PELAN PKR DALAM MENJATUHKAN PAS DI KUALA BESUT TERBONGKAR

Oleh : Beruang Biru 

Jarang sebenarnya untuk kita melihat khalayak setempat memberi sambutan dingin terhadap apa jua program politik PAS terutama ceramah yang dihadiri pemimpin besar PAS, tapi di Kuala Besut kedinginan sambutan penduduk tempatan agak terasa sekali.

Setakat ini dalam beberapa ceramah anjuran PAS hanya program yang dihadiri Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dikira ‘berjaya’ dengan merekodkan kehadiran sekitar 800 – 1,000 orang termasuk sebahagian besarnya adalah petugas dan penyokong PAS dari Kelantan.

Jika tidak kerana kehadiran penyokong PAS dari luar, harus nasibnya sama seperti Presiden PAS, Hadi Awang yang hanya mengumpul 200 orang pendengar sahaja atau setaraf Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man yang berceramah di depan kurang 100 orang termasuk lebih sepuluh orang daripadanya tidur nyenyak di bawah khemah.

Perihal penyokong PAS tidur ketika ceramah ini bukannya satu fiksyen tapi memang betul-betul berlaku dan memang amat memalukan PAS terutama sekali bagi Tuan Ibrahim Tuan Man yang gaya berceramahnya kian hari makin membosankan.

Malam semalam lebih syahdu lagi apabila ceramah PAS di dua lokasi berdekatan menyaksikan kehadiran yang paling sedikit di mana cuma kelihatan 20 dan 50 orang pengunjung sahaja termasuk pihak media dan jentera PAS dari luar.

Waima Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang sepatutnya turut berceramah di UPU PAS Kampung Baru juga langsung tidak nampak muka kononnya kerana terpaksa menghadiri program di tempat lain.

Ramai penyokong PAS tempatan yang mengakui kedinginan sambutan masyarakat setempat terhadap kempen PAS untuk PRK ini ada kaitan dengan kurangnya kesungguhan dikalangan pemimpin PAS Terengganu untuk menang.

Mereka juga melihat perlantikan pemimpin PAS Kelantan iaitu Husam Musa sebagai Pengarah Pilihan Raya sebagai punca utama yang menyebabkan wujudnya senario serba dingin ini yang dikira satu protes senyap sebagai bantahan terhadap percubaan PAS Kelantan ‘mengKelatekan’ Kuala Besut.

Tindakan jentera PAS Kelantan yang diketuai Husam mengedarkan poster MB Kelantan, Mat Yakob juga memainkan peranan besar ke arah mengasingkan penyokong PAS tempatan dari menjayakan kempen parti itu.

Tidak syak lagi dengan baki kempen yang cuma tinggal beberapa hari dari sekarang, jika PAS gagal memperbetulkan haluan strategiknya secepat mungkin barangkali tidak salah dikatakan PRK DUN Kuala Besut bakal menjadi titik awal kejatuhan PAS kelak.

Post a Comment

0 Comments