[SIRI PERANGI SYIAH] BILAKAH MUNCULNYA FIRQAH SYIAH AR-RAFIDHAH?

Oleh : Keris Research Institute for Syiah Ideology (KERiS)

Firqah ini tumbuh tatkala muncul seorang Yahudi mendakwakan dirinya sudah masuk Islam. Namanya Abdullah bin Saba'. Beliau mendakwa dirinya amat mencintai ahlul bait, dan terlalu memuja-muji Ali R.A, malah mendakwa bahawa Ali mempunyai wasiat untuk mendapatkan jawatan khalifah. Beliau kemudiannya telah mengangkat Ali R.A sampai ke tingkat Ketuhanan, yang mana hal ini diakui oleh buku-buku syi'ah sendiri.

Al Qummi berkata dalam bukunya "Al Maqaalaat wal Firaq"[1] : “Ia mengakui keberadaannya, dan menganggapnya orang pertama yang berbicara tentang wajibnya beriman kepada Ali, dan raj’iyah Ali[2], dan menampakkan celaan terhadap Abu Bakar, Umar dan Utsman serta seluruh sahabat, seperti yang dikatakan oleh An Nubakhti di bukunya "Firaqus Syi'ah"[3]. Bagitu juga dengan Al Kissyi yang menyatakan sedemikian di dalam bukunya "Rijaalul Kissyi"[4]. Pengakuan adalah bukti terbesar yang tidak boleh dinafikan oleh orang-oran syiah, dan mereka ini semuanya adalah syeikh-syeikh besar Rafidhah.”

Al Baghdadi berkata : “Kelompok Sabaiyah adalah pengikut Abdullah bin Saba' yang telah berlebih-lebihan (dalam memuji) Ali R.A. Mereka mendakwa bahawasanya Ali adalah nabi. Kemudian mereka bersikap berlebih-lebihan lagi sehingga mereka mendakwa bahwasanya Ali adalah Allah.”

Al Baghdadi turut menambah: “Dia  adalah (Abdullah bin Saba') anak orang berkulit hitam, asal usulnya adalah dari keturunan Yahudi yang berasal Hirah (Yaman), lalu dia mengumumkan keIslamannya, dan menginginkan agar dia mempunyai kerinduan dan kedudukan di sisi penduduk negeri Kufah. Dia juga menyebutkan kepada mereka (penduduk Kufah), bahawasanya dia membaca di Taurat, bahawa sesungguhnya bagi tiap-tiap nabi mempunyai orang untuk diwasiatkan, dan sesungguhnya Ali adalah orang yang diwasiatkan Muhammad Salallahu ‘alaihi wassalam.”

Manakala As Syahrastaani menyebutkan dari Ibnu Saba', bahawasanya dia adalah orang yang pertama kali menyebarkan perkataan keimaman Ali secara nas / telah ditetapkan, dan dia menyebutkan juga dari kelompok Sabaiyah, bahawa kelompok ini adalah firqah (golongan) yang pertama sekali  mengatakan masalah ghaibah[5] dan akidah raj’iyah, yang kemudiannya diwarisi oleh Syiah. Perkataan tentang keimaman dan kekhalifahan Ali merupakan nas dan wasiat itu merupakan antara kesalahan dari kesalahan-kesalahan Ibnu Saba'. Yang akhirnya Syiah sendiri berpecah menjadi pelbagai kelompok yang mentafsirkan perkataan berkenaan sehingga bertambah-tambah lagi perpecahan kelompk dalam kelompok Syiah.

Begitulah Syiah yang membuat bid'ah dalam perkataan tentang keyakinan wasiat, raj’iyah, ghaibah, bahkan perkataan menjadikan imam-imam mereka sebagai tuhan[6], kerana mengikuti Ibnu Saba' si yahudi itu.

--------------------------------------------------------------------------------

[1] Lihat "Al Maqaalaat wal Firaq" oleh Al Qummi, hal : 10-21

[2] Keyakinan bahwa Ali akan kembali ke dunia sebelum hari kiamat

[3] Lihat "Firaqus Syi'ah" oleh An Nubakhti, hal : 19-20

[4] Lihat : apa yang dicantumkan oleh Al Kissyi dalam beberapa riwayat dari Ibnu Saba' dan akidah-aqidahnya, lihat no : 170, 171, 172, 173, 174, dari hal : 106-108

[5] Keyakinan menghilangnya imam Askari yang mereka tunggu-tunggu

[6] Ushul 'Itiqad Ahli Sunnah Wal Jama'ah, Al Lalikaai, 1/22-23

Post a Comment

0 Comments