BANKRAP MODAL POLITIK, ANWAR REKA ISU KERAJAAN PERPADUAN

Oleh : Beruang Biru

Setelah kalah dalam Pilihan Raya Umum ke 13 lalu, puak-puak pembangkang sudah tak tentu macam cacing kepanasan.

Kesan paling besar adalah kepada ketua pembangkang, Anwar Ibrahim.

Beliau telah berjanji kepada pengundi Cina bahawa dia akan menjadi perdana menteri dan pakatan pembangkang akan menjadi kerajaan pusat menggantikan Barisan Nasional.

Kedua-duanya tidak menjadi kenyataan.

Maknanya Anwar adalah pembohong paling besar yang bukan sahaja telah menipu orang Cina tetapi juga seluruh rakyat Malaysia.

Kini orang Cina terutamanya penyokong-penyokong Dap amat marah dengan Anwar kerana beliau gagal untuk 'deliver' atau menggotakan janjinya.

Pengundi Cina sanggup bergadai golok dan berpatah arang dengan BN kerana percayakan Si Anwar ini tetapi akhkirnya mereka kena kencing.

Orang Cina rugi besar kerana bukan sahaja mereka kena kelentong dengan Anwar  tetapi sokongan bulat mereka kepada pembangkang pada PRU13 telah menyebabkan orang Melayu amat marah.

Kini orang Cina terpaksa membayar kesilapan besar mereka dengan menerima penangan dari orang Melayu yang telah memulakan kempen boikot barangan Cina selepas pilihan raya.

Anwar pula apabila mengetahui tembelangnya pecah dan sudah tidak dipercayai lagi sebagai pemimpin pembangkang mula menyusun strategi untuk terus menipu rakyat.

Antara terbaru ialah dengan membuat cerita yang kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menemuinya di Jakarta untuk menawarkan kerajaan perpaduan.

Kononnya Anwar akan dilantik sebagai timbalan perdana menteri II dan empat jawatan menteri akan diberikan kepada pembangkang.

Sebagai balasan, Anwar akan menghentikan serangan politik terhadap kerajaan pimpinan Najib dan pecat Khalid Ibrahim untuk serahkan Selangor ke pangkuan BN.

Najib menafikan semua itu dengan mengatakan ia adalah satu fantasi rekaan pembangkang yang sudah kering modal politiknya.

Sememangnya tidak masuk akal dan diterima logik kerana banyak kelemahan dalam teori kerajaan perpaduan itu.

Pertama, tidak ada pertemuan di Jakarta, yang ada hanyalah usaha orang tengah oleh mantan Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang ingin melihat PRU13 berjalan dengan baik dan kedua-dua BN dan pembangkang menerima apa jua keputusan dengan sikap terbuka.

Kedua, Najib dan Anwar bersetuju untuk bertindak sebagai 'gentleman' jika mana-mana pihak yang menang tetapi Anwar yang menandatangani surat perjanjian yang mengandungi terma-terma yang dicadangkan Jusuf dan bukannya Najib.

Kini setelah reda isu 'persetujuan' Jakarta, Anwar pula menimbulkan satu lagi pembohongan dengan mengatakan beliau ditawarkan bersama BN membentuk kerajaan perpaduan.

Ini satu lagi perkara yang tidak logik.

BN telah menang dengan 133 kerusi berbanding 89 untuk pembangkang.

Walaupun hilang majoriti dua pertiga BN masih boleh membentuk kerajaan dan hakikatnya pembangkang tetap menjadi pembangkang di Parlimen.

Apa perlu perdana menteri mahu berganding dengan pembangkang untuk membentuk kerajaan lainlah jika jumlah kerusi milik BN hanya lebih satu dua kerusi dengan pembangkang.

Najib bukannya bodoh untuk membawa masuk musuh politik ke dalam kerajaan pimpinannya yang akan membawa bala kepada BN.

Semua rakyat Malaysia, Anwar seorang yang tidak boleh dipercayai kata-katanya apatah lagi janji yang dibuat.

Jika dia boleh mungkir janji untuk bersara dari dunia politik sekiranya kalah dalam PRU13 dan berbohong pasal isu kerajaan perpaduan, bolehkah dia dipercayai menjadi rakan kerajaan perpaduan yang setia?

Anwar akan terus memintal dongengan dan hikayat untuk menutup segala pembohongannya kepada penyokong-penyokong pembangkang.

Seperti budak yang seringkali berteriakkan serigala, Anwar akhirnya akan keseorangan apabila dibaham oleh penipuannya sendiri.

Post a Comment

0 Comments