyuarakan hasrat mereka supaya kerajaan menghormati demokrasi dan kebebasan rakyat”, soalnya.

Jika Ahmad Farouk dan IRF menyokong Seksualiti Merdeka berdasarkan faktor Anwar Ibrahim dan Ambiga dan kaitannya dengan BERSIH 2.0, adalah Zaid Kamaruddin, Presiden JIM juga mempunyai pendirian yang sama kerana beliau juga salah seorang ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 ?

Post a Comment

2 Comments

  1. A good analysis on who IRF is!

    ReplyDelete
  2. apa nak hairan... Mahathir makan api lagi hairan, mula2 berdamai dgn syiah, lepas tu kutuk Iran tapi lepas tu pergi Iran pulak boleh senyum2 lagi :S

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.