Oleh : AJ
"Semasa polis terkorban mempertahankan tanah air di Lahad Datu, kita dikatakan berdrama.
"Bila tembak menembak berlaku di sana sini, mereka kata polis berdiam diri dan tidak berbuat apa-apa. Bila penjenayah ditembak mati, mereka kata polis (bersikap) melulu dan zalim.
"Apa ni? Apa wayang dia orang main pula?"
Itulah perkataan yang terkeluar dari mulut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tatkala ditanya mengetai kritikan yang dilemparkan oleh Ketua Hindraf yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy.
Memetik laporan Malaysiakini, Khalid ternyata kesal dengan kenyataan Timbalan Menteri berkenaan yang dilihat cuba memperkecilkan usaha PDRM mengekang aktiviti jenayah.
"Kita tidak peduli orang cakap, kita ada tugas untuk laksanakan. Kita akan jalankan tugas kita dalam memastikan rakyat Malaysia berada dalam keadaan selamat," ujarnya
Ops Cantas dilancarkan oleh PDRM 19 Ogos 2013 yang lalu bagi mengekang kejadian tembak-menembak yang semakin berleluasa sejak ketiadaan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Ordinans Darurat.
4 Comments
Jgn layan aja ts Khalid, meka tu tempat penjenayah belindung..tanpa penjenayah siapalah meka...
ReplyDeleteItu lah ..bagi muka dgn Hindraf....ptt hindraf dari dulu lagi jgn di ikhtiraf........
ReplyDeletesampai sekarang aku hairan.....mcm mana NAJIB boleh lantik ketua militan hindu malaysia @ penaung gangster hindu semalaysia ni duduk dalam kabinetnya????? biar betul ko ni Najib!!!!
ReplyDeleteNajib PM paling bodoh dalam sejarah..
ReplyDeleteبِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.