KENYATAAN MEDIA OLEH MENTERI LUAR NEGERI 21 OGOS 2013 : OPS PIRAMID 2

KENYATAAN AKHBAR OLEH MENTERI LUAR NEGERI
SITUASI DI MESIR

Selaras dengan pengumuman yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri untuk memindahkan rakyat Malaysia dari Mesir, Kementerian Luar Negeri telah mengaktifkan bilik gerakan 24 jam dan beroperasi sepenuhnya bermula hari ini, 21 Ogos 2013. Bilik Gerakan tersebut dibuka serentak dengan Bilik Gerakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Pendidikan.

Kumpulan pertama pelajar yang dibawa keluar dari Mesir dijangka tiba di KLIA pada hari Khamis (22 Ogos 2013) petang ini. Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah sedang berusaha untuk memastikan kesemua rakyat Malaysia dibawa keluar dari negara berkenaan secepat mungkin.

Butir-butir Bilik Gerakan Wisma Putra adalah seperti berikut;
           
Telefon : 

03-88892746
03-88874570
03-88874770
03-88892809

Fax : 03-88892798

Email : dutyofficer@kln.gov.my


Menteri Luar Negeri
PUTRAJAYA

21 Ogos 2013

Post a Comment

0 Comments