POLITIK

[POLITIK][bleft]

ANTARABANGSA

[YAHUDI][bsummary]

EBOOK PERCUMA

[EBOOK][twocolumns]

KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MENGENAI PENANGGUHAN PEPERIKSAAN ULANGAN PELAJAR MALAYSIA DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI MESIR

KENYATAAN AKHBAR
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
MENGENAI PENANGGUHAN PEPERIKSAAN ULANGAN PELAJAR MALAYSIA DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI MESIR
18 OGOS 2013

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa mengambil berat keselamatan dan kepentingan pengajian pelajar-pelajar Malaysia di Mesir. Memandangkan terdapat sebahagian kecil pelajar-pelajar yang perlu menduduki peperiksaan ulangan, maka usaha telah diambil dimana pihak Education Malaysia Egypt (EME) bagi mendapatkan pengesahan daripada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi (KPT) Mesir, yang mana semua peperiksaan ulangan yang dijadualkan pada bulan Ogos 2013 telah ditangguhkan ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak. KPT Mesir akan mengambil tindakan kepada mana-mana universiti yang tidak mematuhi arahan tersebut.

Ibubapa dan pelajar dinasihatkan agar merujuk kepada KPM berhubung status terkini berkenaan pengajian di Mesir. Sebarang pertanyaan dan maklumat terkini boleh menghubungi bilik operasi KPM di talian 03 8870 6611 dan 03 8870 6627 atau e-mel : egyptcrisis@mohe.gov.my

Harapan KPM agar krisis yang sedang berlaku ini tidak akan menjejaskan pengajian pelajar Malaysia.


JABATAN PENGAJIAN TINGGI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
18 Ogos 2013

POST A COMMENT


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.