NIK AZIZ DAH SERAHKAN BALIK KE TANAH SELUAS 1.76 HEKTAR TU???

Oleh : Beruang Biru

Sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu, khalayak umum telah dikejutkan dengan pendedahan mengenai pemilikan 14 lot tanah di sekitar Kota Bharu atas nama Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mana nilai komersialnya boleh mencecah RM10 juta.

Selain pemilikan tanah atas nama Menteri Besar Kelantan itu, turut didedahkan sama sejumlah 13 lot tanah lagi yang bernilai jutaan ringgit termasuk sebuah stesen minyak yang dimiliki Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, isteri kepada Nik Aziz.

Beberapa hari selepas isu pemilikan tanah itu didedahkan, Nik Aziz telah tampil menjelaskan bahawa 14 lot tanah yang luas keseluruhannya 1.76 hektar itu bukan miliknya walau pun namanya tercatat sebagai pemilik.

Menurut Nik Aziz, namanya hanya digunakan sebagai pemegang amanah bagi pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) berikutan jawtan MB yang disandangnya dan tanah itu kemudiannya kelak akan dipindah milik kepada nama MB baru.

Rentetan itu, rakyat Kelantan menarik nafas lega menerima penjelasan itu dan yakin bila berlaku peralihan tampuk kepimpinan negeri kelak akan ada pengumuman rasmi pindah milik nama pemilik semua lot tanah tersebut.

Namun seperti semua sedia maklum, sejak dari tarikh kejatuhan Nik Aziz pada 5 Mei 2013 hingga sekarang, tiada khabar berita mengenai pemindahan hak milik 14 lot tanah tersebut kepada nama MB Kelantan sekarang yang kedengaran.

Malah 13 lot tanah yang tertera nama isterinya itu pun sampai sekarang Nik Aziz buat-buat lupa untuk menjelaskan bagaimanakah statusnya, adakah ia milik peribadi atau sekadar pemegang amanah sama sepertinya.

Tanpa tindakan susulan oleh Nik Aziz berhubung status terkini lot-lot tanah tersebut sukar untuk rakyat Kelantan menepis rasa was-was dan kebimbangan kalau-kalau jika didiamkan ianya kelak terus menjadi hak milik Nik Aziz sekeluarga.

Post a Comment

1 Comments

  1. Puak puak Pas tetap cakap...ini semua poyooooo !

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.