ISU KERAJAAN PAHANG LARANG TAZKIRAH KETIKA SOLAT TARAWIKH : DR. USTAZ FATHUL BARI TEGUR KETUA PEMUDA PAS YANG JAHIL MEMBEZAKAN ANTARA YANG SUNNAH DENGAN YANG BID'AH

Oleh : Jebat

Baru-baru ini, heboh di FB Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan At Tantawi yang mempertikaikan tindakan PENGERUSI JAWATANKUASA DAKWAH DAN ISLAMIAH NEGERI PAHANG yang MELARANG tazkirah dipertengahan ketika solat tarawikh masih belum habis.



Bukan main sedap dia mengkritik keputusan yang dibuat oleh Exco berkenaan. Hujjahnya hanyalah :

"Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman."
(Surah Azzaariyat : 55)

Sekarang mari kita baca penjelasan Dr. Ustaz Fathul Bari Bin Mat Jahya mengenai perbuatan menyampaikan Takzkirah ketika solat Tarawikh (Solat Malam) masih belum disempurnakan :

Pernah ditanya kepada Syaikh Ibn Shalih Al Utsaimin rahimahullah tentang hukum bertazkirah di antara solat tarawih atau selepas solat tarawih. Satu jawapan yang mungkin mengejutkan kita dan menarik untuk kita kongsikan pandangan seorang ahli ilmu. Ketika ditanya kepada Syaikh Al Utsaimin, kata beliau, menyampaikan ilmu di antara solat malam bukanlah daripada petunjuk Nabi SAW. Beliau memberikan beberapa alasan; pertama, seperti mana yang sering beliau ucapkan apabila ditanya kepada beliau apa dalil yang menunjukkan bahawasanya sesuatu amalan itu tidak dilakukan oleh Nabi SAW, kata Syaikh Ibn Utsaimin,


الدليل هو عدم وجود الدليل

Ertinya: “Dalilnya ialah tidak wujud dalil.”

Kedua, beliau mengulas dengan lebih panjang lagi tentang isu dan permasalahan ini; iaitu sekiranya memerlukan kepada ingat mengingati sesama Muslim sebab asas agama kita ialah “agama adalah nasihat” maka tugas ingat mengingati ini sebenarnya tidak perlu dikhususkan kepada masa-masa dan tempat-tempat tertentu, sebaliknya apabila kita melihat kesilapan dan kesalahan, ataupun ingin menyampaikan nasihat kepada teman-teman dan sahabat kita, bila-bila masa dan bila-bila tempat kita boleh pilih tanpa menetapkan dan tanpa mengkhususkan ia.

Maka kata Syaikh Ibn Utsaimin rahimahullah, alangkah baiknya meninggalkan daripada berselalu melakukan amal perbuatan yang seperti ini. Itu pendapat Syaikh Ibn Utsaimin rahimahullah.

Adapun pendapat yang lebih tegas, pandangan Syaikh Muhammad Nashiruddin Al Albani menetapkan bahawasanya sesiapa yang menetapkan amalan bertazkirah ini antara solat malam, ia merupakan amalan bid’ah, tidak ada dalil ataupun sandarannya daripada Nabi SAW.

Maka amalan-amalan seperti yang kita lakukan ini, sekadar kita ingat-mengingatkan sesama kita dalam kategori menghidupkan malam-malam di bulan Ramadhan Al Mubarak dengan amal perbuatan shalih, majlis ilmu dan sebagainya, tetapi kita tidak boleh bersifat mengkhususkan amalan ini. Cuma sekiranya ada keperluan kita menyampaikan sesuatu kepada teman-teman dan sahabat kita dalam erti kata merealisasikan hadis Nabi SAW,


مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ

Ertinya: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah dia berkata baik ataupun diam.” (riwayat Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)

Sekiranya kita ada ucapan-ucapan yang baik untuk dikongsikan bersama dalam majlis ilmu, menyampaikan nasihat, teguran, kata-kata semangat kepada teman-teman kita yang tidak sudah-sudah berjuang melalui videonya, facebooknya, blognya, dan whatsapp-nya, maka saya kira nasihat-nasihat seperti ini perlu diteruskan dan disampaikan agar sesama kita setiap hari bermuhasabah moga-moga kita tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang disebut oleh Nabi SAW di dalam bulan Ramadhan Al Mubarak; larangan mengeluarkan perkataan-perkataan cercaan, makian seperti kata Nabi di dalam hadis,


فإذا كان يوم صوم أحدكم فلا يرفث ولا يصخب فإن سابه أحد أو قاتله فليقل إني صائم

Ertinya: “Jika seseorang di antara kalian berpuasa, janganlah berkata jijik dan janganlah meninggikan suara (berkelahi), dan jika seseorang mencelanya atau mengajaknya bergaduh, maka katakanlah sesungguhnya aku sedang berpuasa.” (Muttafaqun ‘alaih)

Maka atas dasar itu kita memberikan dan berkongsi peringatan. Cuma apa yang saya hendak katakan tadi, tazkirah kita pada malam ini adalah berkaitan dengan nasihat ataupun fatwa Syaikh Muhammad ibn Shalih Al Utsaimin dan juga fatwa Syaikh Muhammad Nashiruddin Al Albani rahimahumallah agar kita tidak menjadikan amalan-amalan seperti ini sebagai satu amalan rutin walaupun sangka baik, kerana dibimbangi satu hari nanti datang anak cucu kita melihat amalan ini adalah amalan yang diteruskan dan dipraktikkan oleh nenek moyangnya dan mereka akan berdalilkan benda yang sama.

Sama seperti apabila kita menegur orang yang menetapkan bacaan-bacaan seperti “subhaanal malikil ma’bud, subhaanal malikil maujud” dan sebagainya. Kita menegur perbuatan itu dan mengatakan ini tidak ada daripada Nabi SAW, tetapi alasan dan hujah mereka ialah ini amalan dan praktik orang-orang yang terdahulu. Mungkin orang-orang dulu berfikir, daripada duduk tanpa berbuat apa, adalah lebih baik mereka rehat dengan ucapan-ucapan zikir, lebih baik daripada bersembang. Tetapi amalan ini apabila diteruskan tanpa ada teguran dan kajian maka manusia pada hari ini menjadikan praktik orang dulu sebagai dalil.

Jadi inilah yang kita bimbangi. Sama seperti kita membuat tazkirah di sela-sela tarawih atau sesudahnya dan amalan ini dilakukan secara berterusan, orang akan melihat amalan ini satu keperluan dan kemestian sehingga ke generasi puluhan tahun lagi, sehingga jika tidak dibuat tazkirah orang menganggap ianya satu kekurangan pada ibadah. Ini masalahnya jika mereka menjadikan kita sebagai dalil.

Sebab itu saya katakan di sini sebagai satu perkongsian dan nasihat agar amalan ini tidak dipraktikkan secara selalu. Moga-moga Allah memberikan kebaikan kepada kita semua dan menjauhkan kita daripada sebarang keburukan, dan menjadikan amalan kita sebagai amalan yang diterima. Jadilah kita pengejar Lailatul Qadar, malam yang ganjaran amalnya lebih besar daripada seribu bulan.

Wallahu-A’lam.

Transkripsi teks diatas diambil dari video penjelasan dibawah ini :



Kepada Tantawi, nak beramal pun biarlah ikut sunnah, bukan ikut suka. Agama ni agama ALLAH dan biarlah ALLAH tentukan kaedahnya. Agama ni dah sempurna. Apa nak ditambah-tambahkan lagi?

Oklah... Sebelum kau nak kritik orang, ni aku nak tanya kat kau, bila kau nak umum hasil jumlah kutipan Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat??? Dah nak masuk Ramadhan ni??? 



FAKTA TABUNG LAHAD DATU : 

1 MAC 2013 Media Prima lancar Tabung Perwira Lahad Datu.

7 Mac 2013 Pas dibawah Dewan Pemuda Pas Pusat lancar Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu.

22 April 2013 Media Prima UMUM kutipan semasa berjumlah RM5.5 Juta.

17 Mei 2013 Media Prima Tutup Akaun Tabung Wira Lahad Datu dan kesemua kutipan di serahkan kepada AMANAH RAYA BERHAD untuk pengurusan dana kepada anak-anak dan balu perajurit yang terkorban.



Soalan buat Nasrudin Hassan At Tantawi DPP Malaysia, bila korang nak umumkan jumlah dan agihkan wang berkenaan kepada anak-anak yatim dan balu anggota keselamatan yang terkorban dalam insiden berkenaan?

APA KORANG TAK TAU HUKUM KE MAKAN DUIT ANAK YATIM KE??? DAHLAH TABUNG MEMALI KORANG TELAN SAMPAI KERING, DUIT YANG NI PUN KORANG NAK KEDARAH BAGAI NAK MAMPOS....!!!

INGAT AMARAN ALLAH!!!!

“Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang sudah baligh) harta mereka, jangan kamu menukar yang baik dengan yang buruk dan jangan kamu makan harta mereka bersama hartamu. Sesungguhnya tindakan-tindakan (menukar dan memakan) itu adalah dosa yang besar”. (Q.S. 4 : 2). 

Selain itu Allah-pun mengancam dengan seksaan yang keras kepada orang yang berani memakan harta anak yatim secara zalim, untuk itu Allah berfirman : “Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka)”. (QS. 4 : 10). 

Rasulullah bersabda, memberikan perhatian kepada orang-orang yang berani memakan harta anak yatim :

 اجتنبوا السبع الموبقات وذكر منها : (اكل مال اليتيم) (رواه البخارى و مسلم

“Jauhilah oleh kalian tujuh perkara yang merosak”. lalu Rasulullah SAW menyebut salah satu di antara ialah : “Memakan harta anak yatim” (Hadits riwayat Bukhari dan Muslim.). 

JADI, KETUA PEMUDA PAS DAN SELURUH JAWATANKUASA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT, KORANG BISING ORANG LAIN TAK BERHUKUM DENGAN HUKUM ALLAH...TETAPI KALIAN SENDIRI MEPERMAINKAN HUKUM ALLAH!!!!

Dan kepada Nasruddin Hassan dan seluruh tali perutnya barutnya, ingatlah AMARAN KERAS ALLAH!!!!

Post a Comment

4 Comments

  1. Peringatan konon.. Ceh KP PAS lembu oii.. korang bangsa yg dgr peringatan Allah ke atau peingatan DAP dan PKR??

    11 bulan xcukup lg ke korang nk ceramah dan pesongkan Aqidah, Solat Tawarih hanya ada pd Ramadhan, lgpun jika nk beri tazkirah ambil lah waktu slps Solat Tarawih ataupun waktu Zohor-Asar-Subuh.. kenapa nk ganggu makmum pd Solat SUnat yg hanya khusus dlm Ramadhan ini? Apakah xckup lg 11 bulan hasut doktrin PAS dlm semua ruang?? nmpk sgt KP PAS bodoh.. dan nk ambil kesempatan politik.. pandai2 je petik ayat2 Al-Quran tnpa hujah tafsir secara betul, semata2 nk main politik

    PAS LAKNATULLLAH!!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    Bagus jika penulis dapat mendatangkan juga pendapat dari ulama beraliran ASWJ (alrian yg menjadi pegangan kita di Malaysia). Ini kerana ramai yang mungkin akan menolak pandangan dari ulama beraliran Wahabi seperti Syaikh Ibn Shalih Al Utsaimin.

    Mohon dipertimbangkan. :)

    ReplyDelete
  3. Satu lagi pandangan:
    http://www.1aqidah.net/v2/fatwa-ulama-hukum-tazkirah-tarawikh/

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.