Transliterasi oleh : Jebat
Segala puji bagi ALLAH, kita memujiNYA, memohon pertolongan padaNYA, memohon keampunan kepadaNYA, dan kita bertaubat kepadaNYA.
Dan kita berlindung kepada ALLAH dari kejahatan diri kita, dan dari keburukan-keburukan 'amal perbuatan kita.
Barangsiapa yang diberi hidayah oleh ALLAH, maka tidak sesiapapun yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang disesatkan olehnya maka tiada sesiapa yang dapat memberikan hidayah.
Dan aku bersaksi bagawa tidak ada Illah yang benar-benar layak disembah melainkan ALLAH, dan tiada sekutu bagiNYA.
Dan saya bersaksi bahawasanya Muhammad itu hamba dan pesuruhNYA, Wa ba'du...
Fitnah adalah ujian, cubaan dan dugaan.
Kesemua ini dari makna-makna fitnah dari segi bahasa.
Dan ALLAH Tabaraka wa Ta'ala telah menguji hamba-hambanya, di dalam kehidupan dunia. Sepertimana yang ALLAH Subhanawata'ala berfirman;
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ
(Dialah) yang menjadikan mati dan hidup, agar Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. (al-Mulk: 2)
Seseorang manusia itu diuji dan diduga dengan bermacam-macam daripada ujian-ujian dan cubaan-cubaan.
Ia diuji dengan musuh-musuh ALLAH dari kalangan orang-orang Yahudi, Nasrani dan Musyrikin.
Dan diuji dan diduga dengan dirinya sendiri dan juga syahwat dirinya. Dan dia diuji dengan syaitan.
Dan begitu juga dia diuji dengan Ahli Bid'ah dan pengikut hawa nafsu.
Adapun, wajib keatas seorang muslim, di zaman penuh dengan ujian dan dugaan, dan pendirian seseorang yang mengikuti Manhaj Salaf yang mulia, dia kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
Sepertimana yang telah diperintahkan oleh Allah Subhanahu Wa' Ta'ala;
وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ۚ
Berpegang teguh maknanya ialah perlindungan daripada ALLAH.
Maka barangsiapa berpegang teguh dengan Al-Quran dan As-Sunnah, dia telah berhasil untuk mendapatkan perlindungan daripada ALLAH, sepertimana dia telah berhasil mendapatkan keselamatan, dari keburukkan-keburukkan fitnah di dunia mahupun di akhirat.
Dan dia semestinya berpegang teguh dengan Al-Quran dan As-Sunnah, dengan pemahaman ummat terdahulu (Para Sahabat, Tab'in dan Atba'ut Tabi'in) agar tidak terjatuh di dalam kefahaman yang membahayakan, ataupun terjatuh di dalam penafsiran yang jauh (menyimpang), atau penafsiran yang salah.
Ataupun mengikuti sebahagian kefahaman yang sesat.
Bahkan adalah wajib keatas seseorang Muslim untuk kembali kepada perkataan-perkataan ummat terdahulu, untuk menafsirkan Al-Quran dan As-Sunnah.
Kepada apa yang telah dinukilkan dari Imam yang empat, dari Khulafa' Ar-Rasyidin, dan dari 'Ulama dari kalangan Para Sahabat Radhiallahu 'Anhum Ajmai'n, di dalam perkara ini. Maka ianya akan terselamat dan mendapat pertolongan daripada ALLAH, daripada fitnah-fitnah dan kejahatan-kejahatan.
Dan Allah Tabaraka Wa Ta'ala telah berpesan kepada kita dengan firmannya;
فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لاَ تَعْلَمُوْنَ
Maka ALLAH telah memerintahkan untuk bertanya kepada ahli Zikir iaitu ahli Al-Quran dan Ahli ilmu.
Dan Allah Tabaraka Wa Ta'ala berfirman;
وَإِذَا جَاءَهُمْ أَمْرٌ مِنَ الْأَمْنِ أَوِ الْخَوْفِ أَذَاعُوا بِهِ ۖ وَلَوْ رَدُّوهُ إِلَى الرَّسُولِ وَإِلَىٰ أُولِي الْأَمْرِ
Maka apabila datang sesuatu perkara, ia bergantung kepada kepentingan ummat, bergantung kepada politik ummat. Bergantung kepada perkara-perkara yang penting dan perakara-perkara yang merbahaya. Bahkan wajib bagi seorang muslim kembali kepada Ulil Amri di kalangan mereka. Dan mereka adalah Umarak dan Ulama.
Sepertimana yang ALLAH Ta'ala firmankan pada ayat yang lain;
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الأمْرِ مِنْكُمْ
Maka mentaati mereka telah diperintahkan di dalam Al-Quran, dan Sunnah Rasulullah ﷺ .
Taat dalam perkara-perkara yang baik, tidak taat di dalam perkara-perkara maksiat kepada ALLAH. Akan tetapi tetap dengar dan taat dalam perkara yang baik.
Dan adalah wajib sebelum mendahului di dalam sesuatu masalah, sebelum memberi pandangan dan sebelum menghukum tentang sesuatu perkara, seseorang muslim itu kembali kepada pandapat Ahli Ilmu yang hebat dari kalangan mereka di dalam perkara-perkara yang penting.
Tergesa-gesa, sombong diri dan berbangga dengannya, boleh menyebabkan kebinasaan.
Bahkan Nabi ﷺ berlepas diri dari orang yang tidak memuliakan para ulama. Rasulullah ﷺ telah bersabda di dalam satu hadis hasan :
"Bukan golongan kami orang yang tidak mengasihi orang yang lebih muda dari kalangan kami, dan tidak menghormati orang tua dari kalangan kami, dan yang tidak mengenali orang yang berilmu dari kalangan kami, Muliakanlah!." (riwayat Abu Daud)
Maka memuliakan para ulama dengan menghormati mereka iaitu ;
Berhenti (dari mencela mereka) pada fatwa-fatwa mereka dan pada pendapat-pendapat mereka, dan mengambil nasihat-nasihat mereka. Maka ini adalah penyebab yang besar untuk terselamat dari kejahatan-kejahatan dan fitnah-fitnah.
Dan ini adalah Manhaj Ummat terdahulu, pada waktu lampau mahupun sekarang, sepertimana yang telah difirmankan oleh ALLAH سبحانه و تعالى ;
وَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Dan kami melaksanakan akan apa yang orang yang sebelum kami laksanakan, dan orang selepas dari kita melaksanakan apa yang kita laksanakan.
Dan ini adalah makna :
وَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Kita melaksanakan dari orang-orang terdahulu daripada kita. Dan kita mengangkat mereka dan kita berjalan di atas jejak langkah mereka.
Kita memohon kepada ALLAH Subhanawata'ala untuk memelihara kita dari fitnah-fitnah yang terang-terangan mahupun yang tersembunyi. Dan kita berlindung kepada ALLAH Subhanawata'ala daripada menjadi miskin selepas kaya, dan kita memohon kepadaNYA agar menetapkan hati-hati kita untuk taat kepadaNYA, dan sesungguhnya Dia Maha Tinggi dan Maha Berkuasa atas segalanya.
Semoga ALLAH berselawat dan salam lagi diberkati kepada hambanya Nabi Muhammad.
0 Comments
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.