KONSPIRASI SYIAH MENJATUHKAN MORSI

Oleh : Jebat

Kejatuhan Presiden Mesir, Dr. Mohamed Morsi bukanlah satu perkara yang harus diraikan ekoran kejatuhan beliau tidak lebih kejayaan para orientalis barat terus merancang dan merangka agenda demokrasi di negara yang bersempadan dengan Palestin itu.

Morsi dinaikkan setelah jatuhnya Hosni Mubarak yang telah memerintah Mesir selama 30 tahun dalam pemerintahan. Kejatuhan Hosni Mubarak dikaitkan dengan fanomena 'Arab Springs' yang menyaksikan pergolakkan di beberapa buah negara di benua Afrika seperti di Tunisia, Algeria, Libya dan Mesir.  Hosni Mubarak juga dikaitkan dengan kepimpinan ala kuku besi selain dilaporkan mengaut keuntungan negara ke dalam katung koceknya.

Di beberapa buah negara Arab seperti di Bahrain, juga menyaksikan 'kebangkitan rakyat'. Namun ianya lebih terfokus kepada kelompok-kelompok tertentu terutama sekali kelompok Syiah di negara berkenaan. Namun 'kebangkitan rakyat' di negara berkenaan dapat di redakan dengan tindakan 'keras' dari pemerintah di negara berkenaan yang memohon bantuan Arab Saudi untuk mengembalikan keamanan di negara teluk berkenaan.

Arab Saudi juga menerima tempias yang sama dari fanomena 'Arab Spring' dimana di wilayah Selatan negara  tauhid berkenaan menyaksikan aksi demonstrasi dilakukan oleh puak-puak Syiah di negara berkenaan yang mahukan suara mereka didengari oleh pihak pemerintah. Namun seperti di Bahrain, Arab Saudi berjaya mengawal aksi demonstrasi dari menjadi lebih buruk.

Kembali kepada persoalan di Mesir. Mesir merupakan negara dan pusat perkembangan gerakan Ikhwanul Muslimin dunia. Disinilah pergerakkan tersebut lahir dan disebarkan pengaruhnya ke seluruh dunia. Hassan Al-Banna adalah ikon yang menjadi ikutan pengikut gerakan Ikhwanul Muslimin. Tanggal 23 dan 24 Mei 2012 menyaksikan rakyat Mesir keluar membuang undi dalam pilihanraya pertama Presiden sejurus kejatuhan Hosni Mubarak  yang digulingkan melalui jalan demonstrasi. Dalam keputusan pusingan pertama tersebut, Mohamed Morsi dan Ahmed Shafik adalah dua nama yang mendapat undian tertinggi bagi menjawat jawatan Presiden. Namun begitu, dalam pusingan kedua pilihanraya Presiden, Morsi memenangi undian tertinggi dengan 51.7% undi menewaskan Ahmed Shafik yang hanya menerima 48.3% sekaligus dilantik menjadi Presiden Mesir ke-5.

Sejurus mengambil alih institusi presidensi Mesir, Morsi dilihat cuba membawa Mesir kearah negara yang mendaulatkan ISLAM dalam segenap aspek pemerintahannya. Namun apa yang menyedihkan ialah, walaupun beliau merupakan antara ikonik pemimpin ISLAM baru pada era ini, namun kualiti rakyat Mesir yang masih tidak mahu berubah menyukarkan Morsi melakukan gerakan transformasi keatas negaranya. Ini dibebankan lagi dengan kegagalan beliau mengawal inflasi, mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Mesir selain masalah-masalah domestik yang lain.

Namun apa yang menarik disini dan perlu diberi perhatian ialah tindakan Morsi yang memilih Iran menjadi antara negara pertama yang dilawati oleh beliau sejurus menjawat jawatan Presiden Mesir. Malah dalam wawancara beliau dengan syarikat penyiaran antarabangsa Al-Jazeera, beliau menegaskan bahawa :

"“Iran is one of the Islamic countries in the world and when Egypt has ties with Iran, these relations are against no other country,” Sumber : PressTV dan The Economist

Ini secara tidak lansung membuktikan betapa rapatnya hubungan Ikhwanul Muslimin yang dianggotai oleh Morsi selaku Presiden Mesir dengan gerakan Syiah di Iran pimpinan Ahmadinejad. Malah sudah diketahui ramai bahawa Ikhwanul Muslimin adalah antara gerakan ISLAM yang paling aktif mencari jalan untuk mengadakan 'TAQRIB' (Penyatuan) dikalangan kelompok Ahlus Sunnah dan Syiah.

Namun pergolakkan di Syria adalah 'turning point' buat seluruh Ahlus Sunnah di dunia. Ternyata usaha Taqrib yang dijalankan oleh Ikhwanul Muslimin ternyata gagal sekaligus membuktikan Syiah dan Sunnah TIDAK AKAN BERSATU sehingga hari kiamat. Kenyataan agamawan kelahiran Ikhwanul Muslimin, Dr. Yusuf Al-Qaradawi yang menyesali 'perkataan beliau' yang bersangka baik dengan Syiah juga dirasakan antara punca meletusnya pergolakkan di Mesir. Qaradawi dalam ucapan yang disiarkan dalam program TV Syariah and Life di stesen TV Al-Jazeera pada 3 Jun 2013, 22.05 GMT 19.05 Waktu Makkah ;

"Saya telah tersalah tafsir selama ini tentang saudara saya....syiah adalah musuh kita dan musuh umat Islam keseluruhannya. Mereka mengkhiati kita sejak sekian lama dan akhirya hari ini semuanya telah jelas. Mereka sedang membunuh saudara seaqidah kita bersama Hizbullah. Jangan panggil mereka Hizbullah, mereka selayak dipanggil HizbusSyaiton. Saya menyeru ummah melawan Kuffar dan Syiah dalam Hizbullah. Mereka ternyata kuffar tanpa sedikit keraguan. Mereka sedang menjalankan operasi pembersihan etnik di Syria dengan tujuan membina "Negara Syiah Barat" di barat Syria..Dengan terhasil negara baru itu, ummah akan dibahagikan dan bertambah kecil."

Ini ditambah lagi dengan ucapan wawancara beliau dengan Al-Arabiya pada 9 Jun 2013 yang lalu dimana beliau menyatakan;

"Ketika Hizbullah bertempur melawan Israel, saya mempertahankannya dan saya menentang ulama Arab Saudi yang mengingatkan tentang rancangan Hizbullah yang ingin memecah belah umat Islam.”

"(tetapi sekarang) Mereka Hizbullah yang berjuang melawan rakyat Suriah dan mereka Hizbullah adalah partai setan," 

Al Qaradawi menyatakan bahawa ulama Saudi “lebih dewasa dan berpengetahuan” mengenai sandiwara Hizbullah dan Iran daripada dirinya.

“Awalnya, Saya ingin menyatukan semua umat Islam, Muslim berperang melawan orang Israel, bagaimana saya akan mendukung Israel?  Tapi nampaknya bahawa ulama (yang memperingatkan bahaya Hizbullah) -mungkin mereka beristirahat dalam damai jika mereka telah wafat, dan semoga Allah memberkati mereka jika mereka masih hidup – mereka lebih pintar dari saya, “katanya.

“(Ternyata) Mereka, yang saya bela, pergi dan membunuh saudara-saudara kami  di Suriah. Saya berfikir bahwa mereka adalah saudara-saudara kami, tapi rupanya mereka bukan (saudara kami)."

Jika didapati dari penyataan ini, ternyata penyataan ilmuan Ikhwanul Muslimin, Yusuf Al-Qaradawi sudah menghampiri sebulan. Dan hampir genap sebulan, secara tiba-tiba Mesir bergolak dan menyaksikan Morsi diturunkan dari tampuk pemerintahan. Lebih menarik, gerakan kali ini lebih pantas dan secara tiba-tiba. Tanpa sebarang asas dan masalah yang jelas. Dipihak kami, kami cenderung untuk merasakan ada tangan-tangan Syiah dibalik demonstrasi dan penggulingan Morsi di Mesir. Dan ternyata dalam sejarah Islam, Syiah adalah kumpulan pertama yang melakukan demonstrasi terhadap pemerintah Islam.

Kepada kumpulan-kumpulan atau individu yang pernah mengkritik ulama Sunnah yang mengharamkan demonstrasi, kami ingin bertanya kepada kalian. Dimanakah suara-suara kalian sekarang? Mengapa kalian diam dari mengeluarkan fatwa-fatwa terbaru yang memuji para penunjuk perasaan di Mesir pada ketika ini? Jika kalian boleh menghalalkan demonstrasi di Mesir pada revolusi kali pertama, kenapa kalian berdiam diri dari menghalalkan perbuatan revolusi kali ke-2? Adakah kerana tidak menepati kehendak kalian? Jika tidak, apa kritiria yang kalian letakkan? Apakah tidak cukup sempurnakah fatwa ulama Sunnah yang telah menutup seketat-ketatnya ruang-ruang fitnah dari berleluasa? Namun disebabkan keegoan kalian cuba menafikan sesuatu yang haq dan masih mahu menegakkan benang yang basah. Kini, apa yang difatwakan oleh kalian, menjadi ikutan pihak-pihak yang kalian sendiri membencinya. Kalian harus bertanggungjawab dengan pintu-pintu fitnah yang dibuka oleh diri-diri kalian. 

Post a Comment

3 Comments

  1. Apabila Mursi perlu pembiayaan untuk memajukan Mesir IMF telah menawarkan pinjaman dan sebagai biasa dengan syarat 2 tertentu. Setelah sekian lama Mursi tidak terima syarat 2 ini. Maka pihak Barat telah menggerakkan pihak2 sekular Mesir bangkit menjatuhkan Mursi. Ini adalah sebagai satu pengajaran kepada Malaysia supaya tidak hidup dengan polisi populist sehingga negara bankrup dan terpaksa meminjam dari IMF.

    ReplyDelete
  2. Malangnya umat Islam berpecah, membenci dan berbunuh sesama sendiri - sedangkan yang ketawa macam SYAITAN durjana ialah penjajah laknat Barat-Israel dan sekutu kuat mereka, termasuklah puak evangelis Kristian Zionis DAPigs/Bukan Islam PKR (fahaman Kristian Zionis ialah gabungan doktrin Kristian Protestant palsu dengan pengganas Yahudi Zionis untuk menjatuhkan Islam, dan menjajah Palestin selamanya untuk memecahbelahkan PUSAT Islam di Timur Tengah termasuk Mekah di masa hadapan, dan seluruh dunia Islam yang kaya minyak-gas)!

    Sebenarnya, Muslim Brotherhood (MB) yang didalangi si Morsi ini dulunya adalah sekutu kuat si Barat. Macam Anwar, adalah pengikut MB ini; sebab itu dia amat pro-Barat. Tetapi apabila Morsi mula menghentam Israel dan berbaik dengan Iran, dia pun digulingkan.

    Oleh kerana Hosni Mubarak enggan membenarkan pengkalan tentera US-NATO-Zionis di Mesir, apalagi sasaran mereka mengawal Teluk Suez yang amat penting, terutamanya untuk menjaga kepentingan Israel, maka Mobarak digulingkan. K'jaan Syria dan Iran walaupun diketuai pengikut Shiah, sebenarnya mahu digulingkan US-NATO-Israel ini, kerana mereka Nasionalis, amat anti Barat-Israel, dan penuh minyak-gas, termasuk Syria Golan Heights ynag telah 2/3 dijajah Israel.

    Maka pengajaran di sini ialah, Barat-Zionis akan mempergunakan negara/umat Islam, dalam apa carapun, yang manis talam dua muka mahupun yang ganas, untuk menjatuhkan Islam, serta memecahbelhakn pemimipin/umat Islam dan menjajah negara Islam ysng kaya minyak-gas. Kawan akan jadi lawan dengan mudah sekali bila tak patuh arahan si Barat-Zionis ini, macam hamba abdi!

    MAKCIK Tempurung – Pertahan Islam dan umatnya, UMNO/PM/Raja-Raja Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

    (PERHATIAN TERBARU: ada PENYAMUN penakut disyaki dari PENGGANAS/SAMSENG DAPigs/PKR/Red beans militiaPIGS durjana yang sekarang meniru gelaran saya sebagai “Pakcik/MAKCIK Tempurung/Temporung” untuk mengelirukan pembaca – mereka juga telah menyamar dengan identiti dan tulisan saya kononnya saya benci dan nak menggulingkan PM kita, dan juga saya seolah bersikap lucah, dan saya telah repot terus ke KDN dan Wanita UMNO!)


    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas komen tuan-tuan

    - Jebat

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.