KEPINTARAN PEMERINTAH JOHOR DAN ARAB SAUDI DALAM MENGELAKKAN MUDHARAT YANG LEBIH BESAR.

Oleh : Jebat

"Arab Saudi balaci Amerika"

"Arab Saudi biarkan negaranya menjadi pengkalan Amerika"

"Arab Saudi bacul"

Itu adalah ungkapan yang biasa kita dengari bilamana berhadapan dengan sekumpulan manusia yang marah dengan tindakan Arab Saudi yang kelihatan pro-Amerika.

Namun sebelum kita hendak mengkritik pemerintah Arab Saudi yang semestinya tidak maksum, penulis ingin mengajak para pembaca untuk melihat sejarah negeri Johor.

Johor Darul Ta'zim merupakan negeri di Melayu paling akhir dijajah oleh Britih. Kenapa ianya boleh berlaku? Ini kerana pemerintah Johor pada ketika itu, Sultan Abu Bakar telah melakukan beberapa program yang dapat melambatkan campurtangan British ke dalam negeri baginda.

Antara langkah-langkah yang diambil oleh Sultan Abu Bakar ialah 

a) Menjalin hubungan persahabatan dengan pihak British
b) Pengenalan sistem biokrasi moden dalam pentadbirannya.

Tidak seperti negeri-negeri yang lain, yang mana pemerintahnya kurang atau menentang British, pemerintah Johor bertindak secara berlainan. Pemerintah Johor menyedari kelemahan sistem pentadbiran negeri yang akan dijadikan alasan oleh pihak British untuk campur tangan dalam urusan pentadbiran negeri Johor. Melihat apa yang berlaku, Sultan Johor dan barisan pentadbir negeri telah mengambil tindakan untuk melaksanakan dasar 'berbaik-baik' dengan pihak British selain mengadaptasi sistem pentadbiran British dalam pentadbiran kerajaan.

Secara tidak lansung, pihak British tidak mempunyai alasan yang kuat untuk campurtangan dalam urusan pentadbiran negeri Johor. Berbanding dengan negeri-negeri Melayu lain yang 'gagal' menyerap tekanan British, akhirnya mereka menjadi 'mangsa' kepada penjajah British yang kononnya mahu membawa 'kemajuan', 'perubahan', 'reformasi' dan 'pembaharuan' di negeri-negeri Melayu.

Hasil 'penyerapan' yang dilakukan oleh pemerintah negeri Johor inilah yang membuatkan penjajah British 'mati akal' buat seketika, ekoran hubungan rapat Baginda Sultan Johor dengan Kerajaan British. Malah Johor buat beberapa ketika mampu menjadi negeri paling maju di Tanah Melayu selain mampu memacu kemajuan negeri mengikut 'SUDUT PANDANG SENDIRI' selain menyebabkan pegawai British tidak mampu mempertikaikan undang-undang dan perlembagaan negeri Johor.

Tidak dinafikan Sultan Johor ada kelemahannya. Baginda Sultan terlalu mengadaptasi sistem British dalam birokrasi pentadbiran dan cara hidupnya. Namun sekurang-kurangnya tindakan baginda Sultan dan pentabir Melayu Islam negeri Johor ini dapat mengelakkan Mudhrat yang jauh lebih besar iaitu penjajahan secara langsung British dalam pentadbiran negeri.

Walaupun pada akhirnya British berjaya mengambil alih pentadbiran Johor, namun tidaklah sepantas negeri-negeri Melayu lain yang berlaku pertumpahan darah dan akhirnya terpaksa mengikut telunjuk penjajah lebih awal dari negeri Johor.

Jika melihat kepada apa yang berlaku di negeri Johor ini, ada sedikit persamaan yang berlaku di Arab Saudi. Arab Saudi kini dalam dilema dan ditekan dari pihak-pihak yang mahu memperjuangkan demokrasi. Harus disedari bahawa Arab Saudi merupakan satu-satunya negara di dunia yang menjalankan hukum ALLAH berteraskan Al-Quran dan Sunnah. Undang-undang mereka adalah undang-undang ALLAH dan RASUL-NYA. 

Jadi kepada para pembaca yang budiman, tidakkah kalian terfikir bahawasanya musuh-musuh Islam pasti akan mencari jalan untuk menjatuhkan pemerintah Saudi? Maka pelbagai cara yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam antaranya atas nama 'Hak Asasi Manusia', 'Demokrasi', 'Reformasi', 'Revolusi', bagi menekan pemerintah Arab Saudi yang juga merupakan penjaga dua tanah suci umat Islam.

Sekiranya ada yang mahu mempertikaikan tindakan Arab Saudi membuka pintunya kepada Amerika Syarikat bagi pengkalan tentera Amerika di Teluk, tanyakan kepada pengkritik berkenaan apakah pemerintah Saudi tidak meminta nasihat dari para ulama sebelum melakukan tindakan sedemikian?? Apakah tentera Amerika itu ditempatkan di dalam MAKKAH dan MADINAH?? Yang pasti ianya tidak lebih sebagai kaedah menutup pintu 'fitnah' dan pintu alasan para 'penjajah alam baru' untuk mengambil alih pemerintahan Arab Saudi.

Dan tidak terfikirkah kalian bahawa disebalik kedatangan tentera Amerika Syarikat ke negara berkenaan, secara tidak langsung mendekatkan mereka dengan 'kehidupan Islam yang sebenar'.? Dan sekiranya ada yang mahu mengkritik ulama Arab Saudi kerana bersama-sama dengan pemerintah membiarkan Amerika membina pengkalan di sana, harus diingat bahawa, ulama Arab Saudi adalah jauh lebih berilmu dan berpengalaman dan tajam pemikiran mereka sepertimana yang diakui oleh Prof. Dr. Yusof Al-Qaradawi yang menyatakan kekesalan beliau yang tersilap dalam menganalisis kejahatan Hizbullah.

Tidak menafikan bahawa pemerintah Saudi yang ada sekarang ini melakukan kesilapan dan banyak kelemahan, namun sekurang-kurangnya mereka mampu menghalang 'kemudharatan' yang jauh lebih besar dari berlaku di negara yang menjadi 'tuan rumah' dua tanah haram.

Kesimpulannya, jangan mudah mengkritik tanpa melihat dan mengkaji sesuatu tindakan tersebut diambil oleh pemerintah Arab Saudi. Kerana yang pasti nyawa umat Islam adalah jauh lebih utama dari ego mahu menentang orang kafir tanpa ilmu dan persenjataan yang mencukupi.

Post a Comment

2 Comments

  1. wahabi detected

    ReplyDelete
  2. Imam Abu Hassan Al Asy'ari dibesar dan dididik dgn kefahaman Muktazilah, bila bertambah ilmu dan kefahamannya serta menyedari kekhilafannya, bertaubat, mengistiharkannya dan kembali ke aqidah Sunnah.
    Ramai hari ini yg mengaku Sunnah tp tidak pun memahaminya dan bnyk yg hanya sangka sangka, menyangka Sunnah tp cara pemikirannya lebih mirip yg selainnya.

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.