KENYATAAN DARI TIMBALAN PENGARAH INTEC UiTM MENGENAI 'NOTIS LARANGAN USRAH'

Pentadbiran INTEC Kesal Ramai Pihak Salah Tafsir 'Notis Larangan Usrah'

"Notis berkenaan 'Larangan Usrah' yang dipaparkan semalam adalah ekoran daripada tindakan individu-individu dan kumpulan yang tidak bertanggungjawab yang menyelinap masuk bilik penginapan dan surau kediaman dengan alasan untuk berusrah. Notis itu telah keluar sejak 2, 3 tahun lepas. 

Ianya adalah untuk mengelakkan aktiviti yang tidak bertanggungjawab ini dan pihak luar yang ingin masuk ke kediaman perlu buat permohonan. 

Usrah adalah sangat baik tetapi perlu diuruskan dengan baik supaya tidak disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Tiada masalah untuk pelajar buat Usrah. Yang masalahnya adalah orang luar yang mencuri masuk tanpa izin. 

Kita semua bertanggungjawab kepada Allah, di SANA nanti akan ditunjukkan segala-galanya. Siapakah yang akan bertanggungjawab di hadapan Allah jika paparan ini menimbulkan fitnah?"

Kenyataan : 

Mohd Hassan Awang Boon
Timbalan Pengarah HEP 
INTEC Education College

Post a Comment

0 Comments