Penulis mempertikaikan hasrat Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas), agensi dibawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang mahu membaiki pusara seniman dan seniwati P.RAMLEE dan SALOMA dengan kos RM 25,000.
Tindakan ini bukan sahaja suatu perbuatan yang membazir, sebaliknya ianya juga adalah perkara yang dilarang dalam Islam (Membina binaan di kuburan).
Seharusnya Finas berhubung dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Jabatan Agama Islam Selangor bagi mengenal pasti kaedah terbaik untuk memperbaiki pusara berkenaan sebelum mengeluarkan kenyataan yang kelihatan 'bodoh'.
Memetik laporan dari Mstar Online hari ini, Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, Islam mengharamkan sesebuah pusara itu dihias secara berlebih-lebihan apatah lagi pengubahsuaian itu dilakukan di atas sebuah tanah wakaf.
"Kos RM25,000 itu sangat tinggi untuk menghias sesebuah pusara dan saya percaya ia pasti menggunakan batu marmar yang mahal."
Larangan dari Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wasallam:
Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata,
“Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.”
(Hadith Riwayat Imam Muslim)
Imam Muhammad bin Idris al-Syafi`iy ( Imam Asy-syafie )melarang kubur ditinggikan melebihi sejengkal (7 inci) dan beliau melarang kubur di tembok dgn bahan binaan (Fiqh Sunnah, 4:150)
1 Comments
Kunjunglah balik ke Dus Makanan
ReplyDeleteبِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.