[VIDEO] SUNNAH DI KUBUR


Oleh : Abang Dani

Jaabir bin ‘Abdillah radliyallaahu ‘anhu berkata :


نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يُجَصَّصَ الْقَبْرُ، وَأَنْ يُقْعَدَ عَلَيْهِ، وَأَنْ يُبْنَى عَلَيْهِ

“Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wa sallam telah melarang kubur untuk dikapuri, diduduki, dan dibangun sesuatu di atasnya”.

[Hadis ini diriwayatkan oleh Muslim no. 970, Abu Daawud no. 3225, At-Tirmidziy no. 1052, An-Nasaa’iy no. 2027-2028 dan dalam Al-Kubraa 2/463 no. 2166, ‘Abdurrazzaaq 3/504 no. 6488, Ahmad 3/295, ‘Abd bin Humaid 2/161 no. 1073, Ibnu Maajah no. 1562, Ibnu Hibbaan no. 3163-3165, Al-Haakim 1/370, Abu Nu’aim dalam Al-Musnad Al-Mustakhraj ‘alaa Shahih Muslim no. 2173-2174, Al-Baihaqiy dalam Al-Kubraa 3/410 & 4/4, Ath-Thayaalisiy 3/341 no. 1905, Ath-Thabaraaniy dalam Asy-Syaamiyyiin 3/191 no. 2057 dan dalam Al-Ausath 6/121 no. 5983 & 8/207 8413, Abu Bakr Asy-Syaafi’iy dalam Al-Fawaaaid no. 860, Abu Bakr Al-‘Anbariy dalam Hadiits-nya no. 68, Ath-Thahawiy dalam Syarh Ma’aanil-Aatsaar 1/515-516 no. 2945-2946, dan yang lainnya.]

Asal dari larangan Nabi sallallaahu ‘alaihi wa sallam menunjukkan keharaman sebagaimana telah dimaklumi dalam ilmu usul fiqh. Bahkan ‘Ali bin Abi Thaalib radliyallaahu ‘anhu – nenek moyang para habib – adalah salah seorang sahabat yang sangat bersemangat melaksanakan perintah Nabi sallallaahu ‘alaihi wa sallam tersebut sebagaimana terdapat dalam riwayat :


عَنْ أَبِي الْهَيَّاجِ الْأَسَدِيِّ، قَالَ: قَالَ لِي عَلِيُّ بْنُ أَبِي طَالِبٍ: ” أَلَا أَبْعَثُكَ عَلَى مَا بَعَثَنِي عَلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ لَا تَدَعَ تِمْثَالًا إِلَّا طَمَسْتَهُ، وَلَا قَبْرًا مُشْرِفًا إِلَّا سَوَّيْتَهُ “

Dari Abul-Hayyaaj Al-Asadiy, ia berkata : ‘Aliy bin Abi Thaalib pernah berkata kepadaku : “Mahukah engkau aku utuskan sebagaimana Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wa sallam telah mengutusku? Hendaklah engkau tidak meninggalkan gambar-gambar kecuali engkau hapus dan jangan pula kamu meninggalkan kuburan yang ditinggikan kecuali kamu ratakan” [Diriwayatkan oleh Muslim no. 969, Abu Daawud no. 3218, At-Tirmidziy no. 1049, An-Nasaa’iy no. 2031, dan yang lainnya].

Larangan membangun kubur ini kemudian diteruskan oleh para ulama mazhab.

Mazhab Syaafi’iyyah

Muhammad bin Idriis Asy-Syaafi’iy rahimahullah berkata :


وأحب أن لا يبنى ولا يجصص فإن ذلك يشبه الزينة والخيلاء وليس الموت موضع واحد منهما ولم أر قبور المهاجرين والانصار مجصصة …… وقد رأيت من الولاة من يهدم بمكة ما يبنى فيها فلم أر الفقهاء يعيبون ذلك

“Dan aku suka jika kubur tidak dibangun dan tidak dikapur/disimen, kerana hal itu menyerupai perhiasan dan kesombongan. Orang yang mati bukanlah tempat untuk salah satu di antara keduanya. Dan aku pun tidak pernah melihat kubur orang-orang Muhaajiriin dan Ansaar dikapur….. Dan aku telah melihat sebahagian penguasa meruntuhkan bangunan yang dibangunan di atas kubur di Makkah, dan aku tidak melihat para fuqahaa’ mencela perbuatan tersebut” [Al-Umm, 1/316 – Syamilah].

An-Nawawi rahimahullah ketika menjelaskan riwayat ‘Ali radliyallaahu ‘anhu di atas, beliau berkata :


فيه أن السنة أن القبر لا يرفع على الأرض رفعاً كثيراً ولا يسنم بل يرفع نحو شبر ويسطح وهذا مذهب الشافعي ومن وافقه،

“Pada hadis tersebut terdapat keterangan bahawa yang disunnahkan kubur tidak terlalu ditinggikan di atas permukaan tanah dan tidak dibentuk seperti bonggol unta, akan tetapi hanya ditinggikan seukuran sejengkal dan meratakannya. Ini adalah mazhab Asy-Syaafi’i dan orang-orang yang sepakat dengan beliau” [Syarh An-Nawawi ‘alaa Shahih Muslim, 3/36].

Di tempat lain beliau berkata :


وَاتَّفَقَتْ نُصُوصُ الشَّافِعِيِّ وَالْأَصْحَابِ عَلَى كَرَاهَةِ بِنَاءِ مَسْجِدٍ عَلَى الْقَبْرِ سَوَاءٌ كَانَ الْمَيِّتُ مَشْهُورًا بِالصَّلَاحِ أَوْ غَيْرِهِ لِعُمُومِ الْأَحَادِيثِ

“Nash-nas dari Asy-Syaafi’i dan para sahabatnya telah sepakat tentang dibencinya membangun masjid di atas kubur. Sama sahaja, apakah si mayat masyhur dengan kesalihannya ataupun tidak berdasarkan keumuman hadits-haditsnya” [Al-Majmuu’, 5/316].

Mazhab Hanafiyyah 

Perkataan Muhammad bin Al-Hasan rahimahullah :


أَخْبَرَنَا أَبُو حَنِيفَةَ، قَالَ: حَدَّثَنَا شَيْخٌ لَنَا يَرْفَعُ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ نَهَى عَنْ تَرْبِيعِ الْقُبُورِ، وَتَجْصِيصِهَا “. قَالَ مُحَمَّدٌ: وَبِهِ نَأْخُذُ، وَهُوَ قَوْلُ أَبِي حَنِيفَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ

Telah dikhabarkan kepada kami Abu Haniifah, dia berkata : Telah menceritakan kepada kami seorang syeikh kami yang memarfu’kan riwayat sampai pada Nabi sallallaahu ‘alaihi wa sallam bahawasannya beliau melarang untuk membangun dan mengapur/menyemen kubur. Muhammad (bin Al-Hasan) berkata : Dengannya kami berpendapat, dan dia juga merupakan pendapat Abu Haniifah” [Al-Aatsaar no. 257].

Ibnu ‘Aabidiin Al-Hanafi rahimahullah turut berkata :


وَأَمَّا الْبِنَاءُ عَلَيْهِ فَلَمْ أَرَ مَنْ اخْتَارَ جَوَازَهُ…. وَعَنْ أَبِي حَنِيفَةَ : يُكْرَهُ أَنْ يَبْنِيَ عَلَيْهِ بِنَاءً مِنْ بَيْتٍ أَوْ قُبَّةٍ أَوْ نَحْوِ ذَلِكَ

“Adapun membangun (binaan) di atas kubur, maka aku tidak melihat ada ulama yang memilih pendapat membolehkannya….. Dan dari Abu Hanifah : Dibenci membangun bangunan di atas kubur, baik berupa rumah, kubah, atau yang lainnya” [Raddul-Mukhtaar, 6/380 – via Syamilah].

Mazhab Maalikiyyah 

Maalik bin Anas rahimahullah berkata :


أَكْرَهُ تَجْصِيصَ الْقُبُورِ وَالْبِنَاءَ عَلَيْهَا

“Aku membenci mengapur/menyemen kubur dan bangunan yang ada di atasnya” [Al-Mudawwanah, 1/189].

Al-Qurthubi rahimahullah juga berkata :


فاتخاذ المساجد على القبور والصلاة فيها والبناء عليها، إلى غير ذلك مما تضمنته السنة من النهي عنه ممنوع لا يجوز

“Membangun masjid-masjid di atas kubur, solat di atasnya, membangun bangunan di atasnya, dan yang lainnya termasuk larangan dari sunnah, tidak diperbolehkan” [Tafsiir Al-Qurthubiy, 10-379].

Mazhab Hanaabilah

Ibnu Qudaamah rahimahullah berkata :


ويكره البناء على القبر وتجصيصه والكتابة عليه لما روى مسلم في صحيحه قال : [ نهى رسول الله صلى الله عليه و سلم أن يجصص القبر وأن يبنى عليه وأن يقعد عليه ] – زاد الترمذي – [ وأن يكتب عليه ] وقال : هذا حديث حسن صحيح ولأن ذلك من زينة الدنيا فلا حاجة بالميت إليه

“Dan dibenci bangunan yang ada diatasnya kubur, mengkapurnya, dan menulis tulisan di atasnya, berdasarkan riwayat Muslim dalam Sahih-nya : ‘Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wa sallam telah melarang kubur untuk dikapur, diduduki, dan dibangun sesuatu di atasnya’. At-Tirmidziy menambahkan : ‘Dan menulis di atasnya’, dan beliau berkata : ‘Hadis hasan sahih’. Kerana itu semua merupakan perhiasan dunia yang tidak diperlukan oleh si mayat” [Al-Mughniy, 2/382].

Al-Bahuutiy Al-Hanbaliy rahimahullah juga berkata :


ويحرم اتخاذ المسجد عليها أي: القبور وبينها لحديث أبي هريرة أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: لعن الله اليهود اتخذوا قبور أنبيائهم مساجد. متفق عليه

“Dan diharamkan menjadikan masjid di atas kubur, dan membangunnya berdasarkan hadis Abu Hurairah bahawasannya Nabi sallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda : ‘Allah melaknat orang Yahudi yang telah menjadikan kubur para nabi mereka sebagai masjid-masjid’. Muttafaqun ‘alaih” [Kasysyaaful-Qinaa’, 3/774].

Al-Mardawiy rahimahullah juga berkata :


وَأَمَّا الْبِنَاءُ عَلَيْهِ : فَمَكْرُوهٌ ، عَلَى الصَّحِيحِ مِنْ الْمَذْهَبِ ، سَوَاءٌ لَاصَقَ الْبِنَاءُ الْأَرْضَ أَمْ لَا ، وَعَلَيْهِ أَكْثَرُ الْأَصْحَابِ قَالَ فِي الْفُرُوعِ : أَطْلَقَهُ أَحْمَدُ ، وَالْأَصْحَابُ

“Adapun bangunan di atas kubur, hukumnya makruh (dibenci) berdasarkan pendapat yang sahih dari mazhab (Hanaabilah), sama saja, apakah bangunan itu menempel tanah ataukah tidak. Pendapat itulah yang dipegang kebanyakan sahabat Ahmad. Dalam kitab Al-Furuu’ dinyatakan : Ahmad dan sahabat-sahabatnya memutlakkan (kemakruhan)-nya” [Al-Inshaaf, 2/549].

Mazhab Dhaahiriyyah 

Ibnu Hazm rahimahullah berkata :


مَسْأَلَةٌ: وَلاَ يَحِلُّ أَنْ يُبْنَى الْقَبْرُ, وَلاَ أَنْ يُجَصَّصَ, وَلاَ أَنْ يُزَادَ عَلَى تُرَابِهِ شَيْءٌ, وَيُهْدَمُ كُلُّ ذَلِكَ

“Permasalahan : Dan tidak dihalalkan kubur untuk dibangun, dikapur/disimen, dan ditambahi sesuatu pada tanahnya. Dan semuanya itu (bangunan, simen, dan tanah tambahan) mesti dirobohkan” [Al-Muhallaa, 5/133].

Post a Comment

1 Comments

  1. Ayah meninggal lama dulu ketika masih di sekolah rendah 36 thn lalu. Kubur ayah bernesan dan berkepok. Bila lebih memahami agama, kepok kubur ayah telah dipecahkan, nesannya kami ganti yg baru. Kubur abang dan mak yg meninggal 11 dan 7 thn lalu kami buatkan nesan tanpa kepok. Moga jadi contoh bg yg lain.

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.