WARGA FELDA DAPAT DUIT RAYA...TERMASUK MAZLAN ALIMAN (PAS)

Oleh : Beruang Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan sempena menjelangnya hari raya Aidilitri 2013, seramai 112,396 peneroka FELDA di seluruh negara tetap akan menikmati duit raya masing-masing meski pun beberapa bulan kebelakangan ini harga sawit mengalami penurunan.

Pengumuman menggembirakan warga peneroka itu dibuat ketika Perdana Menteri menghadiri Program Ihya Rahmat Ramadan Warga Felda Kebangsaan 2013 di Felda Gunung Besout 2, Tanjung Malam petang semalam.

Duit raya berjumlah RM32.3 juta itu akan diberikan kepada 112,396 orang peneroka di mana peneroka yang bersama FELDA bakal menerima RM300 seorang sementara peneroka yang tidak bersama FELDA pula mendapat duit raya sebanyak RM150 seorang.

Dibandingkan tahun sebelumnya para peneroka FELDA memperolehi RM400 dan RM200 setiap orang membabitkan perbelanjaan RM43.2 juta merangkumi 112,635 peneroka manakala pada tahun 2011 pula perbelanjaan duit raya sejumlah RM42.6 juta duit raya telah dibahagikan.

Dengan adanya pemberian ini yang mungkin tak seberapa bagi segelintir orang namun sedikit sebanyak dapat juga meringankan bebanan para peneroka dalam persiapan mereka untuk menyambut perayaan Aidilfitri kelak.

Pemberian duit raya ini merupakan tradisi Kerajaan BN semenjak tahun 2003 lagi tanpa mengira harga sawit naik atau turun dan ia meliputi semua 317 rancangan FELDA di seluruh negara dan tempias nikmat duit raya ini juga turut dirasai para penyokong PAS dan PKR yang tak sedar diri.

Dalam pada itu, tentunya ramai yang tertanya-tanya entah apa pula nasib para peserta Ladang Rakyat yang berjumlah lebih 4,000 orang di Selatan Kelantan tika ini. Agak-agaknya berpeluangkah mereka untk sama-sama menikmati duit raya sama seperti rakan mereka di FELDA?

Persoalan itu amat rumit sebenarnya kerana usahkan nak merasa duit raya, tanah yang para peserta Ladang Rakyat terokai pun sampai sekarang payah nak diperolehi hak miliknya. Tapak rumah yang dijanjikan pula sampai sekarang hanya segelintir yang dapat itu pun untuk golongan yang rapat dengan PAS.

Jadi tiada gunanya kalau kita tanya pasal duit raya tatkala hak milik tanah yang lebih utama pun belum tentu mampu diperolehi dek kerana lemahnya pengurusan Ladang Rakyat yang dipelopori Kerajaan PAS Kelantan.

Peserta Ladang Rakyat hanya mampu ternganga mulut sajalah jawabnya sedangkan di masa yang sama pemimpin DAP si Ngeh dan si Nga tersengih gembira memiliki tanah lebih 10,000 ekar hampir menyamai luas Putrajaya.

Ladang Rakyat Ladang Air Mata Rakyat… Bo La Weii…

Post a Comment

0 Comments